Monday, December 8, 2014

ALAT PERPADUAN?

siapa kata sukan adalah alat perpaduan? semalam adalah buktinya. bila malaysia kalah kepada vietnam 1-2 penyokong negara mengamuk dengan mencederakan penyokong2 vietnam. sikap sebegini tidak harus ditunjukkan oleh masyarakat kita. apa lagi rakyat kita yg majoritinya beragama Islam berbangsa Melayu sepatutnya menunjukkan rasa berlapang dada dan berhemah kepada pihak luar. 

mereka orang Myanmar beragama Buddha tetapi kita orang Islam menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. Inilah yang menyebabkan tanggapan orang bukan Islam sentiasa menyeleweng terhadap Islam. Lantaran sikap umatNya yang tidak Soleh dan baik. sepatutnya kita tunjukkan sikap yang mulia dengan memberikan layanan baik kepada mereka dan tidak mencederakan atau menghina mereka. 

sungguh malu perbuatan segelintir penyokong bolasepak yang boleh digelar "holligan" ini. memang sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyokong pasukan Harimau Malaya. Tetapi tidaklah sampai menyokong secara membuta tuli dengan menimbulkan kekacauan apabila pasukan kita kalah. mana sikap professional kita? 

sebab itu Islam melarang kita dari sikap terlalu taksub kepada sesuatu. terlalu taksub kepada bolasepak sehingga tidak boleh menerima kekalahan adalah satu sikap yang tidak matang dan tidak bertamaddun. memang biasa dalam bersukan ada pasukan yang akan menang dan ada pasukan yang kalah. kalau menang alhamdulillah, syukur kepada Allah. kalau kalah buat muhasabah dan penelitian semula dimana kesilapan kita untuk kita perbaiki dalam perlawanan lain. itu baru sikap kita umat Islam. begitu juga dalam hal-hal lain, perlu bersikap matang dan professional. 

khamis ni pasukan negara akan berkunjung ke Vietnam pula. Apa kita nak kata kalau rakyat mereka bersikap seperti kita selepas tamat perlawanan??? LU FIKIRLAH DULU...
    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...