TUTT!!! TUTT!!! TUTT!!! TUT!!!
bunyi mesej di handset aku. aku bergegas pergi ambil handset nak tgk sapa yg hantar mesej dan apa yg dihantarnya. buka saja peti masuk, terpampang no yg aku tak kenali 01744......
"Sunyi? anda dipilih untuk menikmati modal kami yang panas. untuk mendapat koleksi video peribadi yang hangat tersebut, sila balas ya. warning! hanya untuk umur 18 keatas"
berderau darah aku menyirap. badigol mana yang hantar mesej sebegitu ke handset aku??? macamana dia dapat no aku padahal aku tak kenal pun no dia??? sebelum ni pun dah banyak kali mesej sebegini masuk ke dalam handset aku. sapa punya kerja cilanat ni???
itulah contoh betapa mudahnya nak buat makisat di zaman moden ni. hanya menggunakan handset kita dah boleh tengok macam2 gambar dan video yang dihantar. perniagaan haram macam ni senang je nak masuk cari pelanggan. katakanlah aku ni kemaruk sangat nak tengok modal yang penghantar mesej celaka tu hantar, aku taip ya je terus masuk gambar2 dan video2 porno yang tak senonoh itu...
zaman semakin moden, cara mendapatkan maksiat pun semakin canggih dan pantas. sepantas aliran maklumat diterima, sepantas itu juga dibawa bersamanya benda2 batil dan maksiat yang boleh menggelapkan hati dan merosakkan akhlak. apakah ini berlaku secara tanpa sedar atau sememangnya ada perancangan untuk merosakkan manusia terutamanya anak2 muda Islam. sudah tentu ini adalah perancangan halus dan jahat kaum yahudi dan kristian yang sengaja melakukan perkara2 seperti itu untuk menyesatkan umat Islam.
dah lah kita ni hari2 berperang dengan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak melakukan maksiat, ditambah pula dengan setan yang bertopengkan manusia (termasuk yg hantar mesej celaka kat aku tu...) membuatkan kadang2 kita tertewas di belenggu dosa dan maksiat.
senario diatas hanya 1 contoh macamana mudahnya perlakuan maksiat berlaku hari ini. kalau dulu orang nak tengok gambar2 atau video porno terpaksa bersembunyi dan dilakukan hati2 supaya tidak ketahuan orang lain... nanti dapat malu. tapi hari ini maksiat boleh dilakukan secara terang-terangan hatta ditempat orang ramai pun boleh tengok gambar2 dan video "pelik" iaitu melalui handset masing2.
inilah fitnah yang berlaku diatas dunia sebelumnya tibanya hari kiamat. maksiat berlaku secara berleluasa dan dilakukan secara terang-terangan. manusia seolah2 tiada lagi perasaan malu dan takut, bukan saja tak takut dan tak malu kepada Allah, sesama manusia pun sudah tidak berasa malu melakukan perbuatan terkutuk itu.
pikul lah beban dosa tu bawa ke akhirat bagi orang yang hantar dan langgan mesej sebegitu. pikullah juga pihak yang bersekongkol dengan perbuatan itu sama ada pihak syarikat telekomunikasi (CELCOM, MAXIS....) atau mana2 pihak yang bekerjasama dengan mereka. wal'iya zubillahi min zalik...
No comments:
Post a Comment