Saturday, July 17, 2010

JAGA ANAK

besarnya pengorbanan seorang ibu. aku baru beberapa kali tidur terganggu sebab jaga anak bangun tengah malam minta susu. dah rasa letih dan mengantuk, kalau seorang ibu yang setiap malam terpaksa berjaga malam tak tahulah macammana perasaannya.

isteri duk kl, aku duk kg dengan anak tinggal di rumah mertua. balik kerja terus pergi dekat anak, peluk, cium, buat susu, mandikan dia dsb. baru kutahu betapa besar tanggungjawab seorang ibu. selama ini aku tak rasa sendiri, bila dah rasa baru tahu betapa penat dan letihnya menjadi seorang ibu.

bermula dengan mengandung selama 9 bulan. bawa anak dalam perut kesini kemari. kalau yang kena panjat tangga lagi kesian jadinya. lepas tu bila sampai waktu melahirkan anak, betapa azabnya terpaksa ditanggung. sampai ada ibu2 yg syahid ketika melahirkan anak. innalillah...

bila dah ada baby, rasa seronok. rasa hilang tadi terus hilang dapat lihat wajah baby yang dikandung selama ini. jaga baby ni pun banyak juga dugaannya. kalau dia menangis tak tentu masa, time kita syok tidur pun kalau dia nak menangis, dia menangis. nak susu la, digigit nyamuk la, demam la... itulah hakikatnya sebagai ibu.

sebab itulah nabi berpesan :"SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU". mengenangkan betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang ibu. dalam hadith yang lain Rasulullah menyebut ibu 3 kali untuk kita buat baik, lepas tu barulah buat baik kepada bapa. maknanya kalau ibu dan ayah kita suruh kita buat perkara serentak, kena buat dan tunaikan permintaan ibu dulu. lepas tu barulah tunai permintaan ayah. satu kredit dari Islam untuk ibu berbanding bapa.

dalam bahasa kita pun banyak perkataan ibu digunakan. contohnya IBU jari, IBU pejabat, IBU roti... perkataan ibu juga didahulukan dalam ungkapan IBUbapa. menunjukkan bahasa dan budaya kita juga melebihkan IBU berbanding bapa.

SELAMAT SEJAHTERA untuk semua ibu di dunia ini, termasuk ibuku dan ibu kepada anakku; isteriku tercinta. jasa kalian amat besar dan memang tak dapat dibalas walau dengan segunung intan berlian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...