Thursday, December 31, 2009

2009 bye bye... 2010 welcome!!!

hari ni merupakan hari terakhir kita di tahun 2009. esok, 1 januari 2010 bermulalah catatan hidup kita di tahun baru masihi. tahun ini bakal meninggalkan kita tak berapa jam lagi. sudah berapa banyak amalan yang kita lakukan pada tahun ini... apakah perancangan kita pada tahun ini tercapai atau tidak?? hanya kita yang dapat menjawabnya.

buku baru bakal dibuka esok. dikedai2 banyak menjual diari untuk ditulis liku2 kehidupan kita bergelar insan di dunia ini. masuk tahun baru juga bermakna usia kita semakin meningkat. bayi beransur2 berkembang menjadi kanak2, kanak2 berubah menjadi remaja, remaja berkembang meningkat dewasa, dewasa menginjak ke usia tua... begitulah seterusnya putaran hidup kita di dunia hinggalah kubur menjemput kita tinggal di dalamnya untuk jangka masa tertentu.

alam dunia yang kita hidup sekarang bakal ditinggalkan. setiap insan pasti akan merasai mati. bila mati, kita akan dihidupkan semula. di sana nantilah kita bakal diberikan upah atau hukuman oleh Allah S.W.T. atas apa yang kita kerjakan di dunia yang fana ini.

masa berlalu, waktu beredar. masa juga adalah makhluk Allah. bila tiba masanya, masa juga akan mati. tiada lagi masa, masa akan disembelih. yang bahagia akan berterusan bahagia di Syurga, yang derita berkekalan derita azab sengsara di neraka... kecuali mereka yang diampunkan Allah dan dimasukkan juga ke Syurga.

banyak peristiwa gembira, sedih, ngeri, menakutkan kita kongsi bersama di tahun 2009. panjang umur nanti, kita juga akan berkongsi perasaan gembira, sedih, dsb di tahun 2010 nanti. masa berputar, nadi bergerak, nyawa bernafas... bila tiba masa itu semua tiada.... kembali ke RAHMATULLAH!!!

Saturday, December 26, 2009

10 Muharram... KARBALA

hari ni sabtu, 9 Muharram 1431H bersamaan 26/12/09. esok 10 Muharram, hari yg agak famous dan juga kontroversi khususnya bagi penganut fahaman syiah.

bulan muharram adalah bulan yang pertama dalam kalendar Islam. hari yg kesepuluh dipanggil hari 'Asyyura yg diambil dari bahasa arab, 'asyarah bermaksud sepuluh. jadi 'Assyura adalah hari yg ke10 dalam bulan Muharram atau kita panggil 10 Muharram.

banyak peristiwa berlaku pada 10 muharram ini, antaranya:-
ALLAH menciptakan-
# langit dan bumi pada hari Aasyura,

# menjadikan laut pada hari Aasyura,

# menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,

# menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,

# lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,

# Menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,

# Akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"

Justeru, hari 'Asyyura merupakan antara hari2 kebesaran dalam Islam sehinggakan kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut. kalau di kampung2, biasanya pada bulan Muharram ini terutamanya pada 10 Muharram ini orang akan buat bubur 'Asyyura yang dikatakan mengambil iktibar dari peristiwa banjir besar yang berlaku di zaman nabi Nuh A.S.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

pada 10 Muharram juga, ada segolongan umat Islam iaitu mereka yang berfahaman syiah melakukan adat yang cukup menyeleweng, bilamana mereka mencederakan diri mereka sendiri sebagai rasa sedih dan simpati di atas syahidnya cucu Rasulullah, Syaidina Husin pada 10 Muharram. peristiwa pembunuhan Syaidina Husin berlaku di suatu tempat bernama Karbala. Jadi, sebagai menunjukkan rasa kasih dan cinta mereka kepada cucu Rasulullah ini, mereka sanggup mencederakan diri mereka dengan memukul diri mereka sendiri dengan benda tajam.

inilah satu salah faham yang cukup besar dalam amalan kaum syiah. memang kita patut bersedih dan bersimpati dengan kematian Syaidina Husin, yang telah dipenggal kepalanya oleh Hajjaj ibn Yusuf al-Tsaqafi. Tetapi tahap kesedihan dan simpati kita jangan sampai berlebihan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri seolah2 ingin menunjukkan sebagai bukti bahwa kita benar2 cinta kepada Ahlul Bait.

Kematian Syaidina Husin itu adalah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah. tidak perlu kita terlalu bersedih seolah2 kita menyalahkan Allah kerana membiarkan Syaidina Husin mati sedemikian rupa. jangan jadi macam penganut Hindu yg melakukan perbuatan yang hampir sama ketika hari Taipusam. Nabi Muhammad tidak pernah mengajar kita melakukan perbuatan sedemikian.

ni baru 1 amalan karut syiah, banyak lagi amalan mereka yang bercanggah dengan amalan dan tuntutan Islam sebenar. apa yang penting jangan terjebak dengan fahaman syiah yang boleh menggelincirkan akidah kita sebagai umat Islam.

Sunday, December 20, 2009

TAHUN BARU HIJRAH 1431

hari ni dah 3 Muharram... dah agak lewat nak tulis pasal tahun baru Islam ni. Tapi tak apa, nak tulis jugak.

sekarang dah tahun 1431 Hijrah bersamaan dengan 20 disember 2009. Hari ni hari Ahad, hari minggu bagi negeri2 disebelah pantai barat malaysia. 1431 tahun Nabi Muhammad kekasih Allah meninggalkan kita. dengan segala pengorbanan dan kepayahan yang dilakukan baginda berserta para sahabat sehingga akhirnya Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Hijrah bermaksud pengorbanan, juga bermaksud perjuangan, dan boleh juga bermaksud perubahan. menelusuri sirah Rasulullah berjihad di Mekah kemudian di Madinah berdakwah menyeru manusia kepada Islam yang suci membangkitkan rasa keinsafan kepada diri kita. betapa peritnya, sakitnya, pedihnya, azabnya liku2 perjuangan baginda dan para sahabat berdakwah menyebarkan Islam.

Justeru kita pada hari ini dapat menikmati Islam dan Iman hasil buah perjuangan baginda dan para sahabat. apakah kita harus berasa selesa dengan nikmat ini sehingga lupa untuk menyambung tugas baginda??? apakah hari ini kita tidak perlu lagi ber'hijrah'??? apakah hari ini kita tidak perlu lagi bersusah dan bersakit semata2 hendak berdakwah kepada orang lain???

la hijrata ba'dal fathi.... illa jihadin waniyyat. (au kama qaala)hijrah seperti baginda tidak disyariatkan lagi. hari ini umat Islam menetap di tempat masing2. yang tinggal adalah kewajipan berjihad menyeru orang bukan Islam kepada Islam, mengajak orang yang lalai supaya kembali mengingati Allah.

tugas ini perlu disambung dan diteruskan oleh kita semua... ballighu 'anni walau aayah... sampaikanlah ajaranku walaupun dengan sepotong ayat. tanggungjawab berdakwah adalah bersifat fardhu 'ain. ia perlu dilakukan oleh setiap umat Islam mengikut kadar ilmu dan kemahiran masing2. menyuruh membuang duri di jalan juga termasuk unsur dakwah ini. apalagi meminta manusia kembali kepada amalan Islam dari segenap segi kehidupan.

adakah kita pernah dimarah ketika melakukan dakwah ini??? adakah kita pernah dicaci maki ketika melaksanakan tugas ini??? adakah kita pernah dipukul semasa cuba untuk menunaikan tanggungjawab ini??? kalau Baginda pernah dimarah, dicaci, dimaki, dipukul, diseksa ketika menyampaikan perintah Allah ini, maka apa yang kita nak kisahkan jika kita pun menerima lumrah itu!!!

itulah lumrah dan sunnah dalam perjuangan... apa erti sebuah perjuangan jika kita tidak pernah dimarah, diperli malah mungkin dipukul ketika berdakwah??? terimalah apa2 pun asalkan kita dapat menjadi Muslim, Mu'min Soleh dan Solehah sejati...

Wednesday, December 9, 2009

PERAGUT... PERGI RAGUT RUMPUTLAH... JADI BINATANG!!!






2 peragut jahanam dibelasah!!!








PERAGUT...

Kalau dulu istilah ini tidak popular. dulu bila dikatakan peragut biasanya peragut rumput iaitu kambing, lembu... hari ini peragut adalah dikalangan manusia iaitu orang2 yang berperangai setan dan binatang yang meragut aka merampas barang2 milik orang lain dengan secara kasar dan ganas.

biasanya peragut ni bermotosikal. mereka akan mengawasi dan mengikuti pergerakan orang yang akan diragut kemudian bila line clear zassss... beg tangan atau telefon bimbit dan terbaru rantai dirampas secara ganas dan zalim. berita terbaru tengok kat bawah:

sumber: berita harian online.

