Wednesday, March 30, 2011

MUSIM BERUBAH???


Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan Karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)
(QS Ar-Ruum [30]:41

skrg ni tgh hujan lebat. aku terkurung dalam bilik sambil2 main tenet ni. macam anak dara pulak rasanya. plan asal nak keluar, kb ke sebab ada pesta buku kat padang perdana, tapi hujan. ingat nak pergi dgn motor je, save budget cikit pastu x pyh bersesak kat jalan yg mesti jem tu... 

dalam 2-3 minggu ni keadaan cuaca kat kb ni muram semacam, kalau panas pun tak panas macam biasa, sekejap je lepas tu mendung atau hujan balik. dalam minggu ni boleh dikatakan setiap hari hujan, biasa ptg dan malam hujan kan turun. 

aku terfikir, mungkin ini petanda2 yg Allah tunjukkan kpd manusia bahawa hari QIAMAT itu sudah semakin hampir. berlaku banyak bencana alam kat atas dunia ni. yg terbaru pada awal bulan ni tercetus gempa yg dahsyat di Jepun sehingga mengakibatkan berlaku Tsunami yg mengorbankan berpuluh2 ribu nyawa. 

keadaan cuaca yg tidak mengikut musim ini pun ku rasa ada kaitan dgn peristiwa kat Jepun tu. dunia hari ini ibarat orang tua yang dah nyanyuk. dah tak kenal dirinya siapa, orang lain lagi la dia tak kenal. perkataan yang keluar dari mulutnya pun macam meracau, perbuatan pun dah pelik, perangai jadi macam budak2. 

sekadar hiasan 

begitulah apa yang terjadi ke atas bumi ini. tiba2 je hujan lebat pada bulan Mac. biasanya sebelum ni bulan Mac ni cuaca agak panas dan kemarau. tapi disebabkan ke'nyanyuk'an bumi ini keadaan cuaca jadi tidak menentu. lepas tu berlaku pulak bencana seperti gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, letupan gunung berapi dan beribu macam bencana lagi yang Allah takdirkan berlaku ke atas muka bumiNya ini. 

bencana2 ini sebenarnya sengaja Allah kenakan ke atas manusia supaya manusia gostan balik dari melakukan penderhakaan ke atasNya. semakin hari semakin banyak aktiviti manusia yang seolah2 mencabar kuasa Allah, mereka seolah2 mencabar Allah supaya mengenakan azab siksa di atas perlakuan mungkar mereka. berapa ramai manusia pada hari ini yang masih berdegil untuk menerima Islam sebagai agama mereka, berapa ramai juga dikalangan mereka yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

setiap hari kita baca diakhbar, tengok di tv dan dengar melalui radio berita2 jenayah dan kesalahan sosial yang dilakukan orang yang mengaku beragama Islam. ada yang membunuh, merogol, mencuri, meragut, pecah amanah, rasuah, salahguna kuasa, menipu, berzina. ada juga yang melakukan perbuatan2 yang tidak disiarkan media seperti tidak solat, tidak puasa, berjudi, minum arak, mendedah aurat, berbohong, melanggan pelacur, simpan perempuan dll. 

perbuatan2 seperti di atas sikit pun tidak menjejaskan kuasa Allah S.W.T., sebaliknya hanya mengundang kemurkaan Allah kepada mereka. apabila didatangkan pendakwah2 yang menyeru mereka supaya meninggalkan maksiat dan kembali ke jalan yg benar, mereka tolak, hina, pulau, marah, herdik, caci, maki, sindir, benci, maka Allah datangkan peringatan dalam bentuk bencana supaya mereka sedar kesilapan yang mereka lakukan. kalau masih tidak sedar lagi, maka tunggulah satu hari nanti Allah akan datangkan bencana itu ke atas mereka sendiri. 

ada orang kata Malaysia selamat dari bencana kerana berada diluar jaringan gempa bumi. sedarkah mereka itu bahawa firaun juga tidak pernah menyangka bahawa laut boleh terbelah 2 dan menenggelamkan dirinya dan tentera2nya yang kafir, kaum nabi Nuh tidak pernah percaya bahawa Allah akan turunkan hujan yang lebat sehingga menjadi banjir yang besar lantas memusnahkan mereka, kaum Nabi Luth tidak terfikir bahawa bumi yang mereka pijak akan dibalikkan oleh Allah dan menghancurkan mereka. 

maka kita di Malaysia ini, atau dimana saja kita berada, senang saja kalau Allah nak timpakan bala bencana kepada kita. seperkara lagi, bencana tidak semestinya gempa bumi, tsunami, letupan gunung berapi, tetapi bencana juga boleh datang dalam bentuk kebakaran, kemalangan, mati lemas, penyakit dsb. 

