Wednesday, December 9, 2009

PERAGUT... PERGI RAGUT RUMPUTLAH... JADI BINATANG!!!






2 peragut jahanam dibelasah!!!








PERAGUT...

Kalau dulu istilah ini tidak popular. dulu bila dikatakan peragut biasanya peragut rumput iaitu kambing, lembu... hari ini peragut adalah dikalangan manusia iaitu orang2 yang berperangai setan dan binatang yang meragut aka merampas barang2 milik orang lain dengan secara kasar dan ganas.

biasanya peragut ni bermotosikal. mereka akan mengawasi dan mengikuti pergerakan orang yang akan diragut kemudian bila line clear zassss... beg tangan atau telefon bimbit dan terbaru rantai dirampas secara ganas dan zalim. berita terbaru tengok kat bawah:

sumber: berita harian online.

Saya tak akan maafkan

KUALA LUMPUR: Noriha Abd Rahman yang parah selepas tercampak ke dalam longkang apabila rantainya direntap dua lelaki ketika membonceng motosikal suaminya di Taman Maluri, Cheras di sini, kelmarin, merangkak dalam kesakitan ke arah suaminya yang berlumuran darah sambil menjerit meminta pertolongan.

Apabila Noriha sampai kepada suaminya, Abdul Rahman Mohd Kalidin, 34, yang terbaring kaku berdekatan motosikal, penyelia hotel itu sedar dia sudah kehilangan orang dicintai kerana tidak merasai denyutan nadi suaminya.

“Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu. Lemah tubuh saya apabila diberitahu suami sudah meninggal dunia.

“Ketika itu saya rasa seperti nak pitam dan meraung memegang tangan suami saya, sebelum ditenangkan orang ramai yang berada di situ,” kata Noriha ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Abdul Rahman mati di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok apabila dihimpit dua peragut yang merentap rantai perkahwinan yang dipakai Noriha.

Noriha, 29, yang cedera di tangan dan kaki berkata, kejadian itu berlaku sangat pantas namun dia masih ingat setiap detik yang menyebabkan kematian suami yang dinikahinya dua tahun lalu.

“Ketika itu, kami dalam perjalanan ke tempat kerja kami di Hotel Ritz Carlton selepas membelikan anak patung ‘Minnie Mouse’ untuk anak tunggal perempuan kami berusia setahun.

“Saya sedar dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh mengekori kami. Sebelum kami dapat berbuat apa-apa, motosikal kami dihimpit dan pembonceng motosikal itu merentap rantai perkahwinan saya.

“Selepas rantai direntap, saya melayang dan tercampak ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya.

Noriha berkata, beliau tidak akan memaafkan dua peragut yang menyebabkannya kehilangan suami dan anaknya, Zalifa Qistina menjadi anak yatim pada usia terlalu muda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, meminta saksi tampil membantu siasatan.

Di SLIM RIVER, jenazah Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Slim.

Kakak arwah, Halimah berkata, Abdul Rahman adalah anak kelima daripada enam beradik.

Kali terakhir beliau berjumpa dengan adiknya itu ialah Ahad lalu di tempat kerja Abdul Rahman.

Apakah punca berlakunya jenayah ragut ini?

Punca Jenayah Ragut antaranya ialah:

1. Kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata saja.
peragut ni suka buat kerja meragut sebab mereka boleh dapatkan wang atau harta benda dengan sekelip mata sahaja. bila saja dapat ragut beg tangan seorang wanita contohnya, mereka akan selongkar habis beg tangan tu dan ada wang yang banyak dalam beg, kadang2 ada handset mahal, barang2 kemas berharga dan 1001 macam lagi barang2 yang disimpan pleh kaum perempuan dalam beg tangan mereka.

inilah yang membuatkan si peragut tu gian sangat nak meragut sebab diorang macam nak tunggu hadiah misteri apa yang ada dalam beg tangan wanita. sebab tu, kaum wanita ni kena simpan elok2 beg tangan mereka. jangan bagi terdedah sangat dan jangan bagi sampai mudah sangat si peragut ni nak rampas beg tangan anda.

2. Untuk mendapatkan wang untuk memberi dadah yang mereka mahukan.
sebab yang kedua ni berkait dengan benda lain, iaitu dadah. biasanya peragut2 ni terdiri dari mat2 gian yang dah ketagihan najis dadah. untuk mendapatkan dadah, mereka perlu berurusan dengan 'pusher' ataupun manusia celaka yang menjual dadah, dadah ini perlu dibeli dengan harga yang agak mahal. jadi, penagih dadah ini akan menggunakan segala cara untuk memdapatkan wang bagi tujuan membeli dadah termasuklah dengan melakukan aktiviti ragut ini.

Jadi, untuk membanteras ragut, kita perlu dulu membanteras dadah. namun, ada juga penagih dadah yang tak perlu meragut untuk mendapatkan wang membeli dadah, seperti anak2 org kaya. Tetapi yang ramainya penagih dadah ni datang dari jenis orang yang tak ada kerja, merempat dan dibuang keluarga.

3. Untuk mendapatkan wang untuk membeli barangan berharga dan bernilai.
Ini juga satu penyakit manusia. Ada dikalangan manusia suka bergaya dengan barangan yang berharga dan 'branded'. barang2 pasar malam diorang tak layan. nak barang2 yang mahal, ada 'brand', tapi duit tak cukup. Jadi, nak taknak diorang ni pun buatlah kerja2 partm tinme sampai kadang2 sanggup meragut harta benda orang demi memuaskan nafsu serakah yang bertunjagkan hasutan iblis laknatullah.

4. Kesedaran sivik yang rendah.
Peragut ni sebenarnya memiliki tahap kesedaran sivik yang sangat rendah. Mereka tidak sensitif dengan kesedaran moral dan perasaan orang lain. Apa yang mereka inginkan dan 'obsess'kan ialah mengenai apa yang ada dalam beg tangan atau apa saja yang dimiliki mangsa ragut. mereka tidak fikirkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh mangsa ragut. Peragut ni bila dah dapat beg tangan, bukan mereka tahu nak pulangkan balik dokumen2 penting mangsa ragut seperti IC, dan kad2 atau surat2 penting yang lain.

Mereka ni juga tak takutkan hukuman undang2 yang bakal dikenakan jika mereka ditangkap. habuan yang bakal diterima menutup mata mereka dan fikiran mereka dari memikirkan akibat perbuatan jahat mereka itu.

Apa pula yang harus dilakukan ke atas peragut ini???

Apa kata anda???

1 comment:

  1. peragut memang x berhati perut..
    mereka patut dihukum setimpalnya..
    nyawa x berdosa jd mangsa..
    kte sbg masyarakat kna sentiasa peka n saling bantu membantu dlm membanteras jenayah ini...jgn sampai terkena kt btg hidung sendiri baru nk nyesal...wallahua'alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...