Saya tak akan maafkan

KUALA LUMPUR: Noriha Abd Rahman yang parah selepas tercampak ke dalam longkang apabila rantainya direntap dua lelaki ketika membonceng motosikal suaminya di Taman Maluri, Cheras di sini, kelmarin, merangkak dalam kesakitan ke arah suaminya yang berlumuran darah sambil menjerit meminta pertolongan.

Apabila Noriha sampai kepada suaminya, Abdul Rahman Mohd Kalidin, 34, yang terbaring kaku berdekatan motosikal, penyelia hotel itu sedar dia sudah kehilangan orang dicintai kerana tidak merasai denyutan nadi suaminya.

“Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu. Lemah tubuh saya apabila diberitahu suami sudah meninggal dunia.

“Ketika itu saya rasa seperti nak pitam dan meraung memegang tangan suami saya, sebelum ditenangkan orang ramai yang berada di situ,” kata Noriha ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Abdul Rahman mati di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok apabila dihimpit dua peragut yang merentap rantai perkahwinan yang dipakai Noriha.

Noriha, 29, yang cedera di tangan dan kaki berkata, kejadian itu berlaku sangat pantas namun dia masih ingat setiap detik yang menyebabkan kematian suami yang dinikahinya dua tahun lalu.

“Ketika itu, kami dalam perjalanan ke tempat kerja kami di Hotel Ritz Carlton selepas membelikan anak patung ‘Minnie Mouse’ untuk anak tunggal perempuan kami berusia setahun.

“Saya sedar dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh mengekori kami. Sebelum kami dapat berbuat apa-apa, motosikal kami dihimpit dan pembonceng motosikal itu merentap rantai perkahwinan saya.

“Selepas rantai direntap, saya melayang dan tercampak ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya.

Noriha berkata, beliau tidak akan memaafkan dua peragut yang menyebabkannya kehilangan suami dan anaknya, Zalifa Qistina menjadi anak yatim pada usia terlalu muda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, meminta saksi tampil membantu siasatan.

Di SLIM RIVER, jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Slim.

Kakak arwah, Halimah berkata, Abdul Rahman adalah anak kelima daripada enam beradik.

Kali terakhir beliau berjumpa dengan adiknya itu ialah Ahad lalu di tempat kerja Abdul Rahman.

Apakah punca berlakunya jenayah ragut ini?

Punca Jenayah Ragut antaranya ialah:

1. Kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata saja.
peragut ni suka buat kerja meragut sebab mereka boleh dapatkan wang atau harta benda dengan sekelip mata sahaja. bila saja dapat ragut beg tangan seorang wanita contohnya, mereka akan selongkar habis beg tangan tu dan ada wang yang banyak dalam beg, kadang2 ada handset mahal, barang2 kemas berharga dan 1001 macam lagi barang2 yang disimpan pleh kaum perempuan dalam beg tangan mereka.

inilah yang membuatkan si peragut tu gian sangat nak meragut sebab diorang macam nak tunggu hadiah misteri apa yang ada dalam beg tangan wanita. sebab tu, kaum wanita ni kena simpan elok2 beg tangan mereka. jangan bagi terdedah sangat dan jangan bagi sampai mudah sangat si peragut ni nak rampas beg tangan anda.

2. Untuk mendapatkan wang untuk memberi dadah yang mereka mahukan.
sebab yang kedua ni berkait dengan benda lain, iaitu dadah. biasanya peragut2 ni terdiri dari mat2 gian yang dah ketagihan najis dadah. untuk mendapatkan dadah, mereka perlu berurusan dengan 'pusher' ataupun manusia celaka yang menjual dadah, dadah ini perlu dibeli dengan harga yang agak mahal. jadi, penagih dadah ini akan menggunakan segala cara untuk memdapatkan wang bagi tujuan membeli dadah termasuklah dengan melakukan aktiviti ragut ini.

Jadi, untuk membanteras ragut, kita perlu dulu membanteras dadah. namun, ada juga penagih dadah yang tak perlu meragut untuk mendapatkan wang membeli dadah, seperti anak2 org kaya. Tetapi yang ramainya penagih dadah ni datang dari jenis orang yang tak ada kerja, merempat dan dibuang keluarga.

