di hadapan sebuah bank, duduk seorang makcik tua dengan barangan jualan berupa kerepek dan kekacang. makcik ni tak malu walau orang ramai masuk keluar bank menunaikan urusan masnig-masing. setiap orang yang lalu dihadapannya akan di'tawar' kerepek dan kekacang jualannya. aku perhatikan di dalam kereta makcik ini begitu sabar dan tabah menanti pelanggan membeli makanannya.
sebelum ini ada dua tiga orang lelaki yang kelihatan masih kuat dan mampu bekerja berada di tempat yang sama. tapi tanpa apa-apa untuk dijual. cuma mengharapkan simpati dan belas kasihan orang ramai supaya memberikan sedekah kepadanya. sedangkan badannya masih kuat dan mampu bekerja sendiri, tetapi malas membuat kerja sampai sanggup menjual maruah diri meminta-minta dengan orang ramai.
aku malu menjadi lelaki kerana tindakan beberapa orang lelaki seperti itu. malas berusaha, malas berikhtiar, mencari jalan mudah mendapatkan wang sampai sanggup mengggadaikan maruah dan harga diri menjadi pengemis. malulah kepada makcik tua tadi, seorang wanita yang tidak kuat mana kederatnya tetapi sanggup berikhtiar berniaga ditepi jalan begitu demi mencari nafkah hidup.
walaupun tindakannya itu salah dari segi undang-undang kerana aku percaya undang-undang tidak membenarkan berniaga di tempat terbuka sebegitu. tetapi aku kagum dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan makcik tersebut. entah bagaimana nasib keluarganya aku tidak tahu, tapi daya usaha dan kesungguhannya memberikan kesedaran kepada manusia yang mahu berfikir bahawa kita tidak boleh menyerah kalah begitu saja dengan takdir. perlu ada usaha untuk membetulkan keadaan yang songsang supaya hidup ini kembali tersusun perjalanannya.
WASSALAM...
No comments:
Post a Comment