Friday, July 23, 2010

'JEM' atau 'JAM'


Semalam aku terperangkap dalam 'jem' yang amat teruk. aku balik dr rumah kakak aku jam 4 petang. sampai rumah jam 6 petang. biasa dalam setengah jam dah sampai rumah. tapi semalam 2 jam aku terperap dalam kereta nak tunggu sampai rumah.

rasanya mungkin sebab semalam hari khamis, hari akhir kerja di kelantan untuk tempoh seminggu. jumaat dan sabtu cuti jadi ramailah orang yang balik ke kampung semalam. ditambah pulak dengan hujan yang agak lebat, menyebabkan jalan bertambah2 'jem'. kenderaan memang bergerak dengan begitu perlahan. tiap kali nak sampai ke mana2 simpang 'jem'nya makin bertambah teruk.

jadi, persoalannya bila dalam keadaan begitu jiwa akan berasa sangat tension dan stress pun makin meningkat. apa lagi kalau ada pemandu lain yang buat aksi kurang ajar contoh memotong sebelah kiri atau masuk tak bagi signal... memang bertambah stressnya. keadaan ini perlu ditenangkan kalau tidak ia akan membawa kepada masalah baru. apa2 pun kita kena fikir apa yang perlu dibuat untuk mengelakkan dari rasa tension dan stress yang melampau ketika itu.

ada bermacam2 cara dilakukan kita untuk elak dari rasa stress ketika terperangkap dlam 'jem'. ada yang suka buka radio kuat2 lepas tu kalau ada lagu yang diputarkan sama2 menyanyi dengan penyanyi tu dalam kereta. ada juga yang suka telefon orang lain untuk membantu mengalihkan perasaan marah semasa 'jem' kepada perbualan. ada juga yang buat aksi2 pelik kononnya nak bagi release tension, sampai orang kat sebelah dan tepi kereta tengok pun jadi pelik.

namun bagi aku, cara yang terbaik nak atasi masalah ini adalah kita pasang cd bacaan al-qur'an lepas tu dengar dengan teliti dan cuba hayati bacaannya. kalau tak ada cd al-Qur'an, cd nasyid ataupun zikir pun boleh jugak. insya Allah hati kita akan tenang dan taklah marah2 sgt kat org lain. ingatlah dengan zikrullah itu boleh menyebabkan hati menjadi tenang. bukan hanya ketika jem, ketika suasana lain yang menyebabkan kita tidak tenang pun kena ingat zikrullah banyak2.

Tuesday, July 20, 2010

JANGAN JADIKAN AKU BEGINI YA ALLAH...

ketika masih belajar di sekolah dan di universiti begitu bersemangat dan bersungguh belajar ilmu agama. ilmu tinggalan para nabi dan ulama2 silam yang penuh dengan makrifat serta hikmah untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. semasa belajar memang berniat untuk gunakan ilmu itu ke arah kebaikan, berdakwah kepada masyarakat menunjuk jalan yang benar 'siratul mustaqim' kepada mereka.



malangnya, bukan sedikit mereka yang habis belajar ilmu agama di peringkat universiti yang tidak menunjukkan komitmen sebenar sebagai graduan agama yang dipanggil masyarakat sebagai ustaz2 dan ustazah2. kenapakah perkara ini berlaku??? apakah kerana ada diantara mereka yang sememangnya niat mereka belajar bukan kerana hendak berdakwah, sebaliknya hanyalah sebagai 1 sebab untuk mendapat kerja... mendapat habuan gaji yang sedikit!

ataupun kerana mereka telah rebah dibawah pujukan nafsu, tipudaya iblis dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia. tidak pelik kalau orang awam melakukan dosa samada dosa besar atau dosa kecil, kerana mereka yang digelar 'ustaz' dan 'ustazah' melakukan dosa yang sama.

mengapa ilmu yang dipelajari tidak sampai kepada pembentukan peribadi dan rohani islamiah yang tinggi? apakah kerana ilmu itu dipelajari sahaja dan tidak sesekali atau hanya jarang2 diamalkan? ada ilmu tapi tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah. pokoknya tinggi, besar, daunnya rendang, tapi sayang buahnya tak ada. usahkan manusia, beruk pun tak boleh memakan hasilnya!

inilah agaknya kejayaan besar iblis bilamana golongan yang tahu agama menikus, bila timbul isu2 agama yang perlu dijelaskan kepada masayrakat. atau yang lebih teruk lagi bahkan lebih jahat dan celaka dari orang awam bilamana golongan tahu agama sendiri yang berlagak seolah2 menjadi ketua kepada perbuatan dosa dan maksiat.

