Friday, May 21, 2010

HORMATILAH JIRAN ANDA

setiap manusia tidak boleh hidup bersendirian. kita pasti memerlukan orang lain samada untuk berbual atau berjalan ataupun untuk bergaduh. manusia yang hidup bersendirian tanpa mempedulikan orang lain ibarat kera sumbang yang tidak bergaul dengan orang lain.

antara orang yang paling dekat dengan kita ialah jiran. Allah menyuruh kita supaya sentiasa menghormati dan berbuat baik kepada jiran. Orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat ialah mereka yang memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang tidak menjaga hak jiran dan tidak pula berbuat baik kepada jiran mereka, maka ia sebenarnya bukanlah orang yang benar-benar beriman.

Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."

di dalam sebuah Hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya".

Islam meletakkan kedudukan jiran itu di tempat yang tinggi. di mana dalam sebuah hadith, Rasulullah mengumpamakan jiran sebagai anggota tubuh badan manusia, malah digambarkan sebagai golongan yang sepatutnya boleh menerima harta pusaka. begitulah betapa rapat dan dekatnya kedudukan jiran dengan kita hinggakan digambarkan seolah2 adik-beradik dan ahli keluarga sendiri.

Jiran juga mempunyai hak2 yang patut kita tunaikan. antaranya kita mestilah memberi salam kepada mereka jika mereka orang Islam. ketika mereka sakit kita hendaklah menjenguknya bertanya khabar. jika berlaku kematian atau musibah kita hendaklah lekas2 ziarahinya dan ucapkan takziah. jika jiran beroleh kejayaan pula kita hendaklah ucapkan tahniah dan sama2 tumpang gembira. kita juga bertanggungjawab menasihatinya jika tidak menutup aurat dengan sempurna, serta bersabar atas segala kerenahnya.

seterusnya Islam melarang umatnya dari menyakiti jiran, menggangunya, apatah lagi mencuri harta bendanya. sekiranya jiran kita berada dalam kesempitan samada dari segi kewangan, tenaga, atau pendidikan kita patut memberi mereka sokongan untuk meneruskan kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...