Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN KAREEM DATANG LAGI...

Hari ni dah masuk hari ke 4 umat Islam berpuasa. aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia dan berkat ini kepada seluruh umat Islam di dunia. laptop aku rosak charger, tak boleh guna. ni guna laptop orang rumah.

bulan ramadhan adalah bulan yang mempunyai seribu keberkatan. pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. pada bulan ini juga diturunkan kitab suci al-Qur'an dan ada 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul Qadr. sungguh bertuah orang yang dapat memanfaatkan bulan ini dengan melaksanakan amal ibadat sebanyak-banyaknya kepada Allah.

berpuasa ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkannya bermula dari terbitnya matahari sehingga tenggelam (subuh hingga maghrib- dusk till dawn)beserta dengan niat pada malamnya. itu maksud dari segi syar'ie dan fiqhi.

adapun puasa yang sebenarnya melangkaui persoalan itu iaitu menahan seluruh anggota tubuh kita bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dari melakukan perbuatan2 yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. inilah hakikat puasa yang sebenarnya. maksudnya kita bukan hanya menahan diri dari melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa, sebaliknya kena pergi lebih jauh lagi iaitu menahan diri dari perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa itu sendiri. 2 perbezaan yang perlu diteliti sehalusnya bagi umat Islam.

mata kena puasa dari melihat perkara2 yang haram dan boleh merangsang nafsu syahwat, mulut mesti berpuasa dari mengeluarkan perkataan2 jahat seperti dusta, mengumpat, memfitnah, mencaci, mengadu domba dan selainnya yang tergolong dalam perkataan yang keji. telinga juga kena berpuasa dari mendengar perkataan jahat seperti di atas ataupun mendengar perkataan lagho seperti lagu2 cinta bernafsu, dan begitu juga dengan anggota tubuh lain perlu berpuasa supaya ibadat puasa kita diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran pahala yang besar. jika berlaku perkara sedemikian barulah kita dapat melakukan puasa khusus, iaitu puasa orang2 yang soleh dan wara' serta zuhud kepada Allah S.W.T.

Pada bulan ini juga terkenal dengan panggilan bulan nuzul al-Qur'an iaitu permulaan turunnya wahyu dari Allah kepada Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. al-Qur'an adalah kitab panduan umat Islam. ia bukan hanya menjadi kitab untuk dibaca atau dimusabaqahkan, sebaliknya tuntutan mengamalkan isi kandungannya itu lebih utama dilaksanakan.

isi kandungan al-Qur'an itu sepatutnya dipraktikkan oleh kita semua. bermula dengan amalan individu kemudian naik kepada amalan keluarga. kemudian berkembang kepada kegiatan masyarakat, seterusnya menjadi peraturan dan undang-undang negeri dan negara, dan akhirnya menjadi khalifah mentadbir muka bumi ini, umat islam perlu mengambil al-Qur'an sebagai panduan dan rujukan serta mengamalkan segala isi kandungannya. bila ini berlaku maka betullah dengan fungsi al-Qur'an itu sebagai petunjuk kepada orang2 yang bertaqwa dan termeterailah wasiat Nabi Muhammad S.A.W. "TARAKTU FIKUM AMRAINI....." aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara.... al-Qur'an dan al-Sunnah.

yang ketiga, dalam bulan ini juga ada 1 malam yang amat mulia dan afdhal iaitu malam al-Qadr. dalam surah al-Qadr Allah menyatakan bahawa malam ini adalah lebih baik dari 1000 bulan. kerana itu ia disifatkan sebagai penghulu segala malam sebagaimana hari jumaat adalah penghulu segala hari.

pada malam itu, sesiapa yang dapat melaksanakan amalan ibadat dengan sebanyak-banyaknya adalah orang yang sangat bertuah kerana Allah Ta'ala menggandakan pahala amalannya seolah berbuat ibadat lebih dari 73 tahun. tetapi Allah tidak memberitahu kita secara khusus bila berlakunya malam tersebut. oleh itu, kenalah kita rajin mencarinya dan untuk mmastikan kita tidak terlepas dari malam tersebut, kenalah sentiasa buat amal ibadat sepanjang malam dalam bulan Ramadahan ini, dan inilah hikmatnya kenapa Allah tidak memberitahu secara khusus bila malam al-Qadr itu berlaku.

selepas berakhirnya bulan Ramadhan, maka Syawal pun menjelma. namun, amal iabdat yang dilakukan sepanjang Ramadhan jangan dihentikan. teruskan dengan amalan puasa sunat, baca al-Qur'an dan sembahyang berjemaah serta amalan2 baik yang lain. jangan kita hanya beribadat kepada Allah dan berusaha menjadi hambanya yang bertaqwa pada bulan Ramadhan sahaja. kita menyembah Allah dan berbuat ibadat kepadanya sepanjang masa bukan ketika Ramadhan saja. sekian... WASSALAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...