YA ALLAH, YA TUHANKU! jangan jadikan aku seperti mereka yang aku coretkan diatas. aku berpesan kepada diriku sendiri dan juga kepada insan2 yang sudi menjengah blogku ini. ya ALLAH... kasihanilah aku!

Saturday, July 17, 2010

JAGA ANAK

besarnya pengorbanan seorang ibu. aku baru beberapa kali tidur terganggu sebab jaga anak bangun tengah malam minta susu. dah rasa letih dan mengantuk, kalau seorang ibu yang setiap malam terpaksa berjaga malam tak tahulah macammana perasaannya.

isteri duk kl, aku duk kg dengan anak tinggal di rumah mertua. balik kerja terus pergi dekat anak, peluk, cium, buat susu, mandikan dia dsb. baru kutahu betapa besar tanggungjawab seorang ibu. selama ini aku tak rasa sendiri, bila dah rasa baru tahu betapa penat dan letihnya menjadi seorang ibu.

bermula dengan mengandung selama 9 bulan. bawa anak dalam perut kesini kemari. kalau yang kena panjat tangga lagi kesian jadinya. lepas tu bila sampai waktu melahirkan anak, betapa azabnya terpaksa ditanggung. sampai ada ibu2 yg syahid ketika melahirkan anak. innalillah...

bila dah ada baby, rasa seronok. rasa hilang tadi terus hilang dapat lihat wajah baby yang dikandung selama ini. jaga baby ni pun banyak juga dugaannya. kalau dia menangis tak tentu masa, time kita syok tidur pun kalau dia nak menangis, dia menangis. nak susu la, digigit nyamuk la, demam la... itulah hakikatnya sebagai ibu.

sebab itulah nabi berpesan :"SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU". mengenangkan betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang ibu. dalam hadith yang lain Rasulullah menyebut ibu 3 kali untuk kita buat baik, lepas tu barulah buat baik kepada bapa. maknanya kalau ibu dan ayah kita suruh kita buat perkara serentak, kena buat dan tunaikan permintaan ibu dulu. lepas tu barulah tunai permintaan ayah. satu kredit dari Islam untuk ibu berbanding bapa.

dalam bahasa kita pun banyak perkataan ibu digunakan. contohnya IBU jari, IBU pejabat, IBU roti... perkataan ibu juga didahulukan dalam ungkapan IBUbapa. menunjukkan bahasa dan budaya kita juga melebihkan IBU berbanding bapa.

SELAMAT SEJAHTERA untuk semua ibu di dunia ini, termasuk ibuku dan ibu kepada anakku; isteriku tercinta. jasa kalian amat besar dan memang tak dapat dibalas walau dengan segunung intan berlian.

Monday, July 12, 2010

SPAIN... ANDALUSIA...

Akhirnya Sepanyol @ Spain berjaya menjuarai Piala Dunia 2010 menewaskan Belanda @ Netherland @ Holland 1-0. kemenangan yang pastinya menggembirakan ramai orang terutamanya rakyat Sepanyol dan juga peminat2 Sepanyol termasuk aku sendiri. sebelum ni aku minat Argentina, tapi selepas diaibkan Jerman 4-0, aku berlaih sokong Sepanyol pulak. Belanda aku tak minat sebab dia kalahkan Brazil, aku target final Argentina bertemu dengan Brazil tapi tak kesampaian. jadi aku sokong mana2 kumpulan yang menentang 2 negara(belanda dan jerman)ni dalam Piala Dunia 2010.


