Tuesday, August 11, 2009

JALAN SEHALA DI KOTA BHARU

Mulai jam 7 pagi hari ini, 11 Ogos 2009 jalan di bandar Kota bharu diubah kepada jalan sehala. aku pegi sekolah hari ini rasa pening dan bengong skit sebab tak tahu jalan sehala ni. org lain pun aku rasa macam tu jugak... kelmarin masih jalan 2 hala, tup..tup hari ni jalan jadi sehala.

aku datang dari arah pasir mas lalu ikut salor, bawah lembah.. masuk bulatan kijang nak belok kanan tapi jalan tutup. terpaksa pegi straight sampai ke jalan istana kota lama masuk stesen bas kemudian lalu depan BSN, belok kanan, belok kiri, belok kanan, sampai kat traffic light jalan dusun muda.

nasib baik la aku turun awal hari ni kat tempat kerja. kalau tak, lewat la sampai di sekolah. ada dalam 5 minit aku duk pusing2 cari jalan keluar nak gi kat tempat kerja.

apa2 pun, benda ni baik untuk elak kesesakan, cumanya bagi aku benda ni dibuat secara tergesa2, kalau boleh buat la secara berperingkat2... baru orang tak pening....

tahniah lah... buat MPKB-BRI... moga2 tujuan ntuk mengelakkan kesesakan teruk tercapai terutamanya bila masuk musim perayaan nanti...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...