   

Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI 2

hampir 36 jam yg lalu dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yg berukuran 8.9 magnitude di jepun. kejadian yang amat dahsyat itu telah banyak menyebabkan kerosakan teruk kepada bandaraya Jepun dan mengakibatkan banyak berlaku kemalangan jiwa. peristiwa ini mengingatkan kita kepada peristiwa tsunami yang berlaku disekitar kepulauan Acheh, Sri Lanka, Afrika dan negara2 lain 7 tahun lalu. 



betapa hebatnya kuasa air yang Allah arahkan menyerang negara2 terbabit. air yang merupakan keperluan kita seharian sebagai sumber minuman boleh membawa malapetaka yang dahsyat kepada manusia bila ia datang dalam jumlah yang banyak dan deras. kuasa Allah yg Maha Agung tidak ada satupun manusia atau binatang atau Jin atau apa saja yang dapat menyekatnya. iza araada syaian an yaquula lahu kun fayakuun... 


manusia dengan sikap angkuh dan kesombongannya tidak dapat sama sekali mengatasi apa yang Allah takdirkan berlaku ke atas mereka. negara Jepun yang dikenali sebagai sebuah negara yang paling maju di Asia akhirnya ranap hanya dalam sekelip mata saja. terbaru dilaporkan beberapa loji nuklear mereka hancur musnah, menambahkan lagi rasa ketakutan dan kebimbangan penduduk dunia terutamanya warga Jepun akan bahaya pendedahan kepada Radiasi dan Radioaktif yang terhasil daripadanya. 

kita sebagai umat Islam perlu menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar untuk memberi peringatan supaya jangan lalai dan lupa dari terus mengabdikan diri kepada Allah. rakyat Jepun yang sebahagian besar mereka bukan beragama Islam didatangkan oleh Allah S.W.T. dengan bala yang amat dahsyat dan menakutkan. mereka yang bukan beragama Islam mati dalam keadaan yang amat hina, dihanyutkan air, lemas, terbakar dan sebagainya hasil dari kejadian tsunami tersebut. mana2 orang yang beragama Islam perlu mengambil iktibar dengan nenyakini bahawa Allah berkuasa melakukan segala-galanya. tiada kuasa yang dapat mengahalang Allah dari melakukan perkara yang diekehendakiNya. Allah yang bersifat dengan sifat Iradat (berkehendak) dapat melakukan apa saja tanpa sekatan atau halangan dari zat lain). 

kadang2 kita merasakan bahawa kita ini terlalu hebat, terlalu bijak, terlalu maju hinggakan kita terlupa akan fungsi dan tugas sebenar kita dijadikan dimuka bumi ini. lalu, ambillah peringatan Allah ini untuk kita kembali memahami dan mengamalkan misi kita yang sebenar.  

Monday, March 7, 2011

HAK!

قال النبي صلى الله عليه وسلم
  
إن لنفسك عليك حقاً ولربك عليك حقاً ولضيفك عليك حقاً وإن لأهلك عليك حقاً فأعط كل ذي حق حقه

Bermaksud : " Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak, dan bagi dirimu sendiri atas kamu ada hak, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang empunyanya. " 
setiap orang ada hak. ada hak untuk dirinya sendiri, hak untuk Allah dan hak untuk orang lain. tidak ada seorangpun yang mempunyai hak 100% untuk dirinya sahaja. nak taknak dia mesti berkongsi hak2 tersebut dengan orang lain. 

berapa peratuskah hak seseorang itu untuk dirinya sendiri? 10%? 20%? 30%? @ 50%? 
terpulang kepada individu masing2. ada yang terlalu menyendiri hinggakan hak dirinya saja boleh mencapai 70 @ 80%. ada juga yang terlalu aktif dan peramah hinggakan hak untuk dirinya tinggal 10 @ 20% saja dalam hidup. 

