Saturday, July 10, 2010

SALAM ISRA' MIKRAJ

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)

hari ini, 27 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 10 Julai 2010. pada tanggal 27 Rejab inilah berlakunya peristiwa pelik kepada Nabi Muhammad iaitu peristia isra' Mikraj. satu peristiwa dimana nabi Muhammad di perjalankan di malam hari dan dibawa berjumpa Rabbul Jalil. banyak perkara dan peristiwa yang dialami baginda sepanjang perjalanan tersebut. kita sebagai umat Islam mesti yakin dan percaya dengan penuh keimanan tentang peristiwa tersebut.

disini saya takkan ceritakan apa yang dialami baginda sepanjang perjalanan itu. tapi saya ingin fokuskan kepada motif atau sebab kenapa Allah S.W.T. mencipta peristiwa itu.

sebelum peristiwa tersebut berlaku, Rasulullah berada dalam keadaan sedih dan pilu. tahun itu pun dinamakan dengan nama tahun kesedihan ('am al-huzn). ini disebabkan pada tahun tersebut 2 orang yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah dijemput Ilahi; iaitu isteri baginda sayyidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Talib. 2 orang inilah yang banyak membantu baginda dalam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat arab Quraisy. mereka berdua banyak membantu baginda samada dari segi kewangan atau sokongan moral.

apabila 2 orang kuat ini tiada, Rasulullah berasa amat sedih. untuk mengubati kesedihan baginda inilah Alllah mentakdirkan peristiwa Isra' Mikraj kepada baginda supaya mengembalikan semula semangat baginda untuk berdakwah menyebarkan Islam. dengan kata lain Allah menjemput Rasulullah berjalan2 ketika baginda dalam kesedihan, sebab itu kita sekarang pun bila dalam keadaan sedih atau stress teramat sangat dinasihatkan supaya keluar bersiar2 atau melancong ke tempat lain untuk release tension kerja dsb.

dalam peristiwa tersebut, Rasulullah diperlihatkan dengan pelbagai perkara meliputi gelagat manusia yang mewakili amalan mereka di dunia. ada yang baik, dan tak kurang juga amalan buruk dan dosa yang dipertontonkan kepada baginda. semua ini menjadi iktibar buat kita umat Islam dan Rasulullah sendiri bertanggungjawab menyampaikan kepada manusia apa yang baginda lihat sepanjang perjalanan bersejarah itu.

satu ibadat penting telah disampaikan Allah Ta'ala kepada Rasulullah semasa mikraj; iaitu solat. Rasulullah menerima ibadat solat ini khusus daripada Allah sendiri tanpa melalui perantaraan Jibril yang menyampaikan wahyu seperti ibadat2 lain. ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan ibadat yang sangat besar dan paling utama bagi umat Islam. sesuai dengan kedudukannya sebagai tiang agama, maka cara penganugerahannya juga agak 'special' berbanding ibadat2 lain.

1 lagi sebab mengapa Allah wujudkan peristiwa Isra' Mikraj ini adalah untuk menguji tahap keimanan manusia. rasanya tak ulasan mengenai sebab ini. jadi disini saya cuba nak jelaskan mengikut kadar ilmu yang ada pada saya.

Isra' Mikraj merupakan peristiwa yang cukup pelik berlaku, apalagi ia berlaku di zaman Rasulullah yang tiada jet, kapal terbang atau roket ketika itu. bila saja Rasulullah beritahu kepada masayarakat Quraisy tentang peristiwa yang berlaku kepada baginda ramai orang yang ketawakan baginda, bahkan ada juga dikalangan orang yang telahpun beriman kepada Allah ketika itu tiba2 murtad kembali kerana tidak percaya dengan apa yang disampaikan junjungan besar nabi kita Muhammad .S.A.W.

betapa susah dan anehnya bagi akal manusia ketika untuk menerima satu pernyataan bahawa dalam masa 1 malam dapat bergerak dari Masjid al-Haran di Mekah menuju ke Masjid al-Aqsa di Palestin. kemudian pergi lagi ke langit sampai melepasi langit dunia masuk ke Sidratul Muntaha berjumpa dengan Allah 'Azzawajalla. jadi ramai juga dikalangan orang yang belum kuat imannya tercabut iman bila mendengar perkara tersebut. kecuali orang2 yang teguh imannya termasuk Sayyidina Abu Bakar yang membenarkan apa saja cerita yang keluar dari Rasulullah walaupun Baginda tidak buka mulut lagi, beliau dah percaya.

sebab itulah saya katakan peristiwa ni adalah untuk menguji keimanan manusia yang mengaku beriman kepada Allah. berapa ramai di kalangan manusia termasuk di zaman kita ini yang mengaku dengan lidah beriman kepada Allah tetapi bila Allah datangkan ujian, ramai yang gagal dalam ujian tersebut.

kadang2 Allah turunkan ujian dalam bentuk kesusahan, kematian, kehilangan, kemiskinan ramai manusia yang gagal. kadang2 juga Allah turunkan ujian melalui cara yang tidak disangka oleh manusia; iaitu melalui kesenangan, kekayaan, anak pinak ramai dan bergaji mahal, kemewahan, isteri atau suami yang cantik, dsb yang berupa kebahagiaan di mata manusia. namun ramai juga manusia gagal dalam ujian kebahagiaan ini.

bahkan ramai diantara kita yang dapat harungi ujian kesusahan, tapi bila Allah tukar kepada ujian kesenangan kita menjadi leka, alpa dan lalai dan akhirnya tersungkur rebah di pintu kesesatan dan kecelakaan.

oleh itu, kita kena lihat peristiwa Isra' MIkraj sebagai satu peringatan kepada kita supaya sentiasa menguatkan dan memperteguhkan Iman kepadaNya. selain dari kita mengambil iktibar dari kejadian2 yang dilihat baginda sepanjang Isra' dan Mikraj baginda, kita juga kena faham maksud tersirat yang disampaikan Allah melalui peristiwa tersebut. moga2 kita tidak mudah lupa serta lalai dengan nikmat keduniaan yang sementara ini. WALLAHU A'LAM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...