assalamualaikum... |
selamat hari guru kepada semua insan yang pernah bergelar guru. samada guru kepada murid2 di sekolah, atau guru kepada anak2 dan saudara mara.
jasa guru amat besar. guru yang mengajar kita erti kehidupan. mengenal baca dan tulis dari alif, ba, ta, 1,2,3, a,b,c, hingga kita dewasa dan memiliki banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. ada orang ilmunya tinggi menggunung, ada orang ilmunya hanya separas dada bangau. namun, semuanya bermula dengan asas yang sama.
guru banyak berkorban kepada muridnya. ada guru yang sanggup menahan kelaparan, kehausan, keletihan dan juga kesakitan demi memberikan ilmu kepada muridnya. ada guru yang sanggup berkorban tenaga, minda, harta benda dan malah nyawa demi menyampaikan ilmu kepada muridnya. ada guru yang tidak sedar bahawa dia ada anak2 sendiri yang perlu diajar dan dididik lantaran terlalu obses dengan pengajaran terhadap muridnya.
guru yang ikhlas tidak mengharapkan apa2 balasan dari muridnya. dia hanya mengharapakan keredhaan Allah .SW.T. dia berusaha sepenuh daya dan usaha untuk melihat muridnya berjaya di akhirat dan juga di dunia. guru sebenar adalah guru yang lebih mementingkan aspek keakhiratan muridnya dari aspek keduniaan yang bakal fana.
kerjaya guru banyak juga cabarannya. cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. ada guru yang dicabar dengan tingkah laku muridnya yang bermasalah. masalah dari segi disiplin, akhlak, perangai, pekerti, adab dan perilaku. ada guru yang dicabar dengan keadaan muridnya yang terlalu lemah, daif, OKU, naif, pasif dan pessimis. ada guru dicabar dengan persekitaran tempat kerja yang bermasalah. masalah dengan pihak pentadbir dan pihak atasan, masalah rakan2 guru lain yang busuk hati dan dengki, masalah ibubapa yang terlalu sayangkan anak sehinggakan tindakan guru keatas anaknya sering disalah erti.
justeru, guru perlu sentiasa bersabar. mental perlu sentiasa kuat dan bersedia menghadapi apa saja kemungkinan. ilmu perguruan perlu sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan. sunnah nabi S.A.W. dalam mendidik perlu sentiasa diamalkan.
SELAMAT HARI GURU!
No comments:
Post a Comment