Saturday, December 26, 2009

10 Muharram... KARBALA

hari ni sabtu, 9 Muharram 1431H bersamaan 26/12/09. esok 10 Muharram, hari yg agak famous dan juga kontroversi khususnya bagi penganut fahaman syiah.

bulan muharram adalah bulan yang pertama dalam kalendar Islam. hari yg kesepuluh dipanggil hari 'Asyyura yg diambil dari bahasa arab, 'asyarah bermaksud sepuluh. jadi 'Assyura adalah hari yg ke10 dalam bulan Muharram atau kita panggil 10 Muharram.

banyak peristiwa berlaku pada 10 muharram ini, antaranya:-
ALLAH menciptakan-
# langit dan bumi pada hari Aasyura,

# menjadikan laut pada hari Aasyura,

# menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,

# menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,

# lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,

# Menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,

# Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,

# Akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"

Justeru, hari 'Asyyura merupakan antara hari2 kebesaran dalam Islam sehinggakan kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut. kalau di kampung2, biasanya pada bulan Muharram ini terutamanya pada 10 Muharram ini orang akan buat bubur 'Asyyura yang dikatakan mengambil iktibar dari peristiwa banjir besar yang berlaku di zaman nabi Nuh A.S.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

pada 10 Muharram juga, ada segolongan umat Islam iaitu mereka yang berfahaman syiah melakukan adat yang cukup menyeleweng, bilamana mereka mencederakan diri mereka sendiri sebagai rasa sedih dan simpati di atas syahidnya cucu Rasulullah, Syaidina Husin pada 10 Muharram. peristiwa pembunuhan Syaidina Husin berlaku di suatu tempat bernama Karbala. Jadi, sebagai menunjukkan rasa kasih dan cinta mereka kepada cucu Rasulullah ini, mereka sanggup mencederakan diri mereka dengan memukul diri mereka sendiri dengan benda tajam.

inilah satu salah faham yang cukup besar dalam amalan kaum syiah. memang kita patut bersedih dan bersimpati dengan kematian Syaidina Husin, yang telah dipenggal kepalanya oleh Hajjaj ibn Yusuf al-Tsaqafi. Tetapi tahap kesedihan dan simpati kita jangan sampai berlebihan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri seolah2 ingin menunjukkan sebagai bukti bahwa kita benar2 cinta kepada Ahlul Bait.

Kematian Syaidina Husin itu adalah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah. tidak perlu kita terlalu bersedih seolah2 kita menyalahkan Allah kerana membiarkan Syaidina Husin mati sedemikian rupa. jangan jadi macam penganut Hindu yg melakukan perbuatan yang hampir sama ketika hari Taipusam. Nabi Muhammad tidak pernah mengajar kita melakukan perbuatan sedemikian.

ni baru 1 amalan karut syiah, banyak lagi amalan mereka yang bercanggah dengan amalan dan tuntutan Islam sebenar. apa yang penting jangan terjebak dengan fahaman syiah yang boleh menggelincirkan akidah kita sebagai umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...