perut kosong perlu diisi, baru hilang laparnya.
tangki minyak kosong perlu diisi, baru boleh dibawa berjalan kemana2.
minda kosong perlu diisi, baru berfungsi akal fikirannya.
jiwa yg kosong perlu diisi, baru terasa nikmatnya CINTA.
perut kosong diisi MAKANAN DAN MINUMAN...
tangki minyak kosong diisi MINYAK...(PETRONAS, SHELL,CALTEX... dll... whatever)
minda kosong diisi ilmu dan maklumat berguna untuk hidup di dunia dan di SANA...
jiwa yg kosong diisi ZIKRULLAH... moga CINTA abadi kan terlaksana... ya RABB!!!
Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Wednesday, January 27, 2010
Thursday, January 21, 2010
WEI SHEN MA...
MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... | |||||
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? | |||||
| |||||
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... | |||||
| |||||
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya... | |||||
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" | |||||
| |||||
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... | |||||
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti? | |||||
| |||||
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... | |||||
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? | |||||
| |||||
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah,nama Islam turut diadili! | |||||
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi... | |||||
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas? | |||||
| |||||
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernahdipertikaikan... | |||||
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya! | |||||
| |||||
Mengapa kita terlalu percaya kepada ........... | |||||
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim? |
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
Friday, January 15, 2010
TERBANG... tapi bukan Superman
semalam, aku terbang, tapi bukan dengan sayap, naik kapal terbang. aku terbang dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menuju ke LCCT Sepang. Pesawat Air Asia AK 5289 jam 5.25 petang akan berlepas sebentar lagi. aku sudah ada dalam kapal terbang.
sebelum tu, sampai je kat airport aku tengok ramai orang sedang menunggu seseorang. manusianya ramai, kenderaan pun banyak berbagai jenis, dengan kereta, motor semuanya nak sambut seseorang yang penting. bila aku tanya kat kaunter masa nak check-in petugas kaunter beritahu Pemangku Sultan nak sampai dari KL. Patut pun... nak sambut Pemangku Sultan rupanya.
di dalam kapal terbang aku duduk kat tepi sekali. walaupun kalau ikut seat tempat duduk, aku duduk di tengah, tapi aku yang masuk dulu dan aku terus duduk kat tepi tingkap. 2 orang lagi yang baru duduk tak kata apa pun, jadi aku anggap tak apalah duk kat bahagian mana pun.
aku sengaja pilih tempat duduk tepi tingkap sebab nak tengok pemandangan kat luar. bila saja kapal terbang bergerak, hatiku berasa sedikit kaget, doa naik kenderaan sempat juga ku baca semoga perjalanan ini selamat hendaknya.
kapal terbang dah naik, semakin tinggi. aku jenguk kat bawah nampak rumah dan bangunan semakin lama semakin mengecil, nampak macam rumah miniatur yang menjadi model syarikat perumahan tatkala ingin menawarkan rumah kepada pembeli. begitu juga dengan bangunan2 lain, nampak kecil seolah2 rumah dan bangunan dalam permainan 'millionnaire' atau 'Saidina'.
hatiku mula terasa berasa kerdilnya manusia. rumah yang dilihat besar tatkala dibawah, tapi apabila berada diatas nampak seolah2 rumah mainan. sungai dan laut juga kelihatan seperti ular panjang yang sedang bergerak.
melihat laut, hatiku makin tersentuh. bumi yang dianggap luas tiba2 menjadi amat kecil bila dibandingkan dengan laut. riak2 ombak laut yang kuat dan pantas, dilihat seolah2 'ropol' kecil di langsir. teringat peristiwa tsunami yang pernah melanda, tak dapat kubayangkan apa dan bagaimana jika ia terjadi disaat itu.
laut luas, airnya seolah2 simen yang masih basah yang hendak di tampal di dinding2 rumah. nampak sekata, cuma jelas garis2nya. air di perairan pantai nampak berwarna coklat, lapisan kedua berwarna hijau dan lapisan ketiga berwarna biru. SUBHANALLAH... hebatnya kuasaMu ya ALLAH.
kapal terbang naik semakin tinggi. seolah2 ia menyentuh awan dan pandangan dibawah sudah tidak kelihatan lagi, pandangan awan mengambil tempat. awan putih bertebaran, kurasakan seperti berada di Alaska dengan lautan salji putih menyelubungi. kubayangkan bagaimana rasanya kalau aku keluar dari kapal terbang dan memijak awan itu.
awan nipis bertebaran, semakin lama awan semakin besar... tebal. ku terpandang segumpal awan bila diamati seolah2 seekor beruang sedang tidur dengan punggungnya sedikit tertujal ke atas. dilihat dari pandangan sisi pula, kelihatan seperti muka seorang lelaki. MASYA ALLAH... besarnya kuasaMu ya ALLAH.
