Esok, 10 Dzulhijjah 1430H bersamaan dengan 27 November 2009 umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya 'Idul Adha yang bererti Hari Raya Qurban. Ia juga dipanggil Hari Raya Haji.
Ia dinamakan Hari Raya Qurban kerana pada 10 hingga 13 Dzulhijjah umat Islam digalakkan melaksanakan ibadah Qurban dengan menyembelih binatang Qurban seperti kambing, biri-biri, lembu dan unta. Dinamakan Hari Raya Haji kerana pada ketika itu umat Islam yang berada di tanah suci Makkah al-Mukarramah sedang melaksanakan ibadah haji.
Nama Hari Raya Qurban diambil sempena peristiwa penyembelihan Qurban yang dilakukan oleh Nabi Allah, Ibrahim ketika mana Baginda diperintahkan menyembelih anaknya nabi Ismail. Betapa agungnya Aqidah yang dimiliki oleh 2 orang nabi Allah ini menghadapi dugaan Allah.
Nabi Ibrahim yang baru saja berjumpa dengan isterinya Hajar, dan anaknya Ismail sanggup menurut perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan anaknya sendiri. begitu juga Ismail yang sanggup menyerahkan dirinya untuk dikorbankan ayahnya sendiri walaupun dia tahu nyawanya menjadi taruhan. Tetapi, oleh kerana Aqidah yang kukuh yang dmiliki kedua2 nabi Allah ini, mereka sanggup berkorban demi mematuhi perintah Allah A.W.J.
Apakah kita juga mempunyai Aqidah sekental nabi Allah Ibrahim dan Ismail ini??? Adakah kita sanggup mengorbankan apa yang kita miliki demi mematuhi perintah Allah???
Manakala Ibadah Haji pula merupakan rukun Islam yang kelima. Setiap umat Islam yang berkemampuan wajib melaksanakan ibadah ini. Ibadah Haji sebagai satu simbol kesatuan umat Islam. Umat Islam bersatu dan berpadu menyembah Allah yang Maha Esa berkiblatkan Kaabah yang sama. semua umat Islam tidak mengira bangsa dan warna kulit serta bahasa menyembah Allah yang sama.
Ibadah Haji juga menggambarkan perhimpunan umat Islam yang terbesar. Itu merupakan gambaran awal perhimpunan besar-besaran dihadapan Allah Rabbul jalil di padang Mahsyar nanti. Ketika mana umat Islam ber'wukuf' di padang Arafah, cubalah kita gambarkan dan fikirkan bagaimanakah perhimpunan kita di mahsyar Allah nanti. Manusia dari Nabi Adam hingga manusia terakhir di dunia ini akan dihimpunkan oleh Allah A.W.J. Hanya Taqwa dan amalan Soleh saja yang akan menyelamatkan kita di sana nanti tatkala manusia semuanya dibicarakan nanti.
SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA... MOGA2 DIBERI KEBERKATAN DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH A.W.J
Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Thursday, November 26, 2009
Thursday, November 19, 2009
SPM, STPM DAN UPSR
Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Hari ini juga adalah hari kedua peperiksaan SPM dan STPM. Murid2, pelajar2, guru2, pegawai pendidikan dan tak lupa ibubapa/penjaga pasti berdebar2 hari ini. Bagi murid2 yg telah menduduki UPSR tahun ini berdebar2 menunggu keputusan, adakah aku lulus??? adakah aku gagal??? adakah aku dapat 5A??? adakah aku tak dapat 5A??? persoalan ini berlegar2 di dalam pemikiran mereka.
guru2 dan ibubapa/penjaga juga pasti tertanya2 adakah anak/anak murid aku dapat 5A???berapa orang dapat 5A??? berapa peratus lulus sekolah aku???
bagi pelajar2 yg menduduki SPM dan STPM pula sedang memerah otak menjawab soalan peperiksaan. Ibubapa yg prihatin tak putus2 berdoa supaya anak masing2 dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang. mana2 pelajar yg berusaha bersungguh2 sebelum menduduki peperiksaan tersebut, insya Allah mendapat kejayaan cemerlang. manakala bagi pelajar yg malas dan belajar sambil lewa saja, biasanya tidak mencapai cemerlang dan kalau lulus pun mungkin cukup2 makan saja.