dalam kesibukan menjangkakan pasukan yang akan menang, timbul pula cerita sotong 'paul' buat ramalan. lepas tu burung nuri pula dikatakan buat ramalan. maknanya manusia ni suka buat ramalan dengan menggunakan petunjuk lain bukan sekadar pendapat dan andaian peribadi semata2. apa rasionalnya percayakan 2 ekor binatang tu??? apakah ini tidak sama seperti perbuatan Musyrikin yang menyembah batu, pokok dan objek2 lain dan dianggap sebagai Tuhan?! secara halus kita nak disesatkan aqidah gara2 gilakan bola sepak.

tahniah Sepanyol! memang layak bagi negara ini bergelar juara kali ini. tengok kepada perlawanan semalam memang terserlah kehebatan sepanyol dengan star players yang agak ramai mengatasi pasukan Belanda. Cuma mereka bermain bermati2an untuk merebut piala dan juga hadiah yang bernilai berjuta2. hati kecil dah kata akan berkesudahan dengan sepakan penalti melihat kepada perlawanan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan. tapi, sebelum habis masa tambahan separuh kedua, wira Sepanyol, Iniesta berjaya menjaringkan gol. ada yang kata gol tu offside, tapi bagi orang yang tahu peraturan permainan tahu bola itu tidak offside.

itulah gambaran hidup manusia yang sentiasa dalam perlumbaan. saabiqan bilkhairat! kalau tidak pantas, tidak cekap, tidak mahir bola itu akan berada di pihak lawan dan mereka berjaya menewaskan kita. begitu juga hidup insan di bumi ini, kalau tidak ada ilmu, tidak ada iman, tidak ada akhlaq hidup akan pincang, rosak dan akhirnya jatuh di kaki pujukan nafsu syaitan. tengok bola, ambil iktibar, kejar bola ibarat kejar masa untuk beribadat dan berbuat baik. menjaringkan gol ibarat berbuat baik kepada manusia lain atau kepada binatang dan juga alam. melihat jauh ke dalam dengan mata hati, bukan hanya melihat juz'i dan realiti palsu. ada iktibar yang boleh dikorek dan digali serta dipakai sepanjang hidup insani!. BRAVO ESPANYOL!

Saturday, July 10, 2010

SALAM ISRA' MIKRAJ

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)

hari ini, 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010. pada tanggal 27 Rejab inilah berlakunya peristiwa pelik kepada Nabi Muhammad iaitu peristia isra' Mikraj. satu peristiwa dimana nabi Muhammad di perjalankan di malam hari dan dibawa berjumpa Rabbul Jalil. banyak perkara dan peristiwa yang dialami baginda sepanjang perjalanan tersebut. kita sebagai umat Islam mesti yakin dan percaya dengan penuh keimanan tentang peristiwa tersebut.

disini saya takkan ceritakan apa yang dialami baginda sepanjang perjalanan itu. tapi saya ingin fokuskan kepada motif atau sebab kenapa Allah S.W.T. mencipta peristiwa itu.

sebelum peristiwa tersebut berlaku, Rasulullah berada dalam keadaan sedih dan pilu. tahun itu pun dinamakan dengan nama tahun kesedihan ('am al-huzn). ini disebabkan pada tahun tersebut 2 orang yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah dijemput Ilahi; iaitu isteri baginda sayyidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Talib. 2 orang inilah yang banyak membantu baginda dalam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat arab Quraisy. mereka berdua banyak membantu baginda samada dari segi kewangan atau sokongan moral.

apabila 2 orang kuat ini tiada, Rasulullah berasa amat sedih. untuk mengubati kesedihan baginda inilah Alllah mentakdirkan peristiwa Isra' Mikraj kepada baginda supaya mengembalikan semula semangat baginda untuk berdakwah menyebarkan Islam. dengan kata lain Allah menjemput Rasulullah berjalan2 ketika baginda dalam kesedihan, sebab itu kita sekarang pun bila dalam keadaan sedih atau stress teramat sangat dinasihatkan supaya keluar bersiar2 atau melancong ke tempat lain untuk release tension kerja dsb.

