aku harap adik aku tu dapat la jawab segala soalan samada bertulis atau lisan, berkumpulan atau individu dengan betul dan baik serta memuaskan hati si penemuduga2. dari minggu lepas lagi aku dah bagi buku2 aku yg sesuai untuk temuduga tu berserta tips2 nak bagi tenang semasa interview dan cara menjawab soalan yang dikemukakan. semoga lepas ni tambah sorang lagi cikgu dalam keluarga ayah aku.
bila mengenangkan temuduga ni, aku teringat kepada satu lagi temuduga yang akan dihadapi oleh setiap orang Islam. temuduga yang aku maksudkan adalah temuduga dengan mungkar dan nakir di alam barzakh nanti. kalau di dunia kita temuduga untuk dapatkan kerja, projek, tender, biasiswa, suami/isteri (ada ke...?), tauliah dsb. tetapi di alam barzakh nanti kita akan ditemuduga oleh 2 malaikat yang dikhaskan oleh Allah bertanyakan mengenai beberapa soalan yang akan menentukan destinasi kita yang terakhir samada dimasukkan ke dalam Syurga atau dihumbankan ke dalam Neraka.
temuduga di dunia kita tidak tahu apa yang akan ditanya dan disoal, tetapi temuduga dengan 2 malaikat ni kita dah tahu apa soalan2 yang akan ditanya.
ما ربك؟ من نبيك؟ ما دينك؟ ما قبلتك؟ ما دستورك؟ ما إخوانك؟
6 soalan ni kita dah tahu malah kita dah hafal pun siap dengan maksud dia lagi dalam bahasa melayu. tetapi adakah kita semua dapat menjawabnya dengan betul ketika ditanya nanti? jawapannya belum tentu lagi. walaupun soalannya telah bocor di dunia lagi, tetapi belum tentu lagi kita dapat menjawabnya. ini kerana bukan mulut kita yang menjawabnya, tetapi amalan yang kita lakukan di dunia ini yang akan menjawabnya. Allah S.W.T. berikan keizinan kepada anggota tubuh kita untuk menjawab soalan mewakili diri kita.
kalau di dunia ini ada orang yang sanggup merasuah penemuduga supaya meluluskan temuduganya walaupun pada hakikatnya dia tidak layak, dan ada juga yang berjumpa dengan pihak2 tertentu supaya memberikan pengesyoran kepadanya supaya layak dalam temuduga, tetapi di sana, malaikat tidak makan rasuah, malaikat juga bukan kenalan kita, atau kawan kita, atau orang2 besar yang boleh kita pergunakan untuk mempermudahkan urusan kita. malaikat adalah hamba2 Allah yang patuh dan taat kepada setiap titah perintah Allah S.W.T.
semoga kita semua LULUS dengan cemerlang temuduga di dunia dan juga temuduga di BARZAKH!
No comments:
Post a Comment