Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...




hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1431 H, bersamaan 26 Februari 2010 hari Jumaat, merupakan hari sambutan kelahiran Baginda besar junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun ada Ulama' yang berpendapat hari kelahiran baginda adalah pada 9 Rabi'ul Awwal, tapi umat Islam di Malaysia sudah terbiasa dengan mengingati tarikh hari ini sebagai sambutan ulangtahun kelahiran Baginda S.A.W.

Nabi Muhammad merupakan Kekasih Allah yang paling mulia. Baginda juga merupakan penghulu segala nabi dan Rasul. Justeru itu Baginda adalah sebaik2 manusia dan semulia2 manusia untuk dijadikan ikutan ataupun role model bagi semua manusia yang lain lebih2 lagi bagi kita yang mengaku beragama Islam.

Baginda telah bersusah payah, berpenat lelah, menggadai harta benda, tenaga, fikiran hatta hampir2 mengorbankan nyawa demi menyebarkan Da'wah Islamiah kepada seluruh umat manusia. Alangkah bertuahnya sebahagian besar dari kita kerana dapat menerima Islam dalam keadaan ibubapa kita juga Islam, datuk nenek kita pun dah Islam...

Cuba bayangkan kalau kita lahir pada zaman Rasulullah... Apakah kita yakin dapat menerima Islam dengan mudah atau akan ada penentangan terhadap da'wah yang dibawa Baginda??? Bilal al-Habsyi, Sumayyah, Ammar bin Yasir adalah antara nama2 orang yang menerima Islam tapi dalam keadaan disiksa dan didera hatta dibunuh oelh majikan masing2 yang tidak menerima da'wah islam yang dibawa Baginda. Sepatutnya kita bersyukur sebanyak2nya kepada Allah kerana lahir dalam keluarga Islam dan dapat melaksanakan amalan Islam dengan baik.

Cuma, yang perlu kita teruskan ialah mengikut setiap ajaran dan amalan yang diperintahkan Baginda. Jangan kita hanyut dengan arus kemodenan dunia hingga lupa terhadap tanggungjawab dan tugas sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W. Baginda terlalu kasihkan ummatnya sehinggakan waktu nak sampai ajal pun masih lagi menyebut "Ummati! Ummati!" apakah kita mampu mengasihi dan menyayangi Baginda sebagaimana Baginda mengasihi kita???

TEPUK DADA TANYALAH IMAN MASING2!

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD

Monday, February 22, 2010

LUTUT BERKULAT!





semasa balik dari menjemput adik di sekolah tadi, aku terpandang rakan sekelas semasa belajar di sekolah yang sama dengan adik aku belajar sekarang. aku lihat warna kulitnya dah berubah, dulu putih sekarang agak gelap sedikit. kerja kuat dan kerja tengah panas agaknya.

tapi, bukan itu saja yang berubah. ada lagi yang aku perhatikan dah berubah. dia berseluar pendek. lelaki dewasa naik motosikal berseluar pendek. kalau lelaki cina atau india yang bukan Muslim munasabah jugak pakai seluar pendek. ini seagama denganku, dulu bersekolah sama denganku di sekolah Agama Arab. tapi, kenapa bila dah kerja dan jadi bapak orang dah tukar penampilan.

mengapa dibuka aurat sampai nampak lutut berkulat tu??? aku walaupun pakai kain sarung ketika tu tapi masih lagi menutup aurat. inilah masalah orang kebanyakan dari kita. memandang enteng soal agama, walau sekecil2 perkara. dulu, semasa bersekolah dah jenuh ustaz2 dan ustazah2 bersyarah tentang hukum Islam dan Adab2 yang kena jaga. entahlah, kenapa boleh jadi macam tu. itu yang belajar di sekolah agama... kalau yang belajar di sekolah bukan aliran agama tak tahulah macamana gamaknya. namun, aku tak kata semua, ada ramai juga yang belajar di sekolah bukan agama tapi menuruti hukum syariat Islam.

hatiku sedih tengok kawanku yang sorang ni. kawan2 lain tak tahulah macamana gamaknya???!

Monday, February 15, 2010

APA DOSA BAYI INI???




Bakar bayi dalam tong sampah
Oleh MOHD SABRAN MD SANI
sab@hmetro.com.my
2010/02/13

KUALA KRAI: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir bukan saja dibuang ke dalam tong sampah, malah mayatnya dibakar sehingga melecur seluruh tubuh.
Bayi malang itu ditemui tiga sekawan yang juga pekerja kontrak pengangkut sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), kira-kira jam 10 pagi semalam.


