Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Monday, March 22, 2010
NIKAH GANTUNG
bernikah atau berkahwin merupakan satu sunnah nabi Muhammad S.A.W. setiap manusia dikurniakan nafsu dan keinginan kepada lawan jenis masing2. maka, keinginan tersebut perlu dipenuhi dengan sebaik mungkin. sebagaimana manusia mempunyai rasa lapar kepada makanan, maka perlulah mendapatkan makanan tersebut untuk memenuhi tuntutan nafsu lapar tersebut. begitu juga dengan nafsu kepada pasangan lawan perlu dipenuhi iaitu dengan diijabkabulkan pasangan tersebut.
pernikahan biasanya dilakukan serentak dengan majlis walimah atau kenduri kahwin. tetapi disana ada juga terdapat mereka yang melaksanakan amalan 'Nikah Gantung'. Apakah maksud nikah gantung??? mengikut satu sumber, Nikah gantung ialah satu keadaan yang mana sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut segala syarat-syarat nikah dalam Islam tetapi ditangguhkan tinggal bersama sehingga hari persandingan.(http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/181)
Ertinya pasangan lelaki dan perempuan tersebut sudah sah menjadi suami isteri. cuma mereka tidak dibolehkan tinggal bersama sehinggalah tibanya hari persandingan dan majlis walimah. bagi saya, disini terdapat sedikit kelemahan iaitu apa yang wajib dalam majlis nikah ialah ijab kabul yang sah. manakala majlis walimah itu hanyalah sunat. Apabila pernikahan mereka sudah sah, kenapa dihalang pasangan suami isteri tersebut untuk tinggal bersama? bukankah mereka sudah menjadi suami isteri. maka, setiap dari mereka perlu melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan masing2 seperti pasangan yang lain.
Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.
Biasanya isu nikah gantung timbul kerana permintaan orang tua salah satu pihak atau keduanya atas sebab tertentu. Samada pasangan berkenaan mahu memenuhi permintaan ‘elak’ dari tinggal bersama dan ‘berhubungan’ tertakluk kepada budi bicara dan keredaan masing-masing.(http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/181)
Mengikut Adat Orang Melayu Apabila Mereka Berkahwin,Mereka Cuma Akad Dan Walimahnya Mungkin Dalam Beberapa Tahun Yang Akan Datang Dan Dalam Tempoh Tersebut Mereka Tidak Boleh Melakukan Hubungan Suami Isteri Kerana Ditakuti Akan Menghilangkan Seri Pengantin Atau Ditakuti Mengandung Semasa Diatas Pelamin.
Adat Ini Bertentangan Dengan Islam Kerana Apabila Seseorang Itu Sudah bernikah,Wajib Bagi Isterinya Memenuhi Keinginan Suaminya Untuk Melakukan Hubungan Badan. Masalah dalam masyarkat kita hari ini kadang2 kita melebih2kan adat dari tuntutan Syariah. kita lebih menjunjung adat dari menjunjung agama yang suci. sedangkan adat itu hanyalah khayalan manusia yang akhirnya seolah2 didokumenkan melalui amalan turun temurun. walhal, Syariah itu datangnya dari Raja segala raja iaitu ALLAH S.W.T. Jadi kenapa kita sanggup menggunapakai adat yang lahir dari pemikiran manusia dan meninggalkan tuntuhan Ilahi yang maha Suci???
sekiranya adat itu bertepatan dan tidak menyalahi Syariat, maka itu dibolehkan malah dialu2kan. akan tetapi apabila berlaku pertembungan antara adat manusia dengan Syariat Ilahi, maka sewajibnyalah Syariat Ilahi itu diutamakan. SYARIAT ALLAH DIDAHULUKAN, KETAATAN KEPADA-NYA DIUTAMAKAN!
Sabda Junjungan Besar saw
"Jika Si Isteri Dipanggil Oleh Suaminya Kerana Perlu,Maka Supaya Segera Datang,Walaupun Dia Sedang Masak"
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi,Hadis Hasan)
Dr Yusuf Al-Qardhawi Mengatakan:-
Dianjurkan Oleh Nabi saw supaya si Isteri Jangan Sampai Menolak Kehendak Suaminya Tanpa Alasan yang Dapat Menimbulkan Kemarahan Atau Menyebabkan Menyimpang Ke Jalan Yang Tidak Baik.Atau Membuatnya Gelisah Dan Tegang.
Rasulullah saw Bersabda Lagi:-
"Jika Suami Mengajak Tidur Si Isteri Lalu Dia Menolak,Kemudian Suaminya Marah Kepadanya,Maka Malaikat Akan Melaknat Dia Sampai Pagi"
(Muttafaqun Alaih)
Apakah Relevennya Berkahwin Jika Tujuan Mencari Yang Halal Dari Perkahwinan Itu Tidak Dapat Dilestarikan.Biarlah Duduk Berjauhan Sekalipun Tetapi Jika Bertemu Makanya Sepatutnya Bolehlah Bersama.Tetapi Oleh Kerana Adat Masih Lagi Membelengu Kita???Adat Yang Baik Tidak Salah Tetapi Yang Salah Ialah Apabila Adat Itu Bertentang Dengan Syariat...(http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=11677&pid=334855)
Wallahu a'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cmne pulak kalau masih belajar..nk elak couple2 dri trlanjur..nk duk same xkn nk tgung pkai duit PTPTN.pstu xnk sushkan mak bapak..
ReplyDeleteto anonymous,
ReplyDeleteyg masih belajar la digalakkan nikah gantung ni. matlamatnya nak elak dr melakukan benda haram ; contohnya zina.bila dah keje boleh la buat walimah kenduri sikit2
maknanya dibolehkan la nikah gantung nie time blaja?
ReplyDeleteTempoh pAling lama tok nikah gantung nie blh sampai ble ek.. if kte nikah n 5 years akan dtg baru nk buat walimah blh ker???
ReplyDeletexamik ptptn,cmne pulaak?mk ayh nk tggung ke ank dia ni?tpi klw xkawin,berdosa...
ReplyDeletesya nak nikAH gantung,tp org tua sya xfhm khendak anaknya..sya wat suma ni utk mngelak dari maksiat ew..ntah cam ner nak wat mereka fhm.. emm
ReplyDeleteKalau nikah gantung ni berape kos anggaran nye ye.
ReplyDeletenikah gntung xde bezanya dgn nikah biasa..
ReplyDeletedan xde limit masa..
cuma ikut kefahaman masyarakat,nikah gantung ni just kna ada llaki sbg suami,ppuan sbg isteri,wali,saksi dan akad..
byr mas kawin..kira y wajib2 je..
dipanggil nikah gantung sbb xbuat lg walimah..atau bhs klatenya bekwoh..
betulkan kalau ade ksilapan :-)
saya nk nikah gantung,tp xtaw brapa modal dia?
ReplyDeletebrpe kos yg diperlukan agak2 utk nikah gntung ni?
ReplyDelete