walau apapun keputusan yg bakal diterima, semua harus pasrah dengan takdir yg telah Allah tentukan. murid, pelajar, guru, ibubapa, pegawai pendidikan dan siapa saja yg prihatin dengan isu2 pendidikan negara kita perlu menerima keputusan dnegan hati yg terbuka. pepatah Arab ada menyebut: man jadda wajada barangsiapa yg berusaha maka dialah yg akan mendapat hasil jyg cemerlang. justeru itu, tahniah kepada mereka yg beroleh kejayaan, dan bagi mereka yg kurang berjaya jgn berputus asa, cuba lagi dan teruskan berusaha... perjalanan hidup anda masih panjang (jika diizinkan Allah)
Monday, November 16, 2009
ADA APA DENGAN 2012.....
2012. Apa istimewanya berbanding tahun-tahun yang lain??? tahun ini dikatakan bakal berlakunya kiamat, sebagaimana yang digambarkan dalam filem hollywood terbaru, 2012. apakah ini benar-benar akan berlaku???
mengikut kalendar kaum Mayan dunia akan berakhir pada 26 Disember 2012. bermakna usia dunia hanya ada 2 tahun lebih saja lagi. selepas itu segala-galanya akan hancur.
Kita sebagai orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan ramalan sebegini. apatah lagi ianya datang dari sumber yang diragui dan tidak Islamik. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak diberitahu oleh Allah S.W.T. bila akan berlakunya hari Kiamat. inikan pula pendapat kaum mayan yang tidak beragama Islam boleh saja ditolak ketepi dan dibuang jauh-jauh.
Sebagai orang Islam kita wajib percaya bahawa dunia pada satu hari nanti akan berakhir. dunia akan kiamat dan kita semua akan dibangkitkan semula oleh Allah S.W.T. Ketika itu semua manusia dalam keadaan terpinga-pinga dan mereka yang sebelum ini kufur dan tidak percaya kepada Allah akan percaya, tetapi pada masa itu nilai keimanan tidak berguna lagi. Hari itu adalah hari pembalasan, hari dimana manusia yang soleh akan menerima ganjaran nikmat daripada Allah dan barangsiapa yang berbuat dosa di dunia akan diazab dengan azab yang pedih.
Allah S.W.T. tidak memberitahu kepada kita akan tarikh kedatangan hari kiamat itu pasti ada tersembunyi hikmah-hikmahnya. Antaranya Allah S.W.T. mahu kita manusia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan soleh dengan melakukan amal-amal ibadah seikhlas hati. Allah sengaja menyembunyikan tarikh hari kiamat kepada kita supaya kita berterusan mengerjakan ibadah kepadaNya dan tidak menunggu pada hari tertentu sahaja.
perlu diingat juga, disana terdapat satu lagi kiamat yang dinamakan sebagai kiamat kecil. apa itu kiamat kecil? kiamat kecil itu terjadi bilamana nyawa yang Allah kurniakan kepada kita ini akan diambil kembali. ketika itu terputuslah segala hubungan kita dengan dunia ini.... ayah akan meninggalkan anak dan isteri, isteri akan meninggalkan suami dan anak, anak akan meninggalkan ayah dan ibu.... dan yang pasti kita akan meninggalkan segala harta benda dunia dan segala macam kenikmatan didalamnya.
Justeru itu, bersiap siagalah setiap masa untuk menyambut kehadiran kiamat... tidak kiralah samada kiamat kecil atau kiamat besar, ia tetap akan menjelma di hadapan kita. hanya orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh sahaja yang dapat menyelamatkan diri dari balasan azab sengsara yang disediakan Allah di akhirat kelak.
