Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Friday, March 5, 2010
bolehkah berbohong macam ni???
keadaan kedua adalah untuk mendamaikan 2 orang yang berbalah. iaitu dengan cara kita berbohong kepada kedua2 orang yang berbalah tu dengan mengatakan bahawa setiap seorang dari mereka saling memuji dan meminta maaf antara satu sama lain. bila kita jumpa si A, kita cakap yang si B puji macam ni... macam ni si A lepas tu dia minta maaf. bila jumpa si B pun kita cakap yang si A puji si B macam ni.. macam ni dan minta maaf. moga2 dengan bohongnya kita tu mereka berdua akan kembali berbaik.
Tapi, kalau berbohong kerana kononnya nak elak dari malu belum saya dengar lagi mana2 tok guru atau ustaz yang membolehkannya. Ataupun saya ni masih lagi jahil dalam hal ni... WALLAHUA'LAM...
mengapa ada orang yang sanggup mengajar anaknya berbohong hanya semata2 kononnya nak mengelak dari mendapat malu. walhal, mungkin orang lain tidak menganggap hina membeli di pasar malam. tetapi perasaan kita yang terlalu takut mendapat malu sampai sanggup menyuruh anak bercakap bohong. agak2nya apa kesan terhadap anak tu bila kita ajarnya bercakap bohong? rasanya sampai dah dewasa pun anak tadi akan selalu berbohong kononnya nak mengelak mendapat malu. contohnya periksa x dapat nombor 1, tapi bila orang tanya kata dapat nombor 1, kononnya nak mengelak dari malu.
mengapa kita nak malu kalau perkara tu benar? selagi ia tidak memudaratkan nyawa kenapa sampai sanggup berbohong. berkata benarlah... kalau nak jaga status atau taraf rasanya itu dah menunjukkan hati kita ni ber'penyakit'. ada rasa sombong dan takbur bersarang dijiwa. ia perlu dirawat segera. kalau benda tu murah katalah murah, jangan nak berlagak kata barang tu mahal. orang nak kata apa katalah... biarkan mereka nak kata apa saja asal saja kita tidak menanggung dosa kerana berbohong. dosa kering yang mudah saja kita elakkan, tapi kita sengaja menanggungnya.
orang nak hina kita, nak perlekehkan kita loh gilah! dia tanggung dosa di akhirat. jangan kita pun sama2 menanggung dosa akibat sifat sombong dan takbur.
banyak lagi keadaan seperti diatas yang boleh membuatkan kita sengaja berbohong kononnya nak mengelak mendapat malu. fikir2 kanlah!
seorang ayah membelikan mainan untuk anaknya di pasar malam. bila ada orang tanya anaknya kat mana beli mainan tu? anaknya jawab kat pasar malam. bila si ayah dengar jawapan dari anaknya, mukanya merah padam sebab MALU kononnya beli barang kat pasar malam tak ada class, tak standard. lalu dia pun berpesan kepada anaknya lain kali kalau ada orang tanya kat mana beli mainan tu, jawab beli kat pasaraya terkenal yang jual barang2 dgn harga mahal.
bolehkah seorang ayah mengajar anaknya bercakap bohong begini? apa kesan terhadap anak dengan arahan ayah yang macam ni? setahu saya berbohong dalam Islam hanya dibolehkan dalam 2 perkara. iaitu ketika kita ingin menyelamatkan nyawa seseorang yang dalam bahaya. contohnya orang yang terancam nyawanya itu, berlindung di rumah kita. lepas tu orang yang nak bunuh orang yang berlindung di rumah kita tu datang dan tanya kita dimana sipolan? masa ni kita boleh berbohong mengatakan orang yang dicari tu tiada dalam rumah kita demi untuk menyelamatkan nyawanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment