Wednesday, May 19, 2010

virus senyap!

sambutan hari guru sememangnya amat patut dilaksanakan untuk meraikan dan memberikan pengiktirafan daripada murid kepada guru. pelabagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan sambutan hari guru. hari guru juga biasanya diadakan khas untuk guru beraksi. bermacam2 aksi dipamerkan oleh guru pada hari tersebut. manakala murid2 pula dapat melihat pada hari itu aksi guru mereka.

antara banyak2 acara yang disusun, ada satu acara yang aku tak setuju. acara inilah yang aku namakan sebagai "virus senyap". virus ini secara tidak langsung samada kita sedar atau tidak menyumbang kepada gejala sosial dikalangan murid @ pelajar. acara yang aku maksudkan ialah berkaraoke. boleh dikatakan setiap sekolah di Malaysia ini bila dibuat sambutan hari guru pasti ada acara berkaraoke.

pada masa tulah guru akan berkaraoke menyanyikan lagu2 cinta dan berkasih. murid pun kadang dijemput berkaraoke bersama sampai yang lebih parah murid lelaki dan perempuan berkaraoke bersama2. guru2 pun ada yang berkaraoke bersama2 lelaki dan perempuan.

aku bimbang bila melihat murid lelaki dan perempuan berkaraoke bersama. lagu yang dinyanyikan pulak adalah lagu2 cinta. tak mustahil pasangan karaoke ini akan betul2 jatuh cinta. bila hanyut dalam alam percintaan, batas agama dikesampingkan. maka berlakulah perkara haram dan yang tidak sepatutunya. lepas tu guru2 akan marah pelajar, masayarakat dan kerajaan salahkan guru. sememangnya guru kena mengakui secara tidak sedar merekalah penyumbang kepada masalah tersebut.

apa salahnya kalau nak berkaraoke pun karaokelah lagu2 nasyid atau lagu2 yang boleh memberi motivasi kepada murid. mengapa tidak nampak kesan buruk dari perbuatan tersebut? atau kalau nak mudah tak payah buat karaoke, buat je acara2 lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...