dalam peristiwa tersebut, Rasulullah diperlihatkan dengan pelbagai perkara meliputi gelagat manusia yang mewakili amalan mereka di dunia. ada yang baik, dan tak kurang juga amalan buruk dan dosa yang dipertontonkan kepada baginda. semua ini menjadi iktibar buat kita umat Islam dan Rasulullah sendiri bertanggungjawab menyampaikan kepada manusia apa yang baginda lihat sepanjang perjalanan bersejarah itu.

satu ibadat penting telah disampaikan Allah Ta'ala kepada Rasulullah semasa mikraj; iaitu solat. Rasulullah menerima ibadat solat ini khusus daripada Allah sendiri tanpa melalui perantaraan Jibril yang menyampaikan wahyu seperti ibadat2 lain. ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan ibadat yang sangat besar dan paling utama bagi umat Islam. sesuai dengan kedudukannya sebagai tiang agama, maka cara penganugerahannya juga agak 'special' berbanding ibadat2 lain.

1 lagi sebab mengapa Allah wujudkan peristiwa Isra' Mikraj ini adalah untuk menguji tahap keimanan manusia. rasanya tak ulasan mengenai sebab ini. jadi disini saya cuba nak jelaskan mengikut kadar ilmu yang ada pada saya.

Isra' Mikraj merupakan peristiwa yang cukup pelik berlaku, apalagi ia berlaku di zaman Rasulullah yang tiada jet, kapal terbang atau roket ketika itu. bila saja Rasulullah beritahu kepada masayarakat Quraisy tentang peristiwa yang berlaku kepada baginda ramai orang yang ketawakan baginda, bahkan ada juga dikalangan orang yang telahpun beriman kepada Allah ketika itu tiba2 murtad kembali kerana tidak percaya dengan apa yang disampaikan junjungan besar nabi kita Muhammad .S.A.W.

betapa susah dan anehnya bagi akal manusia ketika untuk menerima satu pernyataan bahawa dalam masa 1 malam dapat bergerak dari Masjid al-Haran di Mekah menuju ke Masjid al-Aqsa di Palestin. kemudian pergi lagi ke langit sampai melepasi langit dunia masuk ke Sidratul Muntaha berjumpa dengan Allah 'Azzawajalla. jadi ramai juga dikalangan orang yang belum kuat imannya tercabut iman bila mendengar perkara tersebut. kecuali orang2 yang teguh imannya termasuk Sayyidina Abu Bakar yang membenarkan apa saja cerita yang keluar dari Rasulullah walaupun Baginda tidak buka mulut lagi, beliau dah percaya.

sebab itulah saya katakan peristiwa ni adalah untuk menguji keimanan manusia yang mengaku beriman kepada Allah. berapa ramai di kalangan manusia termasuk di zaman kita ini yang mengaku dengan lidah beriman kepada Allah tetapi bila Allah datangkan ujian, ramai yang gagal dalam ujian tersebut.

kadang2 Allah turunkan ujian dalam bentuk kesusahan, kematian, kehilangan, kemiskinan ramai manusia yang gagal. kadang2 juga Allah turunkan ujian melalui cara yang tidak disangka oleh manusia; iaitu melalui kesenangan, kekayaan, anak pinak ramai dan bergaji mahal, kemewahan, isteri atau suami yang cantik, dsb yang berupa kebahagiaan di mata manusia. namun ramai juga manusia gagal dalam ujian kebahagiaan ini.

bahkan ramai diantara kita yang dapat harungi ujian kesusahan, tapi bila Allah tukar kepada ujian kesenangan kita menjadi leka, alpa dan lalai dan akhirnya tersungkur rebah di pintu kesesatan dan kecelakaan.

oleh itu, kita kena lihat peristiwa Isra' MIkraj sebagai satu peringatan kepada kita supaya sentiasa menguatkan dan memperteguhkan Iman kepadaNya. selain dari kita mengambil iktibar dari kejadian2 yang dilihat baginda sepanjang Isra' dan Mikraj baginda, kita juga kena faham maksud tersirat yang disampaikan Allah melalui peristiwa tersebut. moga2 kita tidak mudah lupa serta lalai dengan nikmat keduniaan yang sementara ini. WALLAHU A'LAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...