Wednesday, November 11, 2009
RUMAH OOO RUMAH
Rumah merupakan tempat kediaman setiap manusia. setiap orang pasti mengimpikan rumah kediaman yang besar dan selesa untuk tinggal dan menetap di dalamnya. selain dari menjadi tempat kediaman, rumah juga menjadi tempat berteduh dan tempat perlindungan dari panas dan hujan. rumah juga juga berfungsi sebagai pelindung manusia ketika hendak melakukan urusan peribadi seperti mandi, buang air dan tidur.
setiap rumah mesti ada keperluan asas yang utama iaitu elektrik dan saluran paip air. pada zaman moden ini jarang kita dapati rumah yang tidak ada 2 keperluan asas ini. kalau ada pun rumah orang2 asli dan mereka yang tinggal jauh di pedalaman. mereka masih lagi menggunakan pelita ayam dan air yang di ambil dari telaga. mudah2an satu hari nanti mereka akan dapat menikmati apa yang kita semua nikmati dalam rumah masing2.
di dalam sesebuah rumah biasanya ada ibu, bapa dan anak2. namun ada juga rumah yang hanya dihuni ibu sahaja, kadang2 ada bapa sahaja, kadang2 ada ibu bapa sahaja, kadang2 ada anak2 saja, kadang2 ada ibubapa dan seorang anak saja, kadang2 ada ibubapa dan ramai anak.
alangkah bahagianya dimata kita rumah yang sentiasa ceria dengan gelak tawa ibubapa, anak2 dan cucu. namun ada juga rumah yang hanya sunyi lantaran hanya ibubapa atau salah seorang antara mereka sahaja yang ada dalam rumah tersebut. bagi anak2 yang berjauhan dengan ibubapa, meninggalkan ibubapa di kampung samada sebab bekerja, atau belajar, atau berkeluarga di tempat orang, jenguk2lah orang tua di kampung. paling kurang dalam sebulan balik sekali bertanya orang tua di kampung. Mana tau mereka sakit tapi tak sampai hati bagitahu anak2 nanti dikatakan mengganggu urusan kehidupan anak2.
apa yang penting dalam setiap rumah adalah adanya 'sakinah' atau ketenangan. tiada guna jika rumah besar bak istana dengan kemudahan2 dan peralatan2 yang canggih tapi isinya kosong, rumahnya tidak dihidupkan dengan bacaan al-Qur'an dan perbincangan keluarga yang membina, tetapi penuh dengan hiburan2 yang melalaikan, perbalahan yang berpanjangan, bermasam muka dan berbagai2 perlakuan yang tidak enak...
HIDUPLAH DENGAN PENUH KEBAHAGIAAN... HIDUPKANLAH RUMAH DENGAN BACAAN AL-QUR'AN DAN ZIKRULLAH... ATASI APA SAJA MASALAH DENGAN PERBINCANGAN EFEKTIF... MOGA2 SELAMAT... INSYA ALLAH...
Saturday, November 7, 2009
KELANTAN TEWAS.....
Perlawanan bolasepak peringkat akhir baru saja selesai. Kelantan(red warrior) tidak berjaya menundukkan begeri sembilan. sebaliknya, dimalukan negeri sembilan 3-1. rasa sedih ada...rasa nak marah pun ada...rasa kesian pun ada...rasa lucu pun ada...
rasa sedih sebab kelantan kalah 3-1. selepas menunggu selama 39 tahun untuk beraksi di perlawanan akhir piala malaysia, akhirnya kelantan kecundang juga. beberapa bulan yang lepas juga kelantan kecundang di tangan negeri selangor pada perlawanan akhir piala FA. ini bermakna, dalam tahun ni kelantan kalah 2 kali dalam perlawanan akhir. hanya mampu bergelar naib juara.
rasa marah sebab para pemain kelantan tidak menunjukkan prestasi permainan yang tinggi. terutamanya pemain pertahanan, ketiga-tiga gol yang dilakukan pemain negeri sembilan adalah disebabkan kesilapan pemain pertahanan. nampaknya pengurus pasuukan red warrior ini perlu mengambil tindakan yang sewajarnya keatas pemain2 yang bermasalah ini. nak marah juga sebab penyokong2 kedua2 negeri tidak menunjukkan semangat kesukanan yang sewajarnya, suasana seolah2 seperti menyambut hariraya atau hari kemerdekaan dengan bunyi mercun dan bunga api yang mengganggu perlawanan. nak marah juga sebab ada penyokong kelantan yang bertindak diluar emosi yang waras hingga sanggup membakar kerusi tempat duduk dan melempar objek kepada pemain.
