Sunday, July 26, 2009

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT


Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

SOLAT HAJAT


Solat hajat untuk UPSR hari ni jam 8.00 pagi. macam biasa saya kena ada kat musolla untuk pimpin solat bersama dengan 2 org ustaz lain dan ustazah2.

mohon supaya Allah S.W.T. permudahkan urusan murid2 nak hadapi UPSR sebulan lebih lagi ni. moga2 Allah bukakan pintu hati diorang untuk mendapatkan ilmu. juga supaya mereka ni dididik dengan akhlak yang baik,, menjadi manusia yang berguna satu hari nanti. mohon supaya Allah permudahkan mereka menuntut ilmu, kuatkan ingatan mereka dan biar diorang mudah faham apa yang diajar.

mudah2an mereka berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti. insya Allah.... amiiin....

Thursday, July 23, 2009

WAN NURUL IMTIYAZ- puteri sulongku


ini anak sulong saya. hari ni genap sebulan usianya.
saya letak namanya wan nurul imtiyaz... bermaksud cahaya kecemerlangan. mudah-mudahan dia sentiasa cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

muka dia ada macam muka ibu dia sikit... macam muka saya banyak. harap2 bila besar nanti dapat jadi insan berguna kepada agama dan tanahair. amiiin.....

DETIK PERPISAHAN

semalam ibu saudara sebelah isteri meninggal dunia. usianya dah masuk 80-an. meninggalkan 4 orang anak, 2 lelaki, 2 perempuan. meninggal secara mengejut... rebah katanya. suaminya yang dah uzur beberapa lama masih bernafas. tup..tup.. dia yang sihat pergi meninggalkan kita semua.

saya mendapat panggilan dr isteri mengatakan CIK (ibu saudara) meninggal. belum sempat saya nak mengesahkan siapa sebenarnya yang meninggal, isteri dah ulang 2..3 kali CIK dah tak ada. begitulah takdir hidup kita. kadang2 org yg dah sekian lama sakit belum meninggal, tetapi org yg masih sihat pergi dulu.

"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (Ali Imran : ayat 185)

saat kematian itu pasti tiba, tapi tiada siapa pun tahu bila ia akan menjemput kita. org yg sihat jgn berperasaan lambat lagi nak mati. kadang2 org yg dikatakan sihat dijemput dulu berjumpa Allah dari org yg sakit.

justeru, persiapkan diri kita dengan bekalan yang secukupnya. apakah bekalan yg kita nak bawa???? wang berguni-guni?? harta bertimbun-timbun?? kereta?? pakaian mahal???

TIDAK!!!

itu semua x berguna lagi di alam sana. semua itu hanya kegunaan di dunia yg fana ini saja. bekalan yg kita kena bawa nanti ialah taqwa.

TAQWA itu hanya boleh didapati bila kita mendekatkan diri kepada Allah, Rabbul Jalil... Tuhan yang menguasai segala-galanya.

oleh itu, beramal ibadah lah sebanyak2nya dengan hati yang tulus ikhlas hanya kepadaNya yang maha berkuasa. hiasilah peribadi kita dengan akhlaq mahmudah yang menjadi penyeri hidup Muslim sejati. bermuamalahlah sesama manusia dengan cara yang paling sopan dan baik.... serta jagalah hubungan kita dengan alam jangan samapai merosakkan atau memusnahkannya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...