Sunday, December 20, 2009

TAHUN BARU HIJRAH 1431

hari ni dah 3 Muharram... dah agak lewat nak tulis pasal tahun baru Islam ni. Tapi tak apa, nak tulis jugak.

sekarang dah tahun 1431 Hijrah bersamaan dengan 20 disember 2009. Hari ni hari Ahad, hari minggu bagi negeri2 disebelah pantai barat malaysia. 1431 tahun Nabi Muhammad kekasih Allah meninggalkan kita. dengan segala pengorbanan dan kepayahan yang dilakukan baginda berserta para sahabat sehingga akhirnya Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Hijrah bermaksud pengorbanan, juga bermaksud perjuangan, dan boleh juga bermaksud perubahan. menelusuri sirah Rasulullah berjihad di Mekah kemudian di Madinah berdakwah menyeru manusia kepada Islam yang suci membangkitkan rasa keinsafan kepada diri kita. betapa peritnya, sakitnya, pedihnya, azabnya liku2 perjuangan baginda dan para sahabat berdakwah menyebarkan Islam.

Justeru kita pada hari ini dapat menikmati Islam dan Iman hasil buah perjuangan baginda dan para sahabat. apakah kita harus berasa selesa dengan nikmat ini sehingga lupa untuk menyambung tugas baginda??? apakah hari ini kita tidak perlu lagi ber'hijrah'??? apakah hari ini kita tidak perlu lagi bersusah dan bersakit semata2 hendak berdakwah kepada orang lain???

la hijrata ba'dal fathi.... illa jihadin waniyyat. (au kama qaala)hijrah seperti baginda tidak disyariatkan lagi. hari ini umat Islam menetap di tempat masing2. yang tinggal adalah kewajipan berjihad menyeru orang bukan Islam kepada Islam, mengajak orang yang lalai supaya kembali mengingati Allah.

tugas ini perlu disambung dan diteruskan oleh kita semua... ballighu 'anni walau aayah... sampaikanlah ajaranku walaupun dengan sepotong ayat. tanggungjawab berdakwah adalah bersifat fardhu 'ain. ia perlu dilakukan oleh setiap umat Islam mengikut kadar ilmu dan kemahiran masing2. menyuruh membuang duri di jalan juga termasuk unsur dakwah ini. apalagi meminta manusia kembali kepada amalan Islam dari segenap segi kehidupan.

adakah kita pernah dimarah ketika melakukan dakwah ini??? adakah kita pernah dicaci maki ketika melaksanakan tugas ini??? adakah kita pernah dipukul semasa cuba untuk menunaikan tanggungjawab ini??? kalau Baginda pernah dimarah, dicaci, dimaki, dipukul, diseksa ketika menyampaikan perintah Allah ini, maka apa yang kita nak kisahkan jika kita pun menerima lumrah itu!!!

itulah lumrah dan sunnah dalam perjuangan... apa erti sebuah perjuangan jika kita tidak pernah dimarah, diperli malah mungkin dipukul ketika berdakwah??? terimalah apa2 pun asalkan kita dapat menjadi Muslim, Mu'min Soleh dan Solehah sejati...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...