Anak jati Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. HIDUPKU DAN MATIKU DI'TANGAN'MU YA ALLAH...
Monday, March 8, 2010
PENAGIH DADAH JUGA MANUSIA
Hari ini, darahku gemuruh sedikit. ptg tadi dalam pukul 4 seorang penagih dadah yang baru dilepaskan polis dari tahanan datang memarahi emak saudaraku. dia datang dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berkain sarung. nampak di mukanya rasa kepanasan dan tidak puas hati. katanya emak saudaraku ini menghasut orang kampung supaya bencikan dia dan buat solat untuk dia (dia tak nyatakan apa tujuan solat hajat tu).
Emak saudaraku menafikan dengan keras tuduhan tersebut. Tapi dia tetap menyatakan dengan nada yang marah bahawa emak saudaraku ini yang menghasut orang kampung. ketika itu, aku duduk di tingkat atas rumah. aku perhatikan dulu apa yang berlaku. aku tengok dulu dia ada bawa apa2 senjata atau tidak, nasib baik tidak. kalau ada, tentu aku terus meluru turun menenangkan keadaan.
dalam 5 minit dia bertekak dengan emak saudaraku, lepas tu dia balik rumah. bila dia balik, aku turun ke bawah dan bertanyakan apa yang terjadi. ibu dan emak saudaraku menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. aku terus memberikan pendapat mungkin dia tersilap orang, orang lain yang buat hal, emak saudaraku pulak yang dimarah. emak saudaraku pucat lesi takut diapa2kan oleh dia.
pukul 7.10 petang dia datang lagi ke rumah emak saudaraku. sekali lagi aku perhatikan apa yang berlaku melalui tingkap. kali ini dia datang dengan cara yang lebih sopan. dia bagi salam dan meminta maaf dengan emak saudaraku. katanya dia tersilap sebab nama emak saudaraku dengan seorang lagi iaitu kakak iparnya sama, nama anak pun sama. emak saudaraku sekali lagi rasa pucat dan gementar. lepas dia minta maaf, dia terus pergi dengan motosikal sambil mulutnya marahkan seseorang.
apa yang nak kusampaikan disini penagih dadah juga adalah manusia. walaupun dia menagih dadah, tapi masih lagi ada perasaan seperti manusia biasa. tapi, aku bukan bermaksud membela golongan penagih dadah ini. memang betul apa yang mereka lakukan adalah salah. tapi, selepas apa yang berlaku hari ini aku dapat perhatikan bahawa dia ni masih lagi ada perasaan takut dengan bala Allah yang akan menimpa dia.
buktinya dia marah bila tahu orang nak buat solat hajat untuk dia. maknanya dia tahu bahawa solat hajat yang dibuat itu kalau dizinkan Allah akan berlaku. dengan kata lain dia ni masih lagi beriman dengan Allah walaupun dia menghisap dadah, tak solat, tak puasa dan tak buat benda2 wajib yang lain.
1 lagi, sikap dia yang sanggup datang minta maaf dan mengaku kesalahannya kepada emak saudaraku benar2 meruntun jiwaku. walaupun dia bersalah, tetapi dia berani mengaku salah dan meminta maaf. dalam hal ni, aku tabik kat dia! berapa ramai diantara kita yang sanggup mengaku kesalahan secara terbuka dan meminta maaf secara terbuka seperti yang dia lakukan. memang, dia berani!
sebab itