Wednesday, January 12, 2011

BLAME..

Perangai manusia suka menyalahkan orang lain bila berlaku perkara2 yang tidak enak. tidak suka mengakui kelemahan diri sendiri.

Boss menyalahkan pekerja bila kerja yang diarah tidak dilakukan dengan sempurna dan baik. Pekerja pula menyalahkan boss bila tidak dapat melakukan kerja yang diarahkan dengan sempurna. Ataupun kalau bukan boss yang dipersalahkan, persekitaran pula yang jadi mangsa, Peralatan menjadi kambing hitam, rakan sebaya juga dipersalahkan. 

boss memerintah pekerjanya supaya membuat kerja2 tertentu. tetapi dalam masa yang sama, tiada pemantauan dilakukan, tiada bantuan dihulur, tiada kompromi ditunjukkan. pekerja melaksanakan kerja yang diberi. tetapi dalam masa yang sama kerja tidak dilakukan dengan bersungguh2, sambil lewa, curi tulang, tidak berbincang dengan boss bila menghadapi masalah. 

semua ini adalah sikap lumrah bagi sebahagian besar manusia. sepatutnya boss dengan pekerja sama2 berlapang dada bila melaksanakan kerja untuk kebaikan bersama. barulah hasil yang diperolehi adalah memberangsangkan dan berkualiti. apabila kedua2 pihak saling bekerjasama, bantu-membantu, berkompromi, ditambah dengan ketekunan dan ketelitian maka natijah kerja itu adalah sesuatu yang membanggakan. 

ingatan untuk diriku dan juga kawan2 yang lain... terutama untuk diriku yang banyak kelemahan ini. 

Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

Hari ni, 3 Januari merupakan hari pertama persekolahan di seluruh Malaysia. Sepatutnya semalam telah bermula persekolahan bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tetapi oleh kerana hendak meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia dalam Piala AFF Suzuki di Indonesia 29 Disember lalu, maka ketiga2 negeri tersebut diberikan juga cuti semalam. 

biasa la di hari pertama sedikit sibuk di sekolah. sibuk dengan urusan kemasukan murid, bilik darjah, sukatan pelajaran, pentadbiran sekolah dan sebagainya. bagi aku sibuk dengan urusan memasukkan jadual dengan jadual GPI, berbincang tarikh KBS, KLAQ, Kelas Tasmik dan lain2. 

murid2 pun ada bermacam ragam di hari pertama ini. tertutamanya bagi murid tahun 1 yang baru masuk ke alam persekolahan. pasti ada diantara mereka yang menangis, sedih, pilu dan ada juga yang gembira dapat belajar di sekolah. 

kalau diingatkan balik masa aku mula2 masuk sekolah darjah 1 dulu, aku pun sedih. mata sentiasa melihat ke luar jendela tengok ayah yang hantar pagi tadi ada lagi atau tidak. nasib baik ayah aku ni 'understanding' orangnya. seminggu pertama persekolahan memang dia tak balik terus lepas hantar aku ke sekolah. dia tetap duduk kat luar perhatikan aku, aku pun sama jeling2 ke luar tengok ayah walaupun masa tu cikgu sedang mengajar. cikgu pun sporting tak marah, sebab dia tahu murid tahun 1 masih tak boleh berpisah dengan ibu bapa. 


masuk minggu kedua barulah aku dapat biasakan diri dengan suasana sekolah. dapat kawan2 baru, guru2 pun baik2. ayah pun tak tunggu lagi di luar kelas. lepas hantar aku ke sekolah terus balik rumah. indahnya nostalgia di masa itu...

Sunday, January 2, 2011

1 1 1 1

hari ni 2 Januari 2011. 2111. semalam 1111. selamat tahun baru kepada semua. 

di tahun baru aku terpaksa berpisah dengan isteri buat sementara waktu. seharian berada di dalam kereta menghantarnya ke KL. cuti sekolah dah nak habis jadi dia pun terpaksa la masuk balik IB untuk program Dip. Pend. yg dijangka habis bulan Jun ni. tinggallah aku dan anakku berdua di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. 

bertolak jam 9.30 pagi, 1111. sampai jam 7 malam. bawak keta biasa je tak laju sebab tak kejar kemana2, pastu rehat dan singgah rumah sedara. malam tadi terus naik bas jam 9.30 malam ke Pasir Mas. sekarang baru kurang 2 jam sampai kat rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...