Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA

Esok, 10 Dzulhijjah 1430H bersamaan dengan 27 November 2009 umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya 'Idul Adha yang bererti Hari Raya Qurban. Ia juga dipanggil Hari Raya Haji.

Ia dinamakan Hari Raya Qurban kerana pada 10 hingga 13 Dzulhijjah umat Islam digalakkan melaksanakan ibadah Qurban dengan menyembelih binatang Qurban seperti kambing, biri-biri, lembu dan unta. Dinamakan Hari Raya Haji kerana pada ketika itu umat Islam yang berada di tanah suci Makkah al-Mukarramah sedang melaksanakan ibadah haji.

Nama Hari Raya Qurban diambil sempena peristiwa penyembelihan Qurban yang dilakukan oleh Nabi Allah, Ibrahim ketika mana Baginda diperintahkan menyembelih anaknya nabi Ismail. Betapa agungnya Aqidah yang dimiliki oleh 2 orang nabi Allah ini menghadapi dugaan Allah.

Nabi Ibrahim yang baru saja berjumpa dengan isterinya Hajar, dan anaknya Ismail sanggup menurut perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan anaknya sendiri. begitu juga Ismail yang sanggup menyerahkan dirinya untuk dikorbankan ayahnya sendiri walaupun dia tahu nyawanya menjadi taruhan. Tetapi, oleh kerana Aqidah yang kukuh yang dmiliki kedua2 nabi Allah ini, mereka sanggup berkorban demi mematuhi perintah Allah A.W.J.

Apakah kita juga mempunyai Aqidah sekental nabi Allah Ibrahim dan Ismail ini??? Adakah kita sanggup mengorbankan apa yang kita miliki demi mematuhi perintah Allah???

Manakala Ibadah Haji pula merupakan rukun Islam yang kelima. Setiap umat Islam yang berkemampuan wajib melaksanakan ibadah ini. Ibadah Haji sebagai satu simbol kesatuan umat Islam. Umat Islam bersatu dan berpadu menyembah Allah yang Maha Esa berkiblatkan Kaabah yang sama. semua umat Islam tidak mengira bangsa dan warna kulit serta bahasa menyembah Allah yang sama.

Ibadah Haji juga menggambarkan perhimpunan umat Islam yang terbesar. Itu merupakan gambaran awal perhimpunan besar-besaran dihadapan Allah Rabbul jalil di padang Mahsyar nanti. Ketika mana umat Islam ber'wukuf' di padang Arafah, cubalah kita gambarkan dan fikirkan bagaimanakah perhimpunan kita di mahsyar Allah nanti. Manusia dari Nabi Adam hingga manusia terakhir di dunia ini akan dihimpunkan oleh Allah A.W.J. Hanya Taqwa dan amalan Soleh saja yang akan menyelamatkan kita di sana nanti tatkala manusia semuanya dibicarakan nanti.





SELAMAT HARI RAYA 'IDUL ADHA... MOGA2 DIBERI KEBERKATAN DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH A.W.J

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...