Thursday, June 30, 2011

SALAM ISRA' MI'RAJ!


hari ini 27 Rejab dikatakan ulangtahun berlakunya 1 peristiwa yang cukup besar dan sangat memberi bekas kepada umat Islam yang berlaku kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. peristiwa yang dinamakan sebagai ISRA' MI'RAJ ini terlalu signifikan dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan jadikan iktibar. 

jika dilihat semasa sebelum berlakunya peristiwa ini, Rasulullah diuji dengan 2 peristiwa yang sedih dan menyayatkan hati. 2 orang kuat Baginda yang sentiasa membantu ketika mana melaksanakan Da'wah kepada manusia telah kembali kepada Allah. Sayyidatina Khadijah, Ummahatul Mu'minin yang merupakan isteri Baginda yang pertama dan amat banyak berkorban jiwa dan harta dalam mengembangkan ajaran Islam menemui Penciptanya meninggalkan Baginda seorang. 

Begitu juga bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak mempertahankan baginda dari dihina, diseksa dan dipukul oleh kaum kafir Quraisy pergi jua meninggalkan Baginda keseorangan meneruskan misi da'wah. walaupun pakciknya ini tidak memeluk Islam, tetapi jasa dan pengorbanannya terhadap Nabi Muhammad amat tidak ternilai. 

seperkara lagi yang berlaku sebelum peristiwa Isra' Mi'raj ini, Baginda dihina dan dimalukan oleh penduduk Taif dengan menyuruh budak2 nakal melontar batu ke arah Baginda yang pergi ke Taif untuk mengajak masayarakat Taif supaya memeluk agama Islam. begitu sedih dan hinanya Nabi kita diperlakukan sedemikian oleh manusia2 Taif ketika itu, namun Baginda tidak berdendam dan tidak menaruh perasaan benci kepada mereka malah mendoakan semoga mereka menerima Islam 1 hari nanti. 

3 kejadian diatas benar2 membuatkan Baginda berasa sedih. sehinggakan tahun itu dinamakan sebagai ''amul huzni' iaitu 'tahun kesedihan'. tahun dimana Baginda ditimpa peristiwa yang sedih secara bertalu2. lalu, Allah menganugerahkan kepada Baginda peristiwa Isra' Mi'raj ini untuk menugab kesedihan dihati kekasihNya disamping memberikan semula kekuatan dan semangat kepada baginda untuk terus berda'wah menyebarkan Islam kepada manusia. 

tidak lupa, sebelum Baginda diisra'kan juga, datang Malaikat Jibril dan Mikail membelah dada Baginda untuk mengeluarkan bahagian yang kotor dan diselaputi syaitan supaya hati Baginda sentiasa bersih dan suci sebagai persediaan untuk menerima titah perintah Allah ketika diisra' mi'rajkan nanti.

semasa berlakunya proses Isra' Mi'raj ini, baginda dipertontonkan dengan beberapa peristiwa. peristiwa2 tersebut diringkaskan seperti di bawah:

1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah ..

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

11. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

12. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

13. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

14. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

15. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

16. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

17. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

18. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

19. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

20. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia. 

setelah selesai Baginda diisra' Mi'rajkan, lalu Baginda pun memanggil orang2 Quraisy untuk memberitahu peristiwa yang dialaminya dalam masa semalaman. lanjutan dari pemakluman ini, orang2 Quraisy pada masa itu terpecah kepada 3. 

1) kumpulan pertama adalah orang2 kafir yang terus mendustakan berita yang dibawa oleh Baginda. semakin dida'wah dan diberi berita benar, semakin jauh hati mereka dengan Islam. 

2) kumpulan kedua, orang2 Quraisy yang telah memluk Islam tetapi hati mereka masih belum yakin dengan keimanan. lalu mereka kembali menjadi murtad dan menganut agama asal mereka menyembah berhala dengan alasan berita yang dibawa Baginda adalah dusta dan Baginda adalah seorang pendusta. ini menggambarkan tahap keimanan mereka yang masih rapuh dan belum yakin dengan kenabian Rasulullah.

3) Kumpulan Muslimin yang tetap teguh keimanan mereka, walaupun Baginda menyampaikan berita ynag agak susah dan mustahil diterima oleh akal, mereka tetap beriman kepada apa yang disampaikan Baginda, ini termasuk sahabat karib dan juga mertua Baginda, Abu Bakar yang membenarkan apa saja berita ynag dibawa Baginda sehingga beliau digelar al-Siddiq, bermaksud orang yang membenarkan berita.  

begitulah bebrapa iktibar yang boleh dikutp dari peristiwa Isra' Mi'raj tersebut. semoga ianya sentiasa menjadi iktibar buat kita semua dan dijadikan panduan serta peringatan dalam melakukan sebarang gerak kerja kehidupan di dunia ini. WALLAHU'ALAM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...