Saturday, August 11, 2012

MENCARI LAILATUL QADAR

hari ni dah masuk 22 hari kita berpuasa. bermakna ada lebih kurang seminggu lagi kita berada di bulan yang penuh keberkatan ini. pada hari2 akhir begini Rasulullah ada menyatakan kepada kita tentang satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di dalam al-Qur'an juga ada disebutkan secara jelas tentang malam ini iaitu di dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5. 

Malam lailatul Qadr yang mana ianya merupakan malam yang penuh keberkatan dan lebih baik dari seribu bulan disediakan khusus oleh Allah S.W.T. kepada kita untuk meraihnya. Allah .S.W.T. menjanjikan kelebihan pada malam tersebut dengan leibh baik dari seribu bulan atau bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. bermakna kalau kita beribadat pada malam tersebut, ganjaran pahala yang Allah sediakan kepada kita adalah lebih dari kita mengerjakan ibadah selama 83 tahun. 

malam itu tidak dinyatakan khusus bial ia akan berlaku. cuma terdapat dalam sesetengah riwayat menagatakan Rasulullah menyuruh kita melipatgandakan ibadah pada sepuluh malam terakhir. ada juga riwayat yang menyatakan dengan jelas malam lailatul qadr iaitu pada malam 27. 

walaubagaimanapun, kita sebagai orang Islam tidak boleh mengkhususkan amal ibadat kita pada malam2 tertentu sahaja. seboleh2nya sepanjang bulan Ramadhan ini kita melipatgandakan amal ibadat kepada Allah .S.W.T. kerana kita beribadah ikhlas kerana Allah bukan kerana bulan Ramadhan atau kerana malam lailatul qadr. 

itulah hikmah mengapa Allah sembunyikan tarikh dan masa sebenar malam lailatul qadr setiap tahun. supaya kita tidak menumpukan hanya pada malam itu sahaja untuk beribadah. sehinggakan kita menjadi hamba Allah yang malas untuk melakukan amal ibadah. sebailiknya kita perlu sentiasa memperbanyakkan amal ibadah terutamanya pada bulan Ramadhan ini kerana ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah kepada orang yang beribadah kepadaNya adalah teramat besar pada bulan ini. 

Justeru itu, carilah malam lailatul qadr itu dengan melakukan amal ibadah sebanyak2nya. jangan hiraukan sebarang tanda atau alamat lailatul qadr yang sering diperkatakan orang. sebaliknya carilah tanda keikhlasan kita beribadah kepadaNya. INSYA ALLAH, dengan berkat kesungguhan dan komitmen kita dalam beribadah kepada Allah, kita akan peroleh lailatul qadr dan diberikan darjat yang tinggi disisi Allah S.W.T. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...