Sunday, December 21, 2014

BANJIR

banjir datang lagi. kali ni agak teruk dari tahun2 sebelumnya. di tempat tinggal aku ni biasa air x sampai melimpah di jalan raya dengan banyak. tapi tahun ni sampai kena tutup jalan kepada kenderaan ringan. 

keadaan di rantau panjang , jeli dan kuala krai lagi dahsyat. sampai ada yg terkorban, rumah hanyut, berpuluh2 kenderaan terbalik , rosak dan ditenggelami air. memang musibah ini tidak mengenal siapa. orang yang tidak sempat berpindah atau mengalihkan kenderaan ke tempat yang selamat akan kehilangan harta benda malah juga nyawa. 

banjir ini ujian dan musibah dari Allah. Ujian kepada orang yang beriman agar mereka sentiasa beringat dengan KUASA ALLAH dan bencana yang menimpa jika kufur kepadanya. banjir juga adalah musibah kepada orang2 kafir dan mereka yang tidak beriman kepadanya serta orang2 munafik. 

Allah mengutuskan tenteranya berupa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dsbnya sebagai peringatan kepada kita. supaya kita beringat jangan melakukan maksiat dan kemungkaran kepadaNya. Juga peringatan supaya mengurus alam yang biciptakannya ini dengan baik dan teratur. Allah menjadikan gunung, bukit-bukau, dataran, laut, sungai, kolam untuk kemudahan manusia hidup di muka bumi ini. ooleh itu kita jangan menhyalahgunakkannya dengan menggondolkan bukit, meratakan tanah tinggi, perumahan yang tiada sistem saliran air yang betul dan bermacam2 benda lagi kerosakan yang dilakukan manusia. firman Allah:


(al-rum:41)

akibat tangan2 manusia yang tidak pandai menguruskan alam dengan baik terjadi pelbagai kerosakan di muka bumi ini sama ada di darat atau di laut. justeru, mereka yang bertanggungjawab dalam pengurusana alam dan sumber alam perlu lebih berhati2 ketika mengendalikannya. jangan disebabkan tangan2 mereka, kestabilan alam menjadi tidak stabil lantas menyebabkan berlakunya kejadian bencana2 alam yang tidak disenangi. 

mereka yang tidak merasai bencana pula sepatutnya sama-sama berganding bahu menolong mereka yang ditimpa bencana dengan menghulurkan bantuan samada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, idea, kata2 semangat dan juga perkongsian cerita duka mereka agar ada mereka yang berhati mulia membantu mereka. jangan kedekut untuk menginfakkan sebahagian harta kita untuk menolong mereka yang ditimpa bencana. WALLAHU'ALAM. 









GAMBAR-GAMBAR SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...