Monday, June 20, 2011

GAM

hari ini aku pegi bubuh gam dekat cermin sisi tengok belakang dalam kereta. cermin tu tercabut seminggu lebih dah, dicabut tangan anak aku yang agak 'buas' dan nakal. aku pergi bubuh di kedai cermin dekat Cherang, kena RM25. 

katanya, gam ni dah kuat. susah dah nak tercabut. sebelum ni dah banyak tempat dan kedai pegi tanya macamana nak buat cermin yang dah tercabut ni. ada yang kata kena bubuh gam tutan, pegi bubuh tak jadi jugak. ada kata kena tampal double tape, bila dah tampal tak jadi jugak. lepas tu pegi dekat kedai Perodua Wakaf Che Yeh ada bro tu letak gam tutan jugak rasanya. dia suruh masukkan cermin tu keesokkan hari. keesokkannya aku pun letak lah cermin tu dekat besi pelekat yang dia bubuh dengan tutan tu. lekat lah dalam 3 jam, lepas tu jatuh balik. 

aku dah jadi boring dan hampir mati akal, macamana nak buat ni. tanya lah sorang cikgu kat sekolah ni, org panggil dia cikgu Jack, walhal namanya Zulkifli. lepas sekolah dia bawa pegi kedai nombor plet gu dia di Panji, gu dia pun kata tak boleh buat jugak. dia suggest suruh pegi kat kedai cermin di Cherang. aku pun pergi lah kat sana, dan cina tu buat, alhamdulillah setakat ni tak tercabut lagi. lepas ni kalau tercabut lagi cina tu suruh pegi kat dia balik dia nak lekatkan semula secara percuma. 

susah jugak rupanya nak cari pelekat yang betul2 sesuai dan masuk untuk cermin kereta ni. merata cari sekitar KB ni, baru jumpa tempatnya. itupun kena tunggu dulu dalam minggu ni tgk betul ke lekap sungguh gam tu. kalau tak kena pegi buat balik. 

rupanya gam ni penting dalam kehidupan kita. dalam hubungan sesama manusia sendiri perlu ada gam yang menghubungkan kita dengan orang lain. jikalau kita singkap Sirah Rasulullah ketika mana baginda hampir wafat, baginda masih lagi menyebut "UMMATI! UMMATI!" (ummat aku, ummat aku). betapa kuatnya 'gam' dalam diri baginda terhadap ummatnya walaupun belum pernah melihat macamana rupa dan perangai umatnya di akhir zaman ini. 

maka kita juga sebagai ummat nabi Muhammad perlu mencari dan menempelkan diri kita dengan 'gam' yang boleh menyatukan kita dengan akidah serta ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad. kita sebagai ummat Islam, perlu mengetahui, menghayati serta mengamalkan apa saja yang dibawa oleh junjungan besar Nabi kita untuk membolehkan kita ini benar2 layak dipanggil sebagai Ummat Nabi Muhammad S.A.W. 

di dalam sesebuah keluarga juga perlu ada gam yang kuat yang menghubungkan setiap ahli keluarga tersebut. seorang ayah atau suami perlu ada 'gam ' yang kukuh dengan ibu atau isterinya. ibu bapa perlu ada 'gam' yang kuat dengan anak2, begitu juga sebaliknya anak2 perlu sentiasa ada 'gam' yang melekatkan setiap aktiviti mereka dengan pengetahuan dan keizinan ibu bapa. 

hubungan kekeluargaan perlu kejap dan utuh. setiap anak wajib taat kepada ibu bapa dan tidak boleh sekali-kali menderhaka kepada kedua2nya. setiap aktiviti atau program yang ingin dilakukan perlu diberitahu kepada kedua ibubapa dan perlu mendapat keizinan mereka dahulu sebelum boleh dilaksanakan. ibubapa pula perlu sentiasa bertanggungjawab dan cakno dengan setiap tingkah laku dan aktiviti anak2 mereka. ibubapa tidak boleh bersikap sambil lewa melepaskan tanggungjawab kepada pihak2 tertentu semata2 contohnya sekolah; untuk mendidik anak2 mereka. sebaliknya mereka perlu mengawasi dan mendidik setiap anak2 supaya tidak melanggar perintah Allah ketika mana bersosial dan beraktiviti didalam rumah dan juga diluar rumah.  

seorang pemimpin perlu sentiasa menjaga 'gam' yang sedia lekat pada dirinya dengan masyarakat atau rakyat yang menyokongnya. pemimpin itu tidak boleh hanya mementingkan dirinya semata2 dan meninggalkan kebajikan serta harapan rakyat terhadapnya. janganlah ber'gam' dengan rakyat bila ada pemilihan atau bila ada orang yang ingin melawannya sahaja. tetapi perlu sentiasa cakno dan peka dengan setiap masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyatnya.  

masyarakat atau rakyat pula perlu bijak dalam memilih pemimpin. jangan memilih pemimpin hanya berdasarkan pidatonya sahaja; atau berdasarkan hartanya sahaja;. tetapi kena memilih pemimpin yang benar2 nampak hendak bersama dengan mereka, menyelami nasib malang mereka dan cuba berusaha bersungguh2 menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. syarat utama memilih pemimpin mestilah pemimpin itu bertaqwa. kerana orang yang bertaqwa itu tidak akan sesekali mensia-siakan harapan orang dibawahnya.   

begitulah betapa pentingnya 'gam' dalam kehidupan kita ini. tanpanya kita tidak boleh hidup dalam suasana aman damai dan sejahtera. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...