Wednesday, November 3, 2010

HUJAN

hujan turun membasahi bumi. tanah yang kering dan gersang menjadi basah dan berair selepas disirami hujan. bermula hari ahad baru ni, hujan mula turun dengan lebat di Kelantan. selepas kelantan menang piala malaysia menewaskan negeri sembilan di stadium bukit jalil, keesokannya hujan dari pagi sampai malam di kelantan. mungkin hujan rahmat membawa berita gembira kemenangan kelantan.


hujan lebat bersama dengan angin bertiup kencang biasanya mengutus banjir bersama. di kedah, perlis dan kelantan sudah ada beberapa tempat yang banjir. walaupun hujan baru 2 hari, tapi ia bisa mendatangkan banjir ke atas bumi. hari ini, sebelah siang cuaca mendung dan panas sedikit. dapatlah juga menjemur pakaian yang baru dibasuh. tetapi lewat malam ni hujan turun agak lebat jugak."ku sangkakan cerah hingga ke pagi, rupanya hujan di tengah malam".



hujan boleh membawa seribu 1 rahmat kepada makhluk Allah. manusia boleh minum air yang datang dari hujan, manusia juga boleh gunakan air tersebut untuk kegunaan harian seperti memasak, membasuh pakaian, membasuh kenderaan, mendapatkan tenaga hidroelektrik, dsb. haiwan dan tumbuhan juga mendapat faedah dari hujan iaitu dapat minum air hujan dan dapat juga manfaatkan air hujan itu menyuburkan tanaman dan menyihatkan badan.

jangan lupa, hujan juga boleh bertukar menjadi bala dan balasan Allah. sebagaimana yang berlaku ke atas umat nabi Nuh yang derhaka kepada perintah Allah dan tidak mahu menerima dakwah yang disampaikan baginda. Allah menurunkan hujan dari langit tidak henti sehingga banjir besar berlaku di bumi. hanya orang2 yang beriman dan binatang2 sahaja yang diselamatkan oleh Allah melalui masuk ke dalam bahtera nabi Nuh A.S.

hujan juga boleh menjadi asbab kepada kesihatan dan kesakitan seseorang. contoh mudah, aku sendiri. sekarang ni aku kena selsema peringkat rendah sebab rasanya terkena air hujan hari ahad dan isnin. antibodi dalam tubuh ni agak lemah rasanya, sebab tu kena hujan sikit dah dapat selsema. hidung berair, bersin, suara yang keluar pun dah lari 'picing'nya, tak seperti biasa.

walau apapun yang berlaku, semuanya adalah dibawah qada' dan qadar Allah. hanya Dia yang tahu bila dan banyak mana nak curahkan air hujan ke bumi ini. kita sebagai manusia tidak boleh marah atau me'ngepek' jika Allah menurunkan hujan dan huja tersebut menyusahkan kita, seperti menyebabkan pakaian kita basah. jangan jadi seperti yang pernah berlaku di Bachok suatu masa dulu. hujan yang turun telah merosakkan tanaman tembakaunya. jadi dia pun tersangat marah lantan mengambil parang dan mengacu parang ke langit sambil mencabar Allah nak lawan Allah. balasan Allah terus datang kepadanya melalui kilat dan petir yang menyambar dirinya. wal'ia zubillahi min zalik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...