Thursday, February 24, 2011

BESTNYA JADI CIKGU!

ALHAMDULILLAH... 



hari ini hari terakhir bagi minggu ke-8 sesi persekolahan 2011. ini bermakna sudah hampir 2 minggu sistem persekolahan rasmi bagi Malaysia berlangsung. Esok, hari Jumaat cuti bagi guru2 dan murid2 di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Mengapa saya tulis tajuk seperti di atas? Adakah kerana anggapan sesetengah orang bahawa tugas sebagai guru ini amat mudah dan tidak terlalu penat? Atau kerana ada yang menganggap kerja sebagai guru ini terlalu sedikit risiko yang boleh membahayakan nyawa atau profession? 

Kedua-dua alasan di atas tidak menggambarkan bukti kepada premis tajuk entri ini. Guru merupakan satu tugas yang amat mulia. Di dalam sebuah filem Indonesia ada dialog yang berbunyi lebih kurang begini: "kerja penghantar ini seperti tugas Nabi2". Disini saya ingin nyatakan bahawa tugas sebagai guru adalah penyambung kepada tugas Nabi2 dan Rasul2 yang berdakwah kepada manusia. 

Semua Rasul yang diutuskan Allah bertanggungjawab menyampaikan segala ajaran dan suruhan Allah kepada seluruh manusia. Mereka tidak mengenal penat lelah dalam melaksanakan tugas sebagai Da'ie ilal Lah. Walaupun dimarahi, diugut, dicederakan bahkan ada yang dibunuh lantaran melaksanakan tugas suci tersebut, mereka tetap tidak berganjak dalam menyempurnakan misi mereka. 

Begitu jugalah tugas sebagai guru. walau apapun yang berlaku seorang guru yang BAIK, akan memastikan segala ajaran dan 'dakwah' mereka sampai kepada murid. Persoalan sama ada murid tersebut mengamalkan apa yang dipelajari atau tidak, terserahlah kepada murid2 tersebut. 

Kalau para Rasul berusaha untuk mengajak umat mereka meninggalkan sembahan selain dari Allah dan menyembah Allah yang Maha Esa, guru pula bertanggungjawab mengajak muridnya lari dari kejahilan, ketakutan, kegelisahan, kepada ilmu, makrifat dan cahaya. Kalau para rasul berusaha mengajak umatnya meninggalkan perbuatan maksiat dan dosa, maka guru juga bertanggungjawab menerangkan kepada murid apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh setiap manusia khasnya sebagai orang Islam. 

Tugas sebagai guru bermakna menyambung lidah para Nabi dan Rasul dalam memberikan ilmu, makrifat, pengalaman kepada murid. bukan itu saja, guru juga berkewajipan mendidik akhlak, perilaku, pembawaan, moral, sivik, etika muridnya supaya menjadi seorang murid yang JADI, yang baik, soleh, berdisiplin, ikhlas dan bertanggungjawab. 

Setiap tutur kata, gerak geri, tingkah laku seorang guru itu dipandang oleh muridnya. gaya bercakap, gaya berjalan, cara memberi arahan, cara marah, cara memuji, cara memujuk, lenggok badan, tangan, kaki bahkan setiap inci pertuturan dan pergerakan yang keluar dari seorang guru sentiasa diperhatikan oleh muridnya. Apa2 yang baik atau yang huruk lahir dari ucapan atau kelakuan guru akan memberi kesan yang cukup besar kepada diri murid. Ia memberi banyak pengaruh dan kesan ke atas perkembangan murid tersebut. Perkembangan dirinya dari kanak2 kepada remaja, dewasa dan tua banyak dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan diperhatikan oelh mereka ke atas guru. 

Justeru itu, amat penting dan WAJIB bagi setiap guru menjaga sebarang tutur kata dan tingkah laku. Bukan kerana takut muridnya akan meniru perkataan atau perbuatannya yang buruk, tetapi terlebih UTAMA adalah menjaga dirinya dengan berakhlak mulia selaku hamba ALLAH dimuka bumi ini. Cuma terlebih penting bagi seorang guru, mengawasi setiap apa yang lahir darinya supaya tidak ditiru atau diejek oleh muridnya jika apa yang diucap atau dilakukan itu bersalahan dengan perintah ALLAH S.W.T. 

Dilihat dari segi perkataan, tidak patut bagi seorang guru mengeluarkan kata2 kesat dan kasar kepada muridnya. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah, mudahlah bagi syaitan menghasutnya. lalu ada dikalangan guru yang marahkan muridnya dengan memanggilnya dengan panggilan yang buruk, BODOH, BENGONG, BAHLOL, BENGAP, GILA, NATE (BINATANG), BABI, CELAKA, CIS, BERUK, DLL. semua itu lahir dari mulut seorang yang bergelar guru. 

Dari segi perbuatan pula ada guru yang menampar, menumbuk, menyepak, menendang, menggocoh (gaya orang bergaduh) anak muridnya yang melakukan kesalahan. Sepatutnya perlu ikut saluran yang ada apabila murid melakukan kesalahan. Mengapa ada dikalangan guru yang bertindak mengikut emosi dan darah panas masing? 

Kau(akulah tu) jadilah seorang guru yang baik! jadilah guru yang mengasihi murid! bimbinglah murid ke jalan yang benar! tunjukkanlah Akhlaq yang mulia kepada anak muridmu! jangan terlalu ikutkan emosi... ( NASIHAT KHUSUS UNTUK DIRIKU SENDIRI... ASTAGHFIRULLAH AL-'AZIIM...)

2 comments:

  1. artikel yang menarik....peringatan buat diri saya juga

    ReplyDelete
  2. to faeezalfareez, terima kasih di atas kome anda. moga ianya menjadi peringatan kita bersama...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...