Monday, March 7, 2011

HAK!

قال النبي صلى الله عليه وسلم
  
إن لنفسك عليك حقاً ولربك عليك حقاً ولضيفك عليك حقاً وإن لأهلك عليك حقاً فأعط كل ذي حق حقه

Bermaksud : " Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak, dan bagi dirimu sendiri atas kamu ada hak, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang empunyanya. " 
setiap orang ada hak. ada hak untuk dirinya sendiri, hak untuk Allah dan hak untuk orang lain. tidak ada seorangpun yang mempunyai hak 100% untuk dirinya sahaja. nak taknak dia mesti berkongsi hak2 tersebut dengan orang lain. 

berapa peratuskah hak seseorang itu untuk dirinya sendiri? 10%? 20%? 30%? @ 50%? 
terpulang kepada individu masing2. ada yang terlalu menyendiri hinggakan hak dirinya saja boleh mencapai 70 @ 80%. ada juga yang terlalu aktif dan peramah hinggakan hak untuk dirinya tinggal 10 @ 20% saja dalam hidup. 

bagi mereka yang terlalu aktif dan sentiasa sibuk terlibat dalam aktiviti2 kemasyarakatan, maka hak mereka ke atas diri sendiri semakin mengecil. ini kerana hak dari segi wang, tenaga, idea, masa perlu dikongsi dengan anggota masyarakat yang lain. biasanya orang yang sentiasa sibuk seperti ahli politik, ahli perniagaan dan apa2 jua pekerjaan yang perlu bersosial dengan orang lain dalam tempoh masa yang lama termasuk ke dalam kategori ini. 

kadang2 dek kerana terlalu aktif dengan aktiviti luar sampai boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri. teringat kepada kawan semasa belajar dulu, dia jadi ketua pelajar ketika itu. dek kerana terlalu sibuk dengan program, mesyuarat, dan perbincangan dengan pensyarah, pelajar2 lain dan juga masyarakat sekitar menyebabkan dia jatuh pengsan masuk wad 2-3 hari jugak. badannya dan mindanya terlalu penat. 

kadang2 kita sendiri sudah ada perancangan tersendiri untuk dilakukan pada sekian sekian hari dan masa. tapi, tiba2 muncul suasana atau keadaan yang memerlukan kita menggunakan wang, masa, tenaga dan buah fikiran untuk kita sumbangkan kepada pihak lain. perkara yang sememangnya berlaku diluar kawalan kita, dan memang tidak terjangka perkara itu berlaku. 

contohnya; ada dikalangan ahli keluarga kita terlibat dengan kemalangan. maka nak tak nak kita terpaksa membantu ahli keluarga kita tersebut samada dengan bantuan kewangan, masa, tenaga atau buah fikiran. maknanya disini kita perlu mengorbankan apa yang sepatutunya menjadi hak kita untuk kita berikan kepada orang lain. ini adalah hakikat yang kita tidak boleh lari dari menghadapinya dalam kehidupan seharian. 
  
timbul persoalan penting. kita sibuk bercakap mengenai hak kita sesama manusia. tetapi dimana kita campakkan hak kita terhadap Allah? hak untuk kita 'berkhalwat' dengan Allah Tuhan yang menjadikan kita semua dan yang wajib dan selayaknya disembah. apakah kita menunaikan hak tersebut dengan cukup baik dan tidak kurang walau sedikitpun? 

hak kita terhadapNya melalui solat, sebagai contoh. adakah kita telah sempurna menunaikannya? apakah kita cukup yakin bahawa solat yang kita lakukan itu benar2 sempurna dengan khusuk, tertib, tawaduk, tama'ninah dan penghayatan mengenai apa yang kita lafaz dan lakukan semasa solat? tertunaikah hak Allah itu ke atas kita? atau kita melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? acuh tak acuh @ ambil nama buat saja? 

ibadah lain, seperti baca al-Qur'an dan berzikir pula macam mana? adakah kita baca al-Qur'an dan berzikir kepadaNya setiap hari? atau bila teringat sahaja? atau tak pernah baca? jawablah sendiri... 
kemudian apakah kita cuba mentadabbur dan memahami isi bacaan al-Qur'an yang keluar dari mulut kita? cuba memahami dan mempraktikkannya dengan seikhlas hati kerana Allah didalam kehidupan seharian.

bagaimana pula dengan hak kita terhadap keluarga? terhadap saudara mara? terhadap jiran? terhadap manusia lain? apakah sudah tertunai dengan baik? ada kaum keluarga @ jiran @ orang lain yang ditimpa kesusahan. apakah kita ada membantu mereka? ataupun kita mengambil sikap tidak suka menjaga tepi kain orang? 

kita hidup bukan bersendirian di bumi Allah Ta'ala ini. tetapi Allah menciptakan juga keluarga kita, saudara mara kita, jiran2 kita, masyarakat kita, dan ramai manusia lain didunia ini selain dari kota. berapa ramaikah dikalangan orang yang selain kita yang tunaikan hak mereka? bertuahlah bagi mereka yang telah banyak menunaikan hak untuk dirinya sendiri, hak terhadap Allah, dan hak2 terhadap manusia lain. manakala rugi dan celakalah bagi mereka yang hidup dalam semangat individualistik, tidak mempedulikan nasib orang lain disekeliling. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...