kita menyambut hari raya aidil fitri setelah kita berjaya menahan diri selama sebulan berpuasa di bulan ramadhan. manakala hari raya aidil adha kita sambut bersempena dengan ibadah haji yang sedang dilaksanakan oleh sebahagian umat islam di mekkah al-mukarramah. kita juga merayakan hari ini bersempena dengan ibadah korban yang kita laksanakan, korban haiwan seperti lembu, kambing, kerbau dan unta semata2 kerana ALLAH S.W.T.
idul adha atau hari raya korban kita sambut setiap 10 zulhijjah bulan islam, diikuti dengan hari2 tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 zulhijjah. ibadah korban mempunyai signifikan dan pengajaran yang amat bermakna bagi kita umat islam. perisitwa penyembelihan korban oleh nabi ibrahim ke atas anaknya nabi ismail begitu berbekas di hati yang beriman kepada ALLAH S.W.T. nabi ibrahim tidak diperintahkan untuk menyembelih haiwan, kalau haiwan senang cari dan senang buat. tapi baginda diperintahkan sembelih manusia.
manusia tu pulak bukan orang lain, tapi darah daging dia sendiri, anak dia yang sangat dikasihi, tiba2 ALLAH S.W.T. perintahkan untuk disembelih. amat berat dan dahsyat ujian yang dihadapi nabi ALLAH ini. cuba kita bayangkan kita berada di tempat baginda, adakah kita sanggup sembelih anak kita yang kita sayangi? adakah iman kita kepada seteguh dan seutuh iman nabi ibrahim kepada ALLAH S.W.T.? tepuk dada tanya iman masing2...
kita hari ini tidak diuji dengan sembelih anak. tapi kita disuruh didik anak2 kita dengan ajaran islam. adakah kita semua melaksnakannya? kita ambil contoh yang paling asas. SOLAT. berapa ramai di kalangan umat islam hari ini yang mengambil berat tentang ibadah wajib ini? berapa ramai dikalangan ibubapa islam hari ini yang menyuruh anak mereka solat bermula umur 7 tahun??? lepas tu berapa ramai pulak dikalangan kita yang pukul anak yang tak mahu solat walaupun umur dah masuk 10 tahun??? nabi muhammad S.A.W. suruh ajar anak2 solat bila masuk umur 7 tahun, dan kalau sampai umur 10 tahun tak solat lagi boleh pukul anak2 yang ingkar itu...
sanggupkah kita korbankan rasa kasih dan kesian kepada anak2 dengan memukul mereka yang malas nak solat??? kalau tak sanggup maknanya iman kita masih tak berapa kuat dan masih lemah. ia perlu diperkuatkan dan dikukuhkan dengan ilmu2 islam, kesedaran, keinsafan, dan semangat islam yang sejati.
begitu juga dengan sang anak. ikutlah sebagaimana respons yang diberikan oleh nabi ismail tatkala diajukan pertanyaan oleh bapanya " maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".
nah! itulah jawapan yang keluar dari mulut seorang anak yang patuh dan taat kepada perintah ALLAH dan juga taat kepada orang tuanya.
cuba kita lihat anak2 dizaman ini... berapa ramaikah agaknya yang boleh kita kategorikan sama dengan sifat nabi ismail ini bila berbicara dan diajukan soalan oleh ayahnya... rasanya dah tak ramai. sudah lahir ramai tanggang moden yang suka menderhaka kepada ibubapa. ditambah dengan melakukan aksi dan perbuatan yang jahat serta berdosa, seperti mat rempit, hisap dadah, meragut beg duit, mencuri, merogol, berjudi dan serba mak liko perbuatan2 jahat yang lain.
bagaimanalah agaknya kesudahan anak2 yang jahat dan bermasalah ini. didoakan semoga mereka kembali ke jalan yang benar dan memohon ampun serta maaf dari orang tua mereka dan juga kepada semua orang yang terkesan dengan perbuatan biadap dan melampau mereka. moga2 mereka diberikan hidayat dan taufik untuk kembali insaf dari melakukan perbuatan yang keji dan sia2. INSYA ALLAH.
seperkara lagi yang kita tak boleh lupa, bila menyentuh tentang peristiwa korban ini kena ingat peranan musuh utama kita iaitu iblis laknatullah dalam misi mereka untuk menyesatkan kita umat islam. iblis sudah minta dengan ALLAH S.W.T. supaya melanjutkan tempoh hayatnya di dunia untuk mencapai misi mereka supaya kalau boleh mereka nak semua manusia ni masuk neraka bersama mereka. dan ALLAH S.W.T. perkenankan permintaan laknatullah ini tetapi ALLAH juga peringatkan kepada iblis tersebut, bahawa mereka hanya dapat sesatkan manusia2 yang lalai dan keras pedal saja, tapi hamba2 ALLAH yang beriman dan bertaqwa sorry to say if iblis could deceive them and make them suffer with him in the hell. orang2 yang beriman dan bertaqwa takkan dapat disesatkan oleh iblis.
bilamana nabi ibrahim digoda dengan godaan iblis supaya jangan sembelih anaknya, nabi ibrahim berjuang melawan hasutan iblis dan baginda mengambil batu lalu melontar ke arah iblis. dari situlah umat islam sekarang membuat ibadah melontar di jamrah sebagai simbolik melontar iblis.
justeru itu, perlulah kita sentiasa waspada dengan tipudaya iblis dan konco2 nya dari jin dan syaitan yang sentiasa menghasut manusia melakukan kejahatan dan kerosakan. qul a'uzu birabbin naas... qul a'uzu birabbil falaq... a'uzubillahi minassyaitanirrajim...
WALLAH HU'ALAM...
No comments:
Post a Comment