Monday, March 12, 2012

NAK MENGUMPAT LAGI KE?

Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(AL-HUJURAAT : 12)

dalam ayat di atas Allah S.W.T melarang orang2 yg beriman dari suka membuat sangkaan2, mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan mengumpat orang lain. 

ketiga2 perbuatan diatas memang amat disukai oleh sebahagian besar umat Islam. seolah2 hidup kurang serinya jika tidak melakukan ketiga2 atau salah satu perbuatan itu. 

disini, saya ingin fokuskan kepada persoalan untuk perkara yang ketiga; iaitu perbuatan suka mengumpat. Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim)http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/11/bahaya-mengumpat.html
.mengumpat ni bererti kita menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai oleh orang yang kita katakan itu walaupun ianya adalah benar. 

sememangnya kalau ditanya kepada sesiapa sahaja secara ikhlas, pasti ramai yang mengakui bahawa perbuatan mengumpat ini sangat suka dilakukan. mengumpat ni biasa berlaku bila seseorang itu berada dengan orang lain. kalau dua individu bercakap, rasanya tidak sah dan tidak 'syok' kalau tidak diselitkan dengan aroma umpatan walaupun sedikit. kalau bertambah ramai ahli mengumpat, pasti aktiviti tu menjadi bertambah seronok dan menarik. 

namun harus diingat bahawa dalam keseronokan kita mengumpat itulah, malaikat Raqib dan Atid sedang melakukan tugas mereka dengan cukup teliti dan amanah. apa saja butir2 umpatan yang keluar dari mulut kita pasti akan dicatatkan oleh mereka dan hasil catatan mereka itu akan dapat kita lihat sendiri di akhirat kelak. 

sememangnya perkara yang disukai nafsu itu Allah jadikan sebagai ujian kepada kita untuk menguji sejauh mana keimanan kita. ujian untuk mengetahui sama ada kita mampu mengawal diri dari mengikut telunjuk hawa nafsu yang membawa kepada kehancuran kita sendiri. hanya orang2 yang benar2 bertakwa dan penuh keimanan kepada Allah S.W.T. sahaja yang akan lulus ujian ini. 

perlu juga diingatkan bahawa dosa mengumpat adalah dosa besar, ianya buka dosa kecil seperti yang disangkakan sesetengah orang. ini bermakna dosa orang yang mengumpat tidak akan terhapus dengan hanya meminta ampun dari Allah, sebaliknya orang itu mesti meminta maaf dari orang yang diumpatnya. apabila orang yang diumpatnya memaafkannya dan Allah juga memaafkannya maka baru ketika itulah dosanya terampun. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2010/11/bahaya-mengumpat.html

kadang2 kita terlalu asyik berbual sehinggakan kita lupa batas2 perbualan yang sepatutnya. banyak kali terjadi kita tidak suka untuk mengumpat orang lain, tetapi orang yang bercakap dengan kita itu membuka cerita mengenai keaiban orang lain dan kebetulan pula orang yang diumpat itu kita tidak berapa suka. maka ketika itu, semakin berkembanglah dan rancaklah perbualan umpatan kita sampaikan boleh memakan masa berjam2 lamanya. 

saya sering juga terlihat seseorang yang nampak warak dan baik dari segi lahiriahnya, tetapi apabila bercakap dengannya, dia akan mula membuka topik berkisar umpatan terhadap orang lain. di waktu ini, saya seakan2 tidak percaya bagaimana orang yang kelihatan warak boleh terjebak dengan kegiatan tidak senonoh ini. wal 'ia zubillahi min dzalik!

walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan dimana kita dibolehkan mengumpat, iaitu: 

1) KES PENGANIAYAAN.
Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.
(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.
Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.
(3) MINTA FATWA.
Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.
(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.
Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.
(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.
Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.
(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.
Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

dan ini pula tips untuk mengelak dari mengumpat yang tidak dibolehkan:

01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.
02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.
03.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!
04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.
05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..
06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...
07.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...