Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

Hari ni, 3 Januari merupakan hari pertama persekolahan di seluruh Malaysia. Sepatutnya semalam telah bermula persekolahan bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tetapi oleh kerana hendak meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia dalam Piala AFF Suzuki di Indonesia 29 Disember lalu, maka ketiga2 negeri tersebut diberikan juga cuti semalam. 

biasa la di hari pertama sedikit sibuk di sekolah. sibuk dengan urusan kemasukan murid, bilik darjah, sukatan pelajaran, pentadbiran sekolah dan sebagainya. bagi aku sibuk dengan urusan memasukkan jadual dengan jadual GPI, berbincang tarikh KBS, KLAQ, Kelas Tasmik dan lain2. 

murid2 pun ada bermacam ragam di hari pertama ini. tertutamanya bagi murid tahun 1 yang baru masuk ke alam persekolahan. pasti ada diantara mereka yang menangis, sedih, pilu dan ada juga yang gembira dapat belajar di sekolah. 

kalau diingatkan balik masa aku mula2 masuk sekolah darjah 1 dulu, aku pun sedih. mata sentiasa melihat ke luar jendela tengok ayah yang hantar pagi tadi ada lagi atau tidak. nasib baik ayah aku ni 'understanding' orangnya. seminggu pertama persekolahan memang dia tak balik terus lepas hantar aku ke sekolah. dia tetap duduk kat luar perhatikan aku, aku pun sama jeling2 ke luar tengok ayah walaupun masa tu cikgu sedang mengajar. cikgu pun sporting tak marah, sebab dia tahu murid tahun 1 masih tak boleh berpisah dengan ibu bapa. 


masuk minggu kedua barulah aku dapat biasakan diri dengan suasana sekolah. dapat kawan2 baru, guru2 pun baik2. ayah pun tak tunggu lagi di luar kelas. lepas hantar aku ke sekolah terus balik rumah. indahnya nostalgia di masa itu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...