Wednesday, August 10, 2011

SALAH SENDIRI...

Isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya semakin hangat diperkatakan. banyak pihak memberikan pandangan ke atas insiden tersebut. ada yang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan tak kurang juga yang kurang bersetuju dengan pendekatan dan cara yang digunakan oleh JAIS dalam insiden itu. 

Kristian merupakan satu agama 'evangelization' atau 'Christian Mission' iaitu mempunyai dakwah mengajak mereka yang belum menganut agama mereka supaya murtad dan memeluk Kristian. begitu juga halnya dengan agama Islam, juga adalah agama Dakwah yang menyeru manusia supaya menjadikan Islam sebagai agama mereka.

Justeru, pelbagai cara dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk menarik dan mengajak manusia umum supaya bertukar akidah dan menganut agama mereka. Tidak pelik jika pihak gereja menggunakan pendekatan memberikan sumbangan dan bantuan kepada orang Islam yang hidup susah kerana kita orang Islam juga boleh menggunakan pendekatan sedemikian dalam usaha untuk menarik manusia supaya menganut agama Islam. 

Apa yang sepatutnya menjadi persoalan adalah dimana tanggungjawab pihak kerajaan yang dikhaskan untuk menjaga kebajikan umat Islam sebagai contoh lembaga Zakat dalam usaha memastikan kebajikan setiap umat Islam terbela dan terlepas dari hidup melarat? 

kita ibaratkan golongan gereja kristian itu seperti harimau yang sentiasa menunggu masa untuk membaham rusa di dalam kandang. kalau tuan punya kandang tidak menyelia dengan baik rusa2 tersebut, nescaya lama kelamaan sang harimau tadi akan dapat membaham rusa yang dipelihara itu. 

begitu juga dengan senario yang berlaku ini. sekiranya pihak berkuasa dapat menjaga kebajikan dan keselamatan orang Islam dengan baik dan sempurna, maka tidak ada sebab untuk golongan yang susah tersebut pergi atau dijemput untuk menerima bantuan dari pihak gereja. 

musuh diluar tidak akan dapat menewaskan kita jika kita dapat mengawal dan mengurus segala situasi dan permasalahan dalaman kita dengan baik. sebaliknya, apa yang membimbangkan adalah apabila berlaku pengabaian tanggungjawab ke atas memastikan kebajikan dan kesejahteraan umat Islam. maka ketika inilah musuh mengambil kesempatan untuk cuba menarik seramai mungkin umat Islam supaya lari dari akidah Islam dan menganut agama mereka dengan menggunakan pendekatan yang bersifat pertolongan tetapi sebenarnya tersimpan niat buruk mereka untuk memurtadkan umat Islam. 

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...