Tuesday, September 8, 2009

CUTI NUZUL AL-QUR'AN

Semalam 8/9/09 bersamaan dengan 17 ramadhan 1430H adalah hari nuzul al-qur'an. negeri Kelantan mengambil cuti sempena hari nuzul al-Qur'an ini.

peristiwa nuzul al-Qur'an ini merupakan satu peristiwa yang penting kepada umat Islam. ini kerana pada tarikh itulah ayat al-Qur'an yang pertama diberitakan diwahyukan kepada nabi Muhammad S.A.W. Kitab al-Qur'an ini merupakan kitab yang menjadi petunjuk kepada setiap umat Islam.

al-Qur'an bukan hanya untuk dibaca. tetapi yang lebih penting ialah al-Qur'an ini perlu difahami dan diamalkan segala isi ajarannya didalam kehidupan kita seharian. segala permasalahan hidup di dunia ini ada dijelaskan didalam al-Qur'an akan penyelesaiannya. al-Qur'an ada menjelaskan tentang konsep berpolitik, berekonomi, bersosial, berbudaya dan bermacam2 lagi sisi kehidupan manusia.

al-Qur'an diturunkan kepada manusia ibarat orang yang memimpin kita melintas jalan di jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. kita hidup di dunia ini seolah2 orang buta yang mahu melintas jalan menuju je akhirat. jadi, nak tak nak kita terpaksa bergantung kepada orang lain yang tidak buta dan boleh memimpin dan menunjukkan kita jalan yang betul dan selamat menuju hari akhirat.

jsuteru itu, kita amat memerlukan kepada petunjuk dan panduan al-Qur'an. ini kerana al-Qur'an itu datangnya daripada Tuhan pembuat kita iaitu ALLAH S.W.T. Dialah yang menjadikan kita dan Dialah yang tahu apa kelemahan kita dan Dia juagalah yang tahu bagaimana nak baiki diri kita kalau kita dah nampak nak rosak. ALLAH S.W.T. MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...