bagi mereka yang terlalu aktif dan sentiasa sibuk terlibat dalam aktiviti2 kemasyarakatan, maka hak mereka ke atas diri sendiri semakin mengecil. ini kerana hak dari segi wang, tenaga, idea, masa perlu dikongsi dengan anggota masyarakat yang lain. biasanya orang yang sentiasa sibuk seperti ahli politik, ahli perniagaan dan apa2 jua pekerjaan yang perlu bersosial dengan orang lain dalam tempoh masa yang lama termasuk ke dalam kategori ini. 

kadang2 dek kerana terlalu aktif dengan aktiviti luar sampai boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri. teringat kepada kawan semasa belajar dulu, dia jadi ketua pelajar ketika itu. dek kerana terlalu sibuk dengan program, mesyuarat, dan perbincangan dengan pensyarah, pelajar2 lain dan juga masyarakat sekitar menyebabkan dia jatuh pengsan masuk wad 2-3 hari jugak. badannya dan mindanya terlalu penat. 

kadang2 kita sendiri sudah ada perancangan tersendiri untuk dilakukan pada sekian sekian hari dan masa. tapi, tiba2 muncul suasana atau keadaan yang memerlukan kita menggunakan wang, masa, tenaga dan buah fikiran untuk kita sumbangkan kepada pihak lain. perkara yang sememangnya berlaku diluar kawalan kita, dan memang tidak terjangka perkara itu berlaku. 

contohnya; ada dikalangan ahli keluarga kita terlibat dengan kemalangan. maka nak tak nak kita terpaksa membantu ahli keluarga kita tersebut samada dengan bantuan kewangan, masa, tenaga atau buah fikiran. maknanya disini kita perlu mengorbankan apa yang sepatutunya menjadi hak kita untuk kita berikan kepada orang lain. ini adalah hakikat yang kita tidak boleh lari dari menghadapinya dalam kehidupan seharian. 
  
timbul persoalan penting. kita sibuk bercakap mengenai hak kita sesama manusia. tetapi dimana kita campakkan hak kita terhadap Allah? hak untuk kita 'berkhalwat' dengan Allah Tuhan yang menjadikan kita semua dan yang wajib dan selayaknya disembah. apakah kita menunaikan hak tersebut dengan cukup baik dan tidak kurang walau sedikitpun? 

hak kita terhadapNya melalui solat, sebagai contoh. adakah kita telah sempurna menunaikannya? apakah kita cukup yakin bahawa solat yang kita lakukan itu benar2 sempurna dengan khusuk, tertib, tawaduk, tama'ninah dan penghayatan mengenai apa yang kita lafaz dan lakukan semasa solat? tertunaikah hak Allah itu ke atas kita? atau kita melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? acuh tak acuh @ ambil nama buat saja? 

ibadah lain, seperti baca al-Qur'an dan berzikir pula macam mana? adakah kita baca al-Qur'an dan berzikir kepadaNya setiap hari? atau bila teringat sahaja? atau tak pernah baca? jawablah sendiri... 
kemudian apakah kita cuba mentadabbur dan memahami isi bacaan al-Qur'an yang keluar dari mulut kita? cuba memahami dan mempraktikkannya dengan seikhlas hati kerana Allah didalam kehidupan seharian.

bagaimana pula dengan hak kita terhadap keluarga? terhadap saudara mara? terhadap jiran? terhadap manusia lain? apakah sudah tertunai dengan baik? ada kaum keluarga @ jiran @ orang lain yang ditimpa kesusahan. apakah kita ada membantu mereka? ataupun kita mengambil sikap tidak suka menjaga tepi kain orang? 

kita hidup bukan bersendirian di bumi Allah Ta'ala ini. tetapi Allah menciptakan juga keluarga kita, saudara mara kita, jiran2 kita, masyarakat kita, dan ramai manusia lain didunia ini selain dari kota. berapa ramaikah dikalangan orang yang selain kita yang tunaikan hak mereka? bertuahlah bagi mereka yang telah banyak menunaikan hak untuk dirinya sendiri, hak terhadap Allah, dan hak2 terhadap manusia lain. manakala rugi dan celakalah bagi mereka yang hidup dalam semangat individualistik, tidak mempedulikan nasib orang lain disekeliling. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...