Sunday, May 9, 2010

IBU...

SELAMAT HARI IBU buat semua ibu di dunia ini terutamanya buat ibuku, WAN FATIMAH @ WAN SAFIAH BT. WAN AHMAD. Ibu adalah perkataan keramat dan mempunyai makna dan pengorbanan yang besar terutamanya bagi umat Islam.

ibu yang penuh dengan sifat kasih sayang dan kasihan belas pasti tidak rela melihat anaknya menderita. ku masih ingat bagaimana coretan pengalamanku dibesakan oleh ibu. seawal usia 4 @ 5 tahun dapat ku 'flashback' kembali bagaimana ibuku ini mendidik aku. segala pesanannya masih lagi bagai terngiang2 di telinga ini. "lib, jange main tengoh panah deh... nati deme!" pesannya bila saja aku nak keluar pergi bermain2 dengan kawan2 sebaya.

kadang2 aku jatuh sakit. kadang2 acap kali jugak sakit, terutamanya sakit lelah, penyakit semasa ku kecil. bila dah besar ni ALHAMDULILLAH penyakit tu dah tak ada. bila saja sakit, ibuku cepat2 sapukan minyak dan digosoknya pelan2 kat dada, leher dan sampai keseluruh tubuh. lega rasanya bila ibu menyapu ubat di badan.

pernah dalam 2-3 malam jugak aku sakit perut yang amat sangat pada waktu malam. secara otomatik mulutku menyebut :"mek! sakit perut" berulang kali. ibuku terus sapu minyak angin di perut. bila disapu minyak, lega sikit rasanya dapat tidur. malam keesokannya terjadi lagi sakit perut. aku panggil ibuku jugak. kenapa aku tak panggil nama ayahku masa tu??? tak terfikir pulak masa tu. bila dah besar sikit barulah faham sebab apa bila sakit panggil ibu... rupanya sentuhan ibu pun sudah menjadi penawar bagi sakitku.

umur 9 tahun, darjah 3 aku kemalangan. kena langgar kereta sebab kecuaianku naik basikal BMX semasa nak pergi sekolah waktu pagi. tapi tak boleh salahkan aku jugak, pagi tu aku dah berpaling ke kanan sebelum melintas tapi nampak gelap. aku terus melintas dan tiba2 "degum!" aku dilanggar. dibawa ke klinik kena jahit bibir bawah dan sapu ubat sikit kat lengan dan lutut. aku cuti sebulan rasanya. ibukulah yang jadi peneman. kadang2 aku merengek sakit, ibu terus menggosok tempat yang aku sakit. lega rasanya... bila petang ibu tanya aku nak air laici tak? aku kata nak. ibu terus suruh abang sulungku pergi beli. dengan pantas dan laju abnagku terus pergi sebab dibagi upah sedikit oleh ibuku.

kadang2 aku nakal jugak orangnya. aku usik sorang budak lelaki sampai menangis budak tu. aku ingatkan ibuku tak tahu, balik saja kat rumah terus ditarik telinga dan ditampar ibu sebab terlebih nakal masa tu. menangislah aku masa tu, mula2 tu rasa marah jugak kat ibu, tapi lepas tu aku sedar aku yang silap.

tahun 1990, aku darjah 6. sebelum exam yang betul2 kena exam percubaan dulu. dapat result tengok ada subjek yang tak lulus. bila ibuku tengok dia tahu yang dakwat warna merah tu tak lulus (ibuku tak sekolah, illiterate) dia terus marah dan ambil penyapu nak pukul aku. masa tu aku nak gelak pun ada jugak, nak takut pun ada sebab kena kejar dengan penyapu.

masuk sekolah menengah, aku dah berubah. dulu malas belajar, masa tu dah jadi rajin. completely change from the previous one. rasa macam diri aku yang baru. berkat doa ibuku dan kisah2 jiran yang ibuku bagitau menjadi sumber motivasi dan kekuatan untuk diriku hingga aku jadi macam ni sekarang. ALHAMDULILLAH...

terima kasih IBU! I LOVE U! I MISS U!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...