Thursday, February 9, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


Bulan ini adalah bulan Rabi'ul Awwal, bulan dimana Allah S.W.T. membangkitkan seorang Rasul mulia untuk memimpin ummat manusia. Manusia itu bernama Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttalib. 

manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T dari kalangan berbillion-bilion manusia yang dijadikanNya dan diangkatnya menjadi kekasihNya. Rasulullah SA.W. sememangnya merupakan mausia agung yang mempunyai sifat2 mulai serat berperibadi tinggi sesuai dijadikan Allah sebagai contoh ikutan oleh seluruh manusia di dunia ini. 

ketika mana Sayyidatina Aisyah ditanya mengenai akhlak Baginda, maka beliau menjawab :"kana khuluquhu al-qur'an". bermaksud akhlaq Rasulullah itu amat sempurna sebagaimana sempurnanya al-Qur'an sebagai wahyu daripada Allah S.W.T. 

Alangkah bahagianya orang2 yang pernah berada bersama baginda iaitu para sahabat Radiyallahu 'anhum kerana dapat menatap wajah dan tubuh badan fizikal baginda, dapat mendengar sendiri mutiara wahyu yang terbit dari mulut baginda, dapat merasai sendiri saat2 gembira dan duka bersama2 baginda. 

begitu juga amat beruntung mereka yang diizinkan Allah S.W.T. bertemu dengan baginda dalam mimpi, dapat melihat dan bercakap dengan baginda. 
sesekali hati ini terasa meronta2 untuk bertemu sendiri dengan baginda. melihat dengan mata kepala sendiri kesempurnaan fizikal baginda, mendengar dengan telinga sendiri suara yang keluar dari mulut baginda, merasai susah senang hidup di samping baginda. membaca buku2 yang menerangkan sifat fizikal baginda serta akhlaq baginda yang sempurna membuatkan hati ini semakin membuak2 perasaan berada dekat disamping baginda. 

bila terdengar suara selawat dan nasyid yang memuji serta mengisahkan kehidupan baginda, hati ini berasa sangat teruja. pernah juga mata ini menitiskan air mata, sebak mendengar lagu nasyid yang cuba menggambarkan apakah yang akan berlaku sekiranya Rasulullah masih hidup di zaman ini seperti lagu ini: 



 YA ALLAH... matikanlah aku dalam IMAN agar dapat aku menemuiMu dan menemui kekasihMu! AMIIN... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...