dalam minggu ini kita dapat lihat, dengar dan baca satu lagi senario yang hampir sama berlaku di Mesir, bumi Anbiya;. betapa berani dan bersemangatnya rakyat Mesir bangkit di jalan2 raya menentang pemerintahan Hosni Mubarak yang dikatakan berlaku zalim terhadap rakyat2nya sendiri. jika diikutkan logik akal yang waras, sesebuah masyarakat atau massa takkan tergerak hatinya, akalnya, jasadnya untuk melakukan penentangan secara fizikal ke atas pemerintah yang baik, adil dan beramanah.
Rusuhan di Tunisia
sebaliknya, jika kerajaan itu bersikap zalim, menindas, mementingkan kroni, double standard terhadap rakyat maka logiklah dari segi akal untuk rakyat bangun marah, memberontak dan seakan2 menghalau kerajaan yang zalim tersebut untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang adil. walau apapun, sebagai rakyat dari negara lain dari tunisia dan mesir, saya beranggapan apa yang berlaku sebenarnya di negara tersebut terserahlah kepada ilmu Allah Ta'ala yang maha mengetahui segalanya.
cuma apa yang ingin saya sentuh disini, mengenai kuasa rakyat yang begitu kuat dan kukuh hingga dapat menjatuhkan kerajaan yang pada satu masa dipilih oleh mereka sendiri. bagaimana kerajaan yang sama2 mereka sokong pada waktu dahulu, kini kerajaan tersebut amat dibenci dan dimaki hingga kalau boleh mahu dihukum pemimpin2 mereka di jalan raya itu juga.
apabila rakyat berasa tertekan dengan kemiskinan, kebuluran, kemelaratan hidup, pengangguran ditahap melampau, maka sartu tindakan agresif diluar kawalan akan dilakukan mereka. demi untuk memastikan 'survival' atau kelangsungan hidup maka mereka sanggup melakukan apa saja asalkan mereka tidak lagi ditakuti dan dimomokkan dengan kesempitan hidup yang makin hari makin buruk dihadapi mereka. bagi mereka, hidup ini sudah tidak bermakna jika hanya tunduk menyerah kepada apa saja perlakuan pemerintah yang semakin menekan kehidupan mereka. sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan kerjaan mengubah polisi dan dasar mereka atau jika tidak berhasil juga maka kerajaan tersebut perlu ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan baru yang diharapkan berlaku adil, mengutamakan kebajikan hidup rakyat dan beramanah dalam menjunjung tugasan meerintah bumi Allah ini.
apa guna hidup bagai mayat hidup yang sentiasa berada dalam kesusahan. kesusahan mendapatkan makanan lantaran tiada wang untuk membeli makanan. mereka tiada wang kerana tiada pekerjaan, walau lulusan universiti sekalipun tidak menjamin pekerjaan yang stabil untuk mereka. kalau yang ada pekerjaan sekalipun masih lagi hidup melarat lantaran harga barang yang terlampau mahal menyebabkan mereka tidak mampu untuk membelimya.
justeru, tiada cara lain kecuali terpaksa bangkit dijalan2 raya menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan yang disifatkan amat zalim dan menindas rakyat marhain semuanya. maka, kita lihatlah apa yang terlihat pada wajah dunia hari ini, kita dengarlah apa yang disuarakan dalam media2 massa bevisual dan beraudio, kita bacalah berita2 yang dihidangkan didada2 akhbar, majalah2, tabloid, internet dsb. tidak mustahil jika dikatakan kita juga akan mengalami apa yang dialami mereka jika kerajaan kita juga sama seperti kerajaan yang dilaknati rakyat jelata di Tunisia dan Mesir itu...!
No comments:
Post a Comment