Tuesday, May 3, 2011

MATINYA SEORANG KETUA PENGGANAS???

Semalam, media melaporkan Osama Bin Laden yang digambarkan oleh Amerika dan sekutu2 mereka sebagai ketua kumpulan pengganas al-Qaeda telah meninggal dunia. Beliau dikatakan mati terbunuh di dalam pertempuran sengit di Islamabad. 

watak ini merupakan satu watak penting yang memberi pengaruh yang amat kuat kepada senario dunia semenjak awal dekad ini. beliau dikatakan orang yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya serangan ke atas World Trade Order di New York yang mengakibatkan beratus2 orang mati. berdasarkan kejadian itulah, Amerika membuat justifikasi untuk menentang pengganas dengan melancarkan serangan ke atas Afghanistan yang menyaksikan  lebih ramai rakyat Afghanistan yang beragama Islam mati dibunuh tentera Amerika dan sekutu2 mereka. 

apa yang musykil, setelah sekian lama Amerika mencari Osama untuk dibunuh masih tidak jumpa lagi. sedangkan mereka dikhabarkan mempunyai senjata yang canggih-manggih, perisikan yang hebat, jaringan komunikasi yang moden dan termaju. Tetapi kenapa nak tang kap seorang Osama pun tak boleh. alih2 semalam dilaporkan Osama di bunuh setelah lebih sedekad pencarian dilakukan. 

berbagai berita dari khabar angin yang dilaporkan mengenai Osama ini. ada yang menyatakan bahawa Osama sebenarnya adalah ciptaan Amerika sendiri untuk mewujudkan satu watak pengganas Islam supaya mudah bagi mereka membunuh kumpulan2 yang disifatkan militan Islam dan juga menjajah negara Islam dengan memberikan alasan itu. 

ada juga manusia lain yang percaya dengan propaganda Amerika bahawa Osama sememangnya ketua pengganas satu kumpulan yang dinamakan sebagai al-Qaeda yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kekacauan dan pembunuhan yang berlaku di seluruh dunia. mereka dikatakan memiliki jaringan pengganas antarabangsa yang tersusun rapi diberi latihan khusus untuk memerangi dan membunuh orang kafir serta mewujudkan suasana kacau bilau di dunia. 

walau apapun dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau, kita percaya bahawa Osama adalah seorang Islam. kalaupun benar dia menjadi ketua pengganas, kita perlu melihat kepada sebab atau faktor yang mendorong beliau melakukan tindakan sedemikian. Osama mungkin seorang Islam yang komited dengan ajaran agamanya. beliau tidak mahu terus melihat nasib umat Islam yang ditindas, dipermainkan, dihina, dizalimi oleh orang2 kafir yahudi, Amerika dan kafir2 lain. sebagai contoh, lihat saja apa yang dilakukan zionis yahudi keatas umat Islam di Palestin. mereka dibunuh, dirogol, dihina, dirompak dan diperlakukan seperti binatang oleh bangsa zionis yahudi laknatulLah!



dunia hari ini berada dalam cengkaman yahudi dan Amerika. mereka menguasai setiap bidang dan lapangan kehidupan mencakupi persoalan politik, ekonomi, sosial, media-massa, budaya, sukan dan persoalan2 lain. setiap isi atau agenda serta perancangan dalam kehidupan manusia hari ini diatur dan dimanipulasi oleh mereka. tujuan mereka supaya semua manusia berkiblatkan apa yang mereka tentukan supaya mudah mereka menjajah dan mengawal manusia lain. 

tertekan dengan suasana tersebut, menyebabkan sekumpulan muslimin mencari jalan menubuhkan kumpulan jihad Islam yang bertujuan untuk menentang kuffar dengan cara mengangkat senjata. apabila ini berlau, kita tidak boleh persalahkan mereka 100%. sebaliknya perlu memperbetulkan punca ataupun asas kepada tindakan yang mereka ambil itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...