rasa kesian kepada penyokong2 tegar red warrior yang sanggup berkorban datang dari kelantan ke kuala lumpur semata2 nak tengok sendiri perlawanan akhir ini. tapi, pasukan pujaan kalah teruk 3-1. rasa macam tak berbaloi datang jauh2 dengan berhabis wang ringgit tiba2 pasukan yang disokong kalah.
akhir sekali, rasa lucu tengok kualiti permainan pasukan kelantan malam ni. kalau macam ni la prestasinya, baik biar negeri lain yang bermain dengan kualiti lebih baik masuk perlawanan akhir. malu malaysia kalau orang luar tengok tahap kualiti perlawanan akhir piala Malaysia. lucu juga tengok kesilapan pemain pertahanan yang sepatutnya tidak berlaku.
Wednesday, November 4, 2009
MUSIM TENGKUJUH DAH TIBA...
Hari ini hujan lebat. Aku turun dari rumah pagi tadi nak pergi kerja hujan tengah lebat. Kena berpayung untuk mengelak basah terkena hujan. Ditengah jalan, sesak sikit sebab orang yang memandu kenderaan bawa perlahan takut terbabas jalan licin. aku sampai kat tempat kerja lewat sikit hari ni, maklumlah jalan 'jem'.
Sekarang ni pun, hujan masih lagi tak berhenti. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang perlahan. Kesian kat budak-budak sekolah yang berjalan kaki dan berbasikal... basah kuyup la nanti kena hujan kalau tak sempat sampai rumah. Suasana pun menjadi sejuk, minum air kat kantin pun pesan air panas... tea tarik. Biasanya minum air berais, tapi hari ni tak berani nak minum takut demam.
Sekarang bulan November, bulan 11. Bulan ni dah dikira musim tengkujuh. Kalau ikut tahun-tahun lepas, ada juga banjir yang berlaku pada bulan ni. Sekolah tak bercuti lagi dah banjir. Tahun ni tak tahu macamana. Mintak-mintak lepas cuti sekolah kalau nak banjir pun.
Musim tengkujuh ni seronok kalau dapat makan putu halba, ubi kayu, makan nasi dengan ikan kering atau ikan budu... fuh... bestnya... balik nanti nak tengok kot-kot ada orang jual makanan tu.
Dalam musim tengkujuh ni, ada orang yang gembira, suka, seronok, terutamanya kanak-kanak. Sebab apa? sebab musim tengkujuh ni lah biasanya berlaku banjir. Bila banjir kanak-kanaklah yang paling seronok. tapi kadang-kadang orang dewasa pun tumpang seronok jugak... seronok mengharung air banjir.
Walaupun seronok, dalam seronok tulah biasanya ada bahaya. Setiap kali banjir berlaku, pasti kita mendengar berita orang mati lemas atau dihanyutkan air. Masa nilah kita kena beringat dan sentiasa berwaspada. Bagi ibubapa awasilah anak-anak, jangan biarkan mereka terlalu asyik bermain banjir nanti lemas.
MENUTUP AURAT TAPI TAK SEMPURNA (RENUNGAN UNTUK KAUM HAWA)
Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat
Aurat wajib ditutup. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut, yang lain bukan aurat. Aurat perempuan pula seluruh tubuh badan kecuali muka dan 2 tangan. Ini asas pemahaman mengenai aurat, setiap orang Islam kena tahu. Tapi ramai orang terutamanya kaum perempuan yang salah faham mengenai batas-batas aurat ni. Salah faham macamana??? ha... jom baca salah faham kat bawah ni pasal aurat... (baca dan insaflah mana yang terkena.. ubahlah)
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sekadar perkongsian. Buat iktibar dan pedoman semua muslimah diluar sana...
dr forum iluvislam.com
Tuesday, November 3, 2009
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Kita sekarang berada di bulan Dzulkaedah. Tak lama lagi akan masuk bulan Dzulhijjah. Bulan2 ini merupakan antara bulan yang terkenal di dalam Islam kerana pada bulan inilah umat Islam yang berkemampuan dan cukup syarat menunaikan ibadah haji di Mekah.
Hari ini, 15 Dzulkaedah 1430 Hijrah, aku percaya telah ramai umat Islam yang berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Ibadah haji yang hendak dilakukan mestilah dibuat dengan hati yang ikhlas dan semoga mendapat haji yang Mabrur, iaitu diterima oleh Allah S.W.T. Apa guna pergi haji jika ibadah haji kita itu tidak diterima oleh Allah... orang lain pergi haji dapat haji mabrur... tapi kita pergi haji dapat haji marlboro... yang ni kita xse.
Sempena musim haji ni, terdetiklah dihati aku ni nak tulis sikit tentang ibadah haji ni. Ibadah haji ni merupakan rukun Islam yang kelima. Sesiapa yang mampu dan cukup syarat mengerjakan haji wajib pergi menunaikan haji. Kalau ditangguh-tangguh takut nanti ajal menjemput.... nanti siapa yang nak dipersalahkan???
Haji yang dilakukan mestilah haji yang mabrur. Tanda macamana kita nak tahu haji seseorang itu mabrur atau tidak ialah kita tengok perubahan yang berlaku kepada orang yang pulang dari mengerjakan haji. Kalau dia berubah selepas mengerjakan haji menjadi lebih baik dari sebelumnya, maka bolehlah kita katakan dia telah mendapat haji yang mabrur.
Sebagai contoh kalau sebelum mengerjakan haji seseorang tu tak pernah ataupun jarang sembahyang berjemaah di masjid ataupun surau. Tetapi sejak balik dari mengerjakan haji, seseorang itu menjadi rajin dan kerap berjemaah di masjid atau surau. Maka bolehlah kita katakan hajinya diterima oleh Allah S.W.T. Begitulah sebaliknya dengan orang yang perangainya tak berubah menjadi semakin baik sejak balik dari menunaikan haji, ataupun berubah menjadi lebih buruk atau jahat, maka bolehlah kita katakan hajinya adalah haji marlboro iaitu haji yang tidak diterima oleh Allah... wal 'iya zubillah...
Seterusnya marilah kita baca dan hayati beberapa perkara berkaitan ibadah haji yang dipetik dari laman web http://www.al-azim.com/
SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "
* Islam
- tidak wajib atas orang kafir dan murtad
* Baligh
- tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
* Berakal
- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
* Merdeka
- Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
* Berkuasa / Kemampuan
- Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"
Riwayat- Daruqutni
b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.
i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.
Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".
Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi
SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI
Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-
1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)
2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.
3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.
4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
RUKUN HAJI DAN UMRAH
RUKUN HAJI (6 PERKARA)
RUKUN UMRAH (5 PERKARA)
1. Niat ihram mengerjakan haji
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf di Kaabah
4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
5. Bergunting atau bercukur rambut
6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
1. Niat ihram mengerjakan umrah
2. Tawaf
3. Sai'e
4. Bergunting atau bercukur
5. Tertib
WAJIB HAJI DAN UMRAH
Ibadat haji dan Umrah bukan sahaja mempunyai rukun-rukun masing-masing bahkan juga mempunyai wajib-wajibnya yang mesti dilaksanakan. Sebagaimana yang telah diketahui, sesiapa yang meninggalkan salah satu rukun haji tidak sah atau batal, sebaliknya jika sesiapa yang meninggalkan salah satu wajib-wajib haji, maka hajinya sah tetapi wajiblah membayar dam.
WAJIB HAJI (6 PERKARA)
WAJIB UMRAH (2 PERKARA)
1. Niat ihram di Miqat tertentu
2. Bermalam di Muzdalifah
3. Melontar Jumrah 'Aqabah'
4. Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
5. Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,
6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram
JENIS-JENIS HAJI
Haji dan Umrah itu ada 5 jenis, iaitu:
JENIS-JENIS HAJI DAN UMRAH
1. Haji jenis Ifrad
2. Haji jenis Tamattu'
3. Haji jenis Qiran
4. Haji sahaja, dan
5. Umrah sahaja
HAJI JENIS IFRAD
Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.
HAJI JENIS TAMATTU'
Tamattu' ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.
HAJI JENIS QIRAN
Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu" (Riwayat - Turmizi)
Subscribe to:
Posts (Atom)