Friday, October 7, 2011

PONTENG

bila sebut ponteng biasanya kita akan terbayang kepada budak 2sekolah yang suka ponteng sekolah. ada yang lompat pagar, ada yang keluar pagar, ada yang menyuruk pagar semata2 nak ponteng sekolah. kebiasaannya mereka ponteng kerana sebab2 tertentu, antaranya: GO TO - http://ohcikgu.com/2010/11/06/5-sebab-kenapa-pelajar-sekolah-ponteng-sekolah/

namun, sebenarnya ada banyak lagi aspek yang boleh dikatakan ponteng. masalah ponteng ni bukan hanya terjadi dikalangan budak2 sekolah saja. tetapi ponteng juga berlaku kepada bapak2 dan mak2 budak. ponteng berlaku di tempat kerja. ada pekerja yang tidak hadir @ ponteng dari tempat kerja. kemudian diadakan sebab2 tertentu walhal sebenarnya dia malas atau sebab2 lain yang tidak munasabah. 

ponteng juga berlaku kepada ahli2 parlimen atau adun. mereka ni pun ada yang ponteng dari menghadiri sesi perbahasan di parlimen atau dun masing2. kalau tak hadir atas sebab2 yang diuzurkan syarie tu tak apalah, tapi yang tak bestnya ponteng sebab benda2 lain. walhal diorang ni terima gaji dan elaun dari duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat. tapi mereka yg suka ponteng ni senang2 je makan hasil secara tidak jujur dan boleh dikatakan haram. 

seperkara lagi, kalau ahli parlimen atau adun tu mereka dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya sebagai wakil rakyat membawa suara dan isihati rakyat atas segala isu yang bersabit dengan keperluan dan kepentingan rakyat. tapi kalau asyik ponteng je, bila nak suarakan masalah dan harapan rakyat??? lepas tu bila rakyat dah tahu perangai ahli parlimen atau adun masing2 yang suka ponteng tu, bawa2lah tukar wakil rakyat lain pulak. 

dan yang lebih penting adalah ramai orang yang suka ponteng menunaikan kewajipan fardhu ain dan juga fardhu kifayat. berapa ramai manusia yang suka ponteng dari menunaikan solat secara berjemaah dan juga secara bersendirian??? berapa ramai orang yang ponteng dari melakukan kerja2 amal yg menjadi fardhu kifayat seperti gotong royong membersihkan kubur dan sebagainya??? FIKIR2 KANNNN!

  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...