3. Untuk mendapatkan wang untuk membeli barangan berharga dan bernilai.
Ini juga satu penyakit manusia. Ada dikalangan manusia suka bergaya dengan barangan yang berharga dan 'branded'. barang2 pasar malam diorang tak layan. nak barang2 yang mahal, ada 'brand', tapi duit tak cukup. Jadi, nak taknak diorang ni pun buatlah kerja2 partm tinme sampai kadang2 sanggup meragut harta benda orang demi memuaskan nafsu serakah yang bertunjagkan hasutan iblis laknatullah.

4. Kesedaran sivik yang rendah.
Peragut ni sebenarnya memiliki tahap kesedaran sivik yang sangat rendah. Mereka tidak sensitif dengan kesedaran moral dan perasaan orang lain. Apa yang mereka inginkan dan 'obsess'kan ialah mengenai apa yang ada dalam beg tangan atau apa saja yang dimiliki mangsa ragut. mereka tidak fikirkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh mangsa ragut. Peragut ni bila dah dapat beg tangan, bukan mereka tahu nak pulangkan balik dokumen2 penting mangsa ragut seperti IC, dan kad2 atau surat2 penting yang lain.

Mereka ni juga tak takutkan hukuman undang2 yang bakal dikenakan jika mereka ditangkap. habuan yang bakal diterima menutup mata mereka dan fikiran mereka dari memikirkan akibat perbuatan jahat mereka itu.

Apa pula yang harus dilakukan ke atas peragut ini???

Apa kata anda???

Thursday, December 3, 2009

RAHSIA IBLIS

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

- jgn duk lama2 dalam tandas tu... rumah iblis rupanya. patut la iblis suka, tempat tu kotor dan berbau busuk. padan la dgn iblis yg jahat dan busuk dgn tempat yg kotor dan busuk tu.

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

- iblis suka la duduk kat pasaraya, kedai2 sebab tu jgn selalu sgt masuk pasaraya, ekonomi pun boleh kawal... ini tak selalu bajet ciput akhir bulan sebab dah shopping kerap sgt. benda yg tak berapa penting pun beli. 1 lagi tempat iblis berkumpul, tempat2 maksiat, iblis memang suka dgn maksiat sbb senang nak sesatkan manusia, so, jauhilah tempat2 maksiat tu.

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

- lagu2 yang melalaikan rupa2nya kitab bacaan iblis, ramai anak2 muda duk menyanyi, bersiul, mereka ni tak sedar mereka sedang baca kitab iblis... jauhilah...

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

-iblis suka kepada cerita2 bohong, fitnah, adu domba dan yang seangkatan dengannya. melalui cerita2 mcm tulah timbulnya pergaduhan dan persengketaan sesama manusia. iblis mula bertepuk tangan tengok manusia berkelahi sesama sendiri. "yea! aku dah berjaya", kata iblis.

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

- tiup la seruling tu, nanti bukan orang yang datang, tapi iblis dan kuncu2nya. tiupan seruling ni sampai boleh melalaikan kita dari mengingati Allah, itu yang iblis suka tu...

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

- dukun, bomoh, pawang dsb yang menggunakan jin dan setan memang utusan iblis. berapa ramai manusia yang menjadi sesat dan kufur kerana percayakan mereka. inilah bahana terlalu percayakan mereka melebihi percayakan Allah...

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

- orang yang bertatu selain dia menyakiti tubuh dia sendiri, dia juga mengubah bentuk dan warna asal ciptaan Allah ke atas tubuhnya. perbuatan ini adalah haram disisi Islam. orang yang mengubah apa yang telah Allah ciptaka ke atas tubuh badan mereka berdosa dan mendapat kutukan dan laknat dari Allah dan segala jenis makhluk dibumi ini.

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

- waspadalah dengan golongan wanita. mereka boleh jadi penawar dan banyak sekali mereka ini menjadi racun. kaum lelaki perlu mendidik mereka dan jangan terjatuh dalam perangkap yang iblis pasang melalui wanita. 3 perkara yang memusnahkan hidup kita, HARTA, WANITA DAN TAKHTA... waspadalah dan berhati2lah dengan 3 perkara ini...

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

- makanan dan minuman iblis ialah yang tidak dibacakan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM keatasnya sebelum kita makan atau minum. begitu juga dengan makanan atau minuman yang kotor dan memabukkan adalah juga makanan dan minuman iblis. sebab tu ramai orang yang gelap perut disebabkan tidak membaca bismillah... sebelum makan atau minum dan juga mengambil makanan dan minuman yang kotor dan memabukkan. itu yang iblis suka.
Sumber : Email Yahoo Group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...