Friday, January 15, 2010

TERBANG... tapi bukan Superman


semalam, aku terbang, tapi bukan dengan sayap, naik kapal terbang. aku terbang dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menuju ke LCCT Sepang. Pesawat Air Asia AK 5289 jam 5.25 petang akan berlepas sebentar lagi. aku sudah ada dalam kapal terbang.

sebelum tu, sampai je kat airport aku tengok ramai orang sedang menunggu seseorang. manusianya ramai, kenderaan pun banyak berbagai jenis, dengan kereta, motor semuanya nak sambut seseorang yang penting. bila aku tanya kat kaunter masa nak check-in petugas kaunter beritahu Pemangku Sultan nak sampai dari KL. Patut pun... nak sambut Pemangku Sultan rupanya.

di dalam kapal terbang aku duduk kat tepi sekali. walaupun kalau ikut seat tempat duduk, aku duduk di tengah, tapi aku yang masuk dulu dan aku terus duduk kat tepi tingkap. 2 orang lagi yang baru duduk tak kata apa pun, jadi aku anggap tak apalah duk kat bahagian mana pun.

aku sengaja pilih tempat duduk tepi tingkap sebab nak tengok pemandangan kat luar. bila saja kapal terbang bergerak, hatiku berasa sedikit kaget, doa naik kenderaan sempat juga ku baca semoga perjalanan ini selamat hendaknya.

kapal terbang dah naik, semakin tinggi. aku jenguk kat bawah nampak rumah dan bangunan semakin lama semakin mengecil, nampak macam rumah miniatur yang menjadi model syarikat perumahan tatkala ingin menawarkan rumah kepada pembeli. begitu juga dengan bangunan2 lain, nampak kecil seolah2 rumah dan bangunan dalam permainan 'millionnaire' atau 'Saidina'.

hatiku mula terasa berasa kerdilnya manusia. rumah yang dilihat besar tatkala dibawah, tapi apabila berada diatas nampak seolah2 rumah mainan. sungai dan laut juga kelihatan seperti ular panjang yang sedang bergerak.

melihat laut, hatiku makin tersentuh. bumi yang dianggap luas tiba2 menjadi amat kecil bila dibandingkan dengan laut. riak2 ombak laut yang kuat dan pantas, dilihat seolah2 'ropol' kecil di langsir. teringat peristiwa tsunami yang pernah melanda, tak dapat kubayangkan apa dan bagaimana jika ia terjadi disaat itu.

laut luas, airnya seolah2 simen yang masih basah yang hendak di tampal di dinding2 rumah. nampak sekata, cuma jelas garis2nya. air di perairan pantai nampak berwarna coklat, lapisan kedua berwarna hijau dan lapisan ketiga berwarna biru. SUBHANALLAH... hebatnya kuasaMu ya ALLAH.

kapal terbang naik semakin tinggi. seolah2 ia menyentuh awan dan pandangan dibawah sudah tidak kelihatan lagi, pandangan awan mengambil tempat. awan putih bertebaran, kurasakan seperti berada di Alaska dengan lautan salji putih menyelubungi. kubayangkan bagaimana rasanya kalau aku keluar dari kapal terbang dan memijak awan itu.

awan nipis bertebaran, semakin lama awan semakin besar... tebal. ku terpandang segumpal awan bila diamati seolah2 seekor beruang sedang tidur dengan punggungnya sedikit tertujal ke atas. dilihat dari pandangan sisi pula, kelihatan seperti muka seorang lelaki. MASYA ALLAH... besarnya kuasaMu ya ALLAH.

ALLAH yang menguasai langit dan bumi, tidak terjangkau akalku untuk menafsir kuasaMu yang Maha Hebat. betapa hina dinanya diriku sebagai manusia dimuka bumi. hilanglah rasa ego, hilanglah rasa angkuh, sombong, takbur, ujub, riya' dan sifat2 mazmumah yang lain bila diri tenggelam dalam nikmat menghayati KEBESARANMU YA ALLAH...

55 minit berada diudara, akhirnya sampai di LCCT. isteri dan anak sudah sedia menunggu... Alhamdulillah, perjalananku selamat. syukurku padaMu ya ALLAH!

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Dah sampai ke Seri Kembangan rupanya. Semoga gembira bertemu isteri dan anak Wan. Bestnya naik kapalterbang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...