Friday, November 7, 2014

BULI

di akhir-akhir ini negara dikejutkan dengan beberapa klip video yang memaparkan aksi membuli berlaku di asrama sekolah. sebenarnya aktiviti membuli ini merupakan aktiviti yang sudah sekian lama berlaku. cuma di masa ini dengan kecanggihan teknologi dan media massa video mengenainya terlalu cepat tersebar dan amat mudah didapati. dengan adanya fb, whatsapp, twitter dan bermacam2 lagi perisian moden perkara ini menjadi semakin cepat tersebar. 

memang kegiatan membuli merupakan aktiviti yang buruk dan negatif. golongan senior yang merasakan mereka lebih berkuasa di sesuatu komuniti menjadikan adik-adik junior mereka sebagai mangsa buli. berbagiai alasan direka untuk meng'harus'kan perlakuan buli mereka ke atas adik2 junior. dan ada juga yang membuli tanpa sebarang alasan. namun, walau apapun alasan buli mereka perbuatan mereka itu tetap salah kerana sepatutnya jika ada sebarang kesalahan dilakukan junior mereka sepatutnya melaporkan kepada pihak asrama atau warden yang lebih berhak menyiasat dan menjatuhkan hukuman. 

sebenarnya dari segi psikologi pembuli ini adalah orang yang lemah. mereka kurang mendapat kasih sayang dari keluarga. ibubapa yang terlalu sibuk bekerja dan menghantar mereka ke asrama walaupun mereka sepatutnya diberikan kasih sayang secara langsung oleh keluarga mereka. apabila mereka berada di asrama maka mereka ingin melepaskan tekanan perasaan mereka kepada junior mereka. dari situlah berlakunya kes-kes buli. seandainya mereka ini cukup kasih sayang nescaya mereka tidak akan membuli sesama mereka. 

golongan yang dibuli pula sepatutnya tidak takut untuk melaporkan perlakuan buli senior mereka. mereka perlu melaporkan kepada warden dan ibubapa atau keluarga mereka supaya diambil langkah pencegahan untuk mengelakkan dari kegiatan buli ini terus berlaku. mereka juga sewajarnya bekerjasama sesama mereka melawan balik golongan pembuli kerana pembuli biasanya akan terus membuli jika mangsa buli tidak melawan. tetapi apabila mereka berpakat melawan pembuli, pembuli pun akan terkejut dan tidak mustahil mereka menghentikan perbuatan mereka. 

pihak ibubapa dan penjaga pula perlu menyelidik sendiri anak2 mereka sekiranya mereka kelihatan tidak seperti biasa. ini kerana mereka mungkin berada di dalam masalah dan salah satunya masalah dibuli. ibubapa perlu mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku ke atas anak mereka dan terus bertanya dan siasat apa sebenarnya yang berlaku. 

pihak asrama dan sekolah serta kerajaan juga perlu lebih peka dengan keadaan dan aktiviti pelajar2mereka. warden perlu lebih kerap melakukan pengawasan ke atas para pelajar. sekolah perlu menguruskan kehidupan pelajar dengan lebih teratur dan bertanggungjawab. manakala kerajaan perlu mewujudkan undang2 yang tegas bersabit hal pembulian ini disamping menghantar pegawai khas untuk mengenalpasti sebarang masalah dan kesulitan yang dihadapi sekolah dan para pelajar.   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...