Friday, August 26, 2011

KUUNUU RABBANIYYIIN WALAA TAKUUNUU RAMADHAANIYYIIN...

di bulan Ramadhan ini ramai umat Islam yang berlumba2 melakukan amal ibadat. sama ada ibadat wajib mahupun yang sunat ramai orang Islam yang berlumba2 melakukannya. mereka rajin solat berjemaah di majid, rajin baca al-qur'an, rajin bersedekah, rajin berzikir, rajin beriktikaf dan segala macam rajin lagi dibuatnya. 

fenomena ini jika dilihat dan diperhatikan sebaiknya amatlah membanggakan dan menunjukkan ruh semangat ibadat yang tinggi dikalangan umat Islam. 

namun, apa yang menyedihkan ramai juga dikalangan kita yang hanya beribadat dengan begitu rajin pada bulan ramadhan sahaja. habis saja ramadhan amal ibadat yang banyak dilakukan itu semakin lama semakin ditinggalkan hingga akhirnya tiada lagi ibadat itu dilakukan.

kalau di bulan ramadhan, pada sebelah malam ruang masjid penuh dengan orang yang ingin solat fardhu dan solat terawih. tetapi bila masuk 1 syawal, jemaah yang begitu ramai itu semakin berkurangan hingga akhirnya tinggal pak imam dan bilal saja melakukan solat di sesetengah tempat. 

begitu juga dengan tilawah al-Qur'an. kalau di bulan Ramadhan sempat 2-3 kali khatam. pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam asyik duk baca al-Qur'an. tetapi apabila habinya bulan ramadhan bacaan al-Qur'an ditinggalkan. al-Qur'an yang dibelek tiap2 hari itu disimpan kembali di dalam almari dan dikunci dengan kemas. tunggu ramadhan tahun depan pulak baru buka balik almari tu ambil al-Qur'an tu untuk dibaca. itu pun kalau sempat berjumpa dengan ramadhan tahun seterusnya. 

amalan sedekah pun begitu juga. di bulan ramadhan ramai orang suka bersedekah. tak boleh tengok orang susah sikit mesti nak huluir duit seringgit dua atau lebih. kalau yang kaya gila tu sampai sponsor majlis berbuka puasa untuk orang miskin dan juga anak2 yatim. buat pulak tu dekat hotel2 besar konon nak bersedekah kepada mereka yang memerlukan. tapi bila habis ramadhan, sifat kedekut dan bakhil kembali bertapak dihati. orang miskin yang dibantu dibulan ramadhan tadi sudah tidak dipedulikan malah dihina sehina2nya. 

begitulah perangai sesetengah dari kita. kita seolah beribadah kerana bulan ramadhan bukan ikhlas kerana Allah S.W.T. kita hanya menjadi baik dan soleh hanya di bulan ramadhan. tetapi pada bulan2 lain kita menjadi sahabat syaitan dan iblis. 

sepatutnya, bulan ramadhan ini menjadi latihan kepada kita berbuat amal kebajikan sebanyak2nya dan kesannya akan kita bawa sepanjang hidup kita walaupun di bulan2 lain. barulah matlamat mendapatkan 'TAQWA' itu tercapai dan kita beroleh kejayaan dan kemenangan yang sempurna sepanjang melakukan ibadah di bulan ramadhan. 

Monday, August 22, 2011

dimana lailatul qadr?

malam ini malam 23 ramadhan. dikatakan malam lailatul qadr ada pada salah 1 dr 10 malam terakhir ramadhan. mungkin malam ini adalah malam lailatul qadr. atau mungkin juga ia telah lepas. atau boleh jadi juga ia masih belum tiba. 

malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. dianggarkan beruia lebih kurang 84 tahun. bayangkan kita dapat beribadat kepada Allah selama lebih 84 tahun. usia kita pun belum tentu dapat mencapai hingga 84 tahun. ada ramai orang yang mati ebelum menginjak ke usia tersebut.

malam ini hujan lebat. mengikut petandanya malam ini bukan malam lailatul qadr. kerana pada malam lailatul qadr dikatakan hujan hanya turun renyai2 pada jam 2-3 pagi. semasa sedang solat terawih tadi tiba2 hujan turun dengan agak lebat. makin lama makin lebat hinggalah sekarang hujan tak berhenti lagi. 

pada pagi keesokannya pula dikatakan matahari bersinar tetapi tidak menyilaukan mata. boleh tengok matahari naik dengan jelas. itu antara tanda2nya malam lailatul qadr. 

bila bertemu dgn malam lailatul qadr kenalah banayakkan ibadah. baca Qur'an, solat malam, berzikir, menuntut ilmu dsb. tp bukan bermakna bukan malam lailatul qadr kurangkan ibadah atau takde ibadah langsung. kena sentiasa perbanyakkan ibadah lebih2 lagi pada malam lailatul qadr.  

Wednesday, August 10, 2011

SALAH SENDIRI...

Isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya semakin hangat diperkatakan. banyak pihak memberikan pandangan ke atas insiden tersebut. ada yang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan tak kurang juga yang kurang bersetuju dengan pendekatan dan cara yang digunakan oleh JAIS dalam insiden itu. 

Kristian merupakan satu agama 'evangelization' atau 'Christian Mission' iaitu mempunyai dakwah mengajak mereka yang belum menganut agama mereka supaya murtad dan memeluk Kristian. begitu juga halnya dengan agama Islam, juga adalah agama Dakwah yang menyeru manusia supaya menjadikan Islam sebagai agama mereka.

Justeru, pelbagai cara dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk menarik dan mengajak manusia umum supaya bertukar akidah dan menganut agama mereka. Tidak pelik jika pihak gereja menggunakan pendekatan memberikan sumbangan dan bantuan kepada orang Islam yang hidup susah kerana kita orang Islam juga boleh menggunakan pendekatan sedemikian dalam usaha untuk menarik manusia supaya menganut agama Islam. 

Apa yang sepatutnya menjadi persoalan adalah dimana tanggungjawab pihak kerajaan yang dikhaskan untuk menjaga kebajikan umat Islam sebagai contoh lembaga Zakat dalam usaha memastikan kebajikan setiap umat Islam terbela dan terlepas dari hidup melarat? 

kita ibaratkan golongan gereja kristian itu seperti harimau yang sentiasa menunggu masa untuk membaham rusa di dalam kandang. kalau tuan punya kandang tidak menyelia dengan baik rusa2 tersebut, nescaya lama kelamaan sang harimau tadi akan dapat membaham rusa yang dipelihara itu. 

begitu juga dengan senario yang berlaku ini. sekiranya pihak berkuasa dapat menjaga kebajikan dan keselamatan orang Islam dengan baik dan sempurna, maka tidak ada sebab untuk golongan yang susah tersebut pergi atau dijemput untuk menerima bantuan dari pihak gereja. 

musuh diluar tidak akan dapat menewaskan kita jika kita dapat mengawal dan mengurus segala situasi dan permasalahan dalaman kita dengan baik. sebaliknya, apa yang membimbangkan adalah apabila berlaku pengabaian tanggungjawab ke atas memastikan kebajikan dan kesejahteraan umat Islam. maka ketika inilah musuh mengambil kesempatan untuk cuba menarik seramai mungkin umat Islam supaya lari dari akidah Islam dan menganut agama mereka dengan menggunakan pendekatan yang bersifat pertolongan tetapi sebenarnya tersimpan niat buruk mereka untuk memurtadkan umat Islam. 

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...