Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...




hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1431 H, bersamaan 26 Februari 2010 hari Jumaat, merupakan hari sambutan kelahiran Baginda besar junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun ada Ulama' yang berpendapat hari kelahiran baginda adalah pada 9 Rabi'ul Awwal, tapi umat Islam di Malaysia sudah terbiasa dengan mengingati tarikh hari ini sebagai sambutan ulangtahun kelahiran Baginda S.A.W.

Nabi Muhammad merupakan Kekasih Allah yang paling mulia. Baginda juga merupakan penghulu segala nabi dan Rasul. Justeru itu Baginda adalah sebaik2 manusia dan semulia2 manusia untuk dijadikan ikutan ataupun role model bagi semua manusia yang lain lebih2 lagi bagi kita yang mengaku beragama Islam.

Baginda telah bersusah payah, berpenat lelah, menggadai harta benda, tenaga, fikiran hatta hampir2 mengorbankan nyawa demi menyebarkan Da'wah Islamiah kepada seluruh umat manusia. Alangkah bertuahnya sebahagian besar dari kita kerana dapat menerima Islam dalam keadaan ibubapa kita juga Islam, datuk nenek kita pun dah Islam...

Cuba bayangkan kalau kita lahir pada zaman Rasulullah... Apakah kita yakin dapat menerima Islam dengan mudah atau akan ada penentangan terhadap da'wah yang dibawa Baginda??? Bilal al-Habsyi, Sumayyah, Ammar bin Yasir adalah antara nama2 orang yang menerima Islam tapi dalam keadaan disiksa dan didera hatta dibunuh oelh majikan masing2 yang tidak menerima da'wah islam yang dibawa Baginda. Sepatutnya kita bersyukur sebanyak2nya kepada Allah kerana lahir dalam keluarga Islam dan dapat melaksanakan amalan Islam dengan baik.

Cuma, yang perlu kita teruskan ialah mengikut setiap ajaran dan amalan yang diperintahkan Baginda. Jangan kita hanyut dengan arus kemodenan dunia hingga lupa terhadap tanggungjawab dan tugas sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W. Baginda terlalu kasihkan ummatnya sehinggakan waktu nak sampai ajal pun masih lagi menyebut "Ummati! Ummati!" apakah kita mampu mengasihi dan menyayangi Baginda sebagaimana Baginda mengasihi kita???

TEPUK DADA TANYALAH IMAN MASING2!

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...