ALLAH yang menguasai langit dan bumi, tidak terjangkau akalku untuk menafsir kuasaMu yang Maha Hebat. betapa hina dinanya diriku sebagai manusia dimuka bumi. hilanglah rasa ego, hilanglah rasa angkuh, sombong, takbur, ujub, riya' dan sifat2 mazmumah yang lain bila diri tenggelam dalam nikmat menghayati KEBESARANMU YA ALLAH...
55 minit berada diudara, akhirnya sampai di LCCT. isteri dan anak sudah sedia menunggu... Alhamdulillah, perjalananku selamat. syukurku padaMu ya ALLAH!
Tuesday, January 12, 2010
mudahnya berbuat MAKSIAT!!!
TUTT!!! TUTT!!! TUTT!!! TUT!!!
bunyi mesej di handset aku. aku bergegas pergi ambil handset nak tgk sapa yg hantar mesej dan apa yg dihantarnya. buka saja peti masuk, terpampang no yg aku tak kenali 01744......
"Sunyi? anda dipilih untuk menikmati modal kami yang panas. untuk mendapat koleksi video peribadi yang hangat tersebut, sila balas ya. warning! hanya untuk umur 18 keatas"
berderau darah aku menyirap. badigol mana yang hantar mesej sebegitu ke handset aku??? macamana dia dapat no aku padahal aku tak kenal pun no dia??? sebelum ni pun dah banyak kali mesej sebegini masuk ke dalam handset aku. sapa punya kerja cilanat ni???
itulah contoh betapa mudahnya nak buat makisat di zaman moden ni. hanya menggunakan handset kita dah boleh tengok macam2 gambar dan video yang dihantar. perniagaan haram macam ni senang je nak masuk cari pelanggan. katakanlah aku ni kemaruk sangat nak tengok modal yang penghantar mesej celaka tu hantar, aku taip ya je terus masuk gambar2 dan video2 porno yang tak senonoh itu...
zaman semakin moden, cara mendapatkan maksiat pun semakin canggih dan pantas. sepantas aliran maklumat diterima, sepantas itu juga dibawa bersamanya benda2 batil dan maksiat yang boleh menggelapkan hati dan merosakkan akhlak. apakah ini berlaku secara tanpa sedar atau sememangnya ada perancangan untuk merosakkan manusia terutamanya anak2 muda Islam. sudah tentu ini adalah perancangan halus dan jahat kaum yahudi dan kristian yang sengaja melakukan perkara2 seperti itu untuk menyesatkan umat Islam.
dah lah kita ni hari2 berperang dengan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak melakukan maksiat, ditambah pula dengan setan yang bertopengkan manusia (termasuk yg hantar mesej celaka kat aku tu...) membuatkan kadang2 kita tertewas di belenggu dosa dan maksiat.
senario diatas hanya 1 contoh macamana mudahnya perlakuan maksiat berlaku hari ini. kalau dulu orang nak tengok gambar2 atau video porno terpaksa bersembunyi dan dilakukan hati2 supaya tidak ketahuan orang lain... nanti dapat malu. tapi hari ini maksiat boleh dilakukan secara terang-terangan hatta ditempat orang ramai pun boleh tengok gambar2 dan video "pelik" iaitu melalui handset masing2.
inilah fitnah yang berlaku diatas dunia sebelumnya tibanya hari kiamat. maksiat berlaku secara berleluasa dan dilakukan secara terang-terangan. manusia seolah2 tiada lagi perasaan malu dan takut, bukan saja tak takut dan tak malu kepada Allah, sesama manusia pun sudah tidak berasa malu melakukan perbuatan terkutuk itu.
pikul lah beban dosa tu bawa ke akhirat bagi orang yang hantar dan langgan mesej sebegitu. pikullah juga pihak yang bersekongkol dengan perbuatan itu sama ada pihak syarikat telekomunikasi (CELCOM, MAXIS....) atau mana2 pihak yang bekerjasama dengan mereka. wal'iya zubillahi min zalik...

