malam ini, tiba2 ada idea nak tulis dalam blog ni. ptg tadi saya berada di rumah kakak saya. dia mengajar al-Qur'an di rumah. ramai anak2 murid, ada dalam 40 orang termasuk orang2 dewasa. ketika mereka menunggu giliran untuk mengaji dengan kakak saya tu, saya tertarik melihat 2 orang dewasa perempuan berada di belakang sekali. budak2 semua duduk di depan, tetapi 2 orang dewasa ini duduk dibelakang. mereka memberi peluang kepada budak2 dulu mengaji, lepas tu akhir sekali barulah tiba giliran mereka.
hampir pukul 6.30 petang baru sudah 2 orang dewasa tadi mengaji. budak2 lain dah balik rumah. saya terfikir mungkin 2 orang dewasa ni malu nak mengaji depan budak2 yang dah setaraf anak cucu mereka. sebab tu mereka sanggup tunggu sampai pukul 6.30 ptg baru habis mengaji.
walau apapun, saya ucapkan syabas kepada mereka. walaupun usia sudah tua tapi masih lagi sanggup dan berani datang mengaji dengan orang yang lebih tua. mungkin semasa mereka muda kesempatan untuk mengaji agak terhad. (husnuzzon). di usia tua ini mereka tak putus asa untuk terus mengaji al-Qur'an, walaupun sekelas dengan budak2 anak cucu mereka.
berapa ramai dikalangan kita yang masih ada semangat dan kesedaran sebegini. sanggup berusaha menuntut ilmu walaupun di usia senja. sementelah bersama budak2 yang masih kecil lagi. mereka tidak malu dan tidak segan untuk mengaji, melaksanakan tuntutan fardhu ain yang masih belum lepas ke atas mereka. malu di dunia mungkin sementara, tetapi di akhirat kalau tidak cukup amalan dan ilmu yang dibawa bukan saja dapat malu, sakit azab pun akan ditanggung juga.
begitu juga halnya dengan keadaan sesetengah dari kita yang seolah2 tidak mahu beralah dengan golongan muda jika ternyata kita berada dipihak yang tidak betul. ramai di kalangan orang yang menganggap diri mereka berpengalaman enggan menerima saranan dan cadangan yang datangnya dari golongan muda. walhal cadangan tersebut adalah datangnya dari ilmu dan fakta yang diperolehi oleh golongan dari pelbagai sumber. namun, sesetengah golongan berusia merasa agak terancam kedudukan dan ego mereka jika menerima idea golongan muda walaupun mereka tahu saranan tersebut adalah baik dan bermanfaat.
rasanya tidak salah juga kalau golongan berusia meminta maaf dari golongan muda jika ternyata mereka ada melakukan kesalahan. orang tua tidak boleh bersikap terlalu ego dengan enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf walau ternyata kesalahan di pihak mereka. namun, perlu diingat walau dalam keadaan tersebut, golongan muda wajib terus hormat dan bersopan dengan golongan tua dan berusia.
setiap yang muda, biasanya akan tua jika umur tidak dicabut ketika muda; dan setiap yang yang tua pasti pernah melalui zaman muda belia. maka golongan muda dan tua perlu bersama2 berganding bahu, bekerjasama melakukan apa saja kerja. tua dengan ilmu, pengalaman dan panduan. manakala muda dengan semangat dan kekuatan. apabila bersatu kedua2 muda dengan tua dengan penuh kukuh dan jitu maka hasilnya adalah sesuatu yang amat bernilai dan susah untuk ditewaskan.
yang tua perlu mengajar yang muda. namun jika berlaku kadang2 yang muda cuba membetulkan yang tua, maka yang tua perlu menerima dengan hati terbuka. begitu juga yang muda perlu bersedia menerima ilmu dan ajaran dari yang tua. namun jangan sesekali membiarkan yang tua terus melakukan kesilapan yang tidak diperbetulkan sejak sekian lama.
No comments:
Post a Comment