Friday, August 26, 2011

KUUNUU RABBANIYYIIN WALAA TAKUUNUU RAMADHAANIYYIIN...

di bulan Ramadhan ini ramai umat Islam yang berlumba2 melakukan amal ibadat. sama ada ibadat wajib mahupun yang sunat ramai orang Islam yang berlumba2 melakukannya. mereka rajin solat berjemaah di majid, rajin baca al-qur'an, rajin bersedekah, rajin berzikir, rajin beriktikaf dan segala macam rajin lagi dibuatnya. 

fenomena ini jika dilihat dan diperhatikan sebaiknya amatlah membanggakan dan menunjukkan ruh semangat ibadat yang tinggi dikalangan umat Islam. 

namun, apa yang menyedihkan ramai juga dikalangan kita yang hanya beribadat dengan begitu rajin pada bulan ramadhan sahaja. habis saja ramadhan amal ibadat yang banyak dilakukan itu semakin lama semakin ditinggalkan hingga akhirnya tiada lagi ibadat itu dilakukan.

kalau di bulan ramadhan, pada sebelah malam ruang masjid penuh dengan orang yang ingin solat fardhu dan solat terawih. tetapi bila masuk 1 syawal, jemaah yang begitu ramai itu semakin berkurangan hingga akhirnya tinggal pak imam dan bilal saja melakukan solat di sesetengah tempat. 

begitu juga dengan tilawah al-Qur'an. kalau di bulan Ramadhan sempat 2-3 kali khatam. pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam asyik duk baca al-Qur'an. tetapi apabila habinya bulan ramadhan bacaan al-Qur'an ditinggalkan. al-Qur'an yang dibelek tiap2 hari itu disimpan kembali di dalam almari dan dikunci dengan kemas. tunggu ramadhan tahun depan pulak baru buka balik almari tu ambil al-Qur'an tu untuk dibaca. itu pun kalau sempat berjumpa dengan ramadhan tahun seterusnya. 

amalan sedekah pun begitu juga. di bulan ramadhan ramai orang suka bersedekah. tak boleh tengok orang susah sikit mesti nak huluir duit seringgit dua atau lebih. kalau yang kaya gila tu sampai sponsor majlis berbuka puasa untuk orang miskin dan juga anak2 yatim. buat pulak tu dekat hotel2 besar konon nak bersedekah kepada mereka yang memerlukan. tapi bila habis ramadhan, sifat kedekut dan bakhil kembali bertapak dihati. orang miskin yang dibantu dibulan ramadhan tadi sudah tidak dipedulikan malah dihina sehina2nya. 

begitulah perangai sesetengah dari kita. kita seolah beribadah kerana bulan ramadhan bukan ikhlas kerana Allah S.W.T. kita hanya menjadi baik dan soleh hanya di bulan ramadhan. tetapi pada bulan2 lain kita menjadi sahabat syaitan dan iblis. 

sepatutnya, bulan ramadhan ini menjadi latihan kepada kita berbuat amal kebajikan sebanyak2nya dan kesannya akan kita bawa sepanjang hidup kita walaupun di bulan2 lain. barulah matlamat mendapatkan 'TAQWA' itu tercapai dan kita beroleh kejayaan dan kemenangan yang sempurna sepanjang melakukan ibadah di bulan ramadhan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...