Mayat bayi itu tergolek keluar dalam longgokan sampah sarap ketika seorang daripada pekerja mengheret tong sampah plastik itu di Jalan Zainal Abidin, di sini.


Pekerja kontrak terbabit, Abdul Rahman Husin, 29, berkata dia tidak menyangka tindakannya mengheret tong sampah menjadi punca penemuan mayat bayi itu.


“Kami bertiga melakukan rutin biasa mengangkut sampah di Jalan Zainal Abidin. Mulanya saya tidak perasan kewujudan mayat bayi itu di dalam tong sampah terbabit.


“Namun, sebaik mengheret tong sampah itu untuk memudahkan sampah dimasukkan ke dalam lori, tiba-tiba satu objek tergolek. Kami terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Dia segera mendapatkan bantuan polis peronda yang kebetulan tidak jauh dari situ.


“Saya memaklumkan penemuan bayi itu yang masih bertali pusat, berkulit cerah dan kaki terputus daripada badan. Beberapa anggota dari Unit Forensik kemudian datang untuk membuat pemeriksaan,” katanya.


Abdul Rahman tidak menolak kejadian berlaku malam kelmarin berikutan seorang rakan memberitahunya, tong sampah berkenaan masih dalam keadaan baik Khamis lalu.


“Saya geram dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang sanggup membuang bayi yang cukup sifatnya. Lepas itu, dia dibakar pula,” katanya.


Tinjauan Metro Ahad di kawasan terbabit mendapati, orang ramai mengerumuni kawasan timbunan sampah berkenaan selepas mengetahui penemuan mayat bayi itu.


Anggota polis memasang tali penghalang untuk membolehkan kerja-kerja pemeriksaan ke atas mayat dilakukan dengan teliti tanpa gangguan.


Malah, beberapa anggota polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dilihat sibuk melakukan siasatan.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rahim Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi itu.


Katanya, aduan diterima daripada seorang kakitangan MDKK yang menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan terbabit.


“Kita tidak tahu punca sebenar kematian bayi itu sama ada dia meninggal dunia kerana terbakar atau dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dibuang ke dalam tong.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan menyebabkan kematian,” katanya.





INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN...

apa dosa bayi ini? hingga dibunuh... dibakar dalam tong sampah... berlaku di Kuala Krai, di negeri kelahiranku sendiri. mengapa tergamak hati orang yang melakukan perbuatan ini. sanggup membakar bayi yang tidak bersalah. apakah orang yang melakukan perbuatan ini waras pemikirannya? atau dah jadi ORANG GILA!!!

fenomena ini rasanya baru berlaku di negara kita. atau kalau ianya pernah berlaku sebelum ini, maka ia hanya baru diketahui olehku. sebelum ini heboh dengan buang bayi. bayi yang baru lahir dibuang dimerata2 tempat. ada yang ditinggalkan di tangga masjid, dalam tong sampah, di hospital tapi tidaklah sampai dibakar. tapi kejadian yang berlaku 2-3 hari lepas benar2 mengejutkan kita.

macamana la agaknya muka ibu dan bapa bayi tu... muka halal atau muka haram!!!! tapi kalau ikut perbuatan dia tu macam muka HARAM... buat kerja HARAM... dapat anak pun dipanggil anak HARAM... lepas tu ditambah lagi dengan perbuatan yang HARAM... aka BAKAR BAYI dalam TONG SAMPAH.

bayi yang tidak berdosa ini menjadi mangsa perlakuan dosa manusia yang tidak berguna. apalah nasib bayi tersebut yang tidak dapat menikmati hidup di dunia ini. walaupun dia bakal ke syurga, tetapi perbuatan orang yang melakukan perbuatan kejam ke atasnya tidak harus dipandang sepi. carilah orang itu... tangkap dan hukum. biar jadi pengajaran kepada orang lain yang sedang melalui jalan2 noda yang sama seperti mereka.

manusia bila sudah dirasuk syaitan dan iblis sanggup melakukan apa saja. perbuatan yang tidak sanggup dilakukan oleh seekor binatang pun, manusia sanggup melakukannya. malulah kepada makhluk yang lain, walaupun kepada seekor binatang yang tidak berakal. BAL HUM ADHOLL... mereka itu lebih sesat dan jahat dari binatang... BENARLAH FIRMAN ALLAH S.W.T.

untuk seterusnya bacalah sendiri berita ini yang dipetik dari harian metro...