Wednesday, January 6, 2010
ha T...
tenang dan sayunya rasa hati bila mendengar dan menghayati butir2 kuliah maghrib yg disampaikan di masjid tadi. betul lah orang kata ubat untuk penyakit hati adalah dengan mendengar tazkirah yang berisi da'wah ke arah melakukan keta'atan kpd Rabb dan meninggalkan perkara2 yg dimurkaiNya.
penyakit2 hati ni banyak. kalau secara fizikalnya penyakit hati perlu dirawat oleh doktor di hospital atau klinik. tetapi bagi penyakit hati yang bersifat dalaman dan spiritual, maka ubatnya hanya boleh didapati melalui majlis2 zikir yang menyebut keagungan dan kebesaran Allah disamping menyebut tentang kelemahan dan kekerdilan diri kita manusia.
majlis2 zikir atau majlis ilmu itu memberikan makanan rohani kepada kita, menguatkan semula kesedaran rohani dan spiritual serta memberi motivasi kpd kita utk bangkit melawan hawa nafsu dan syaitan yg sentiasa membelenggu hidup kita dengan kekufuran. tazkirah atau kuliah yg baik mampu menghidupkan semula hati yang mati, atau sekurang2nya dapat menguatkan kembali hati yg semakin lemah...
penyakit2 hati seperti dengki, was-was, khianat, tamak dsb secara perlahan2 akan hilang dan musnah dan ianya akan digantikan dgn sifat2 mahmudah yg menjadi dambaan setiap insan. hiasilah hati kita dgn ketakwaan dan kasih sayang serta cinta kpd Allah....
cinta kpd manusia akan pudar dan hilang, jadi cintailah Allah nescayalah kita juga akan dicintaiNya dan juga akan dicintai oleh seluruh makhlukNya...

Monday, January 4, 2010
ALLAH Tuhan sekalian 'alam...
Heboh diperkatakan orang di Malaysia dalam minggu ni berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Ia berikutan keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penerbitan mingguan Katolik Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah.
Kalau mengikut hukum sebenar nama Allah sememangnya merupakan tuhan bagi seluruh makhluk. samada manusia, binatang, tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang, bumi, langit, laut semuanya yang bernama makhluk adalah ciptaan Allah S.W.T. dan mesti bertuhankan Allah. Justeru Allah lah tuhan semuanya. soal samada manusia beriman atau tidak kepada Allah itu jatuh nombor dua, tiga dan seterusnya. Yang penting kita mesti beriktikad dengan yakin bahawa Allah adalah Tuhan semua makhluk.
Di dalam al-Qur'an sendiri ada menyebutkan bahawa orang2 kafir juga mengakui dan menyebut bahawa Allah yang menciptakan mereka. Firman Allah S.W.T:

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63).
ayat ini dengan jelas menunjukkan penggunaan kalimah Allah oleh orang2 kafir sebagai nama tuhan kepada mereka.
Namun begitu, secara praktikalnya suasana di Malaysia pada hari ini tidak begitu mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. ini kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan malapetaka kepada keharmonian hidup masyarakat malaysia.
sejak dari dulu orang2 kristian di semenanjung tidak menggunakan nama Allah, tetapi tiba2 mereka ingin menggunakannya. apakah ini sebagai salah satu daya tarikan yang akan mengelirukan umat islam terutamanya yang jahil dan cetek ilmu agama apabila didatangi golongan mubaligh dengan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka???
seperkara lagi ia juga akan mendatangkan bentuk penghinaan dan cemuhan kepada makna Allah yang sekian lama difahami oleh masyarakat Islam bilamana golongan kristian ini menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada tuhan Bapa, tuhan Anak dan tuhan 'holy spirit'.
bukankah ini akan menimbulkan kemarahan dan kebencian ke dalam hati umat Islam dan sekiranya tidak diurus dengan baik ia bakal menyebabkan malapetaka massa yang teruk sebagaimana yang kita lihat berlaku di Ambon beberapa tahun yang lepas. ini semua tidak mustahil boleh berlaku di negara kita.
langkah yang diambil oleh pihak kristian terutamnya bermazhab katolik ini mungkin mempunyai maksud tersirat iaitu untuk menimbulkan kekliruan ke dalam hati umat Islam. mereka mungkin terdesak menggunakan cara ini untuk mengembangkan lagi proses kristianisasi dan evangelazation mereka di Malaysia. namun harus diingat tindakan mereka ini seolah2 cuba menyalakan timbunan kayu api kering yang menunggu masa saja untuk marak membakar seluruhnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)