Saturday, February 6, 2010

GELAP DAN SEMPITNYA....

malam ni aku pergi ziarah adik aku di hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu. dia masuk wad hari ni kerana demam campak. mula2 tu doktor suspek kena denggi, lepas ambil sampel darah tengahari tadi kena demam campak je bukan denggi.

dalam duk berbual2 dengan adik aku ni, terpacul 1 perkataan dari mulutnya; 'puas' (dalam bahasa rasmi "Bosan"). fikiranku mula menerawang kalau ditempat yang ada cahaya dan luas macam hospital pun orang boleh kata 'puas', x boleh bangun berjalan2 keluar, apa lagi kalau berada di dalam kubur nanti. dengan x ada lampunya, lepas tu gelap pulak. macamanalah agaknya nanti...

keadaan kita di hospital walaupun x boleh keluar, tapi ada juga saudara mara datang melawat. kalau x pun, dapat tengok org lain kat sebelah kita yg sakit jugak. lepas tu ada pulak jururawat dan doktor yang sentiasa berjalan ke hulu ke hilir dengan kerja masing2, masih lagi kita kata puas, x tahu nak buat gapo, bayangkan macamana la keadaan kita dalam kubur nanti???

yang lebih parah lagi bagi mereka yg diazab dalam kubur dengan ular bisa, lipan, jengking kemudian dipukul Munkar dan Nakir lagi... macamana la rasa sakitnya. x dapat kubayangkan...! takut!

ya Allah! selamatkan aku dari fitnah dan azab Kubur!!!

Thursday, February 4, 2010

PELURU ITU SINGGAH DIBAHUKU.... aduh!


hari ni, aku kena musibah sikit. bahuku sakit, terkena peluru. tapi bukan peluru pistol, peluru sukan lontar peluru.


alkisahnya petang tadi jam 5 aku ada latihan sukan kat sekolah. aku pergi la tgk murid2 berlatih macamana. aku pegi tgk acara lompat jauh, lompat tinggi dan juga lontar peluru. sampai kat acara lontar peluru ni aku dah ingatkan kat murid2 tu berhati2 sikit ketika lontar dan juga kpd murid2 yg lain jgn melintas sembarangan kat acara ni takut terkena peluru.

lepas tu datang sorang cikgu ni kononnya nak tunjuk kat murid2 cara2 melontar peluru yg betul. masa tu aku dah pergi kat acara lompat jauh, tgk mcmana cara murid2 lompat. sebelum tu aku tgk guru yg urus acara lontar peluru dah alih jauh sikit tpt melontar tu. sdg aku duk perhati cara2 murid2 melompat, tiba2 aku terdengar suara sorang ustazah menjerit: "Ustaz!" aku sempat mengalih sikit pipi kiri nak tgk tiba2 'POK' sebutir peluru hinggap di pipi kiriku sebelah bawah dan atas bahu kiri.

aku rasa sedikit sakit dan sengal2. rupa2nya cikgu yg nak ajar murid2 tu cara baling peluru terbaling kat aku. katanya dia terlepas peluru tu dari tangannya. dia datang cepat2 dan terus pegang tangan kiriku sambil baca beberapa ayat, kurasa itu ayat tahan sakit.. nanti nak confirm balik. lepas dia baca tu rasa tahan sikit. tapi, ada ustazah tengok bahuku berdarah. aku pun terus ajak ustaz sorang lagi pergi klinik.

kami nak pergi klinik insaf, dah tutup. pergi klinik naimaton, doktor x ada. akhir sekali pergi klinik keluarga, doktor ada. doktor check, xde patah mana2, cuma lebam sikit dan darah tu hasil geseran peluru tu kat bahu. dia bagi ubat dan kami balik semula ke sekolah.

nasib baik kena kat bahu. kalau kena kat kepala boleh jadi bengong atau mungkin gila agaknya aku ni. alhamdulillah... aku terima ini sebagai kaffarah ke atas dosa yg pernah aku lakukan. Allah masih sayangkan aku dan Dia nak peringatkan balik apa yg aku dah buat silap selama ni. memang ada salah dan silap aku, aku akui. dan aku kira aku ni bertuah sebab dgn kejadian ni aku masih ada masa untuk konar balik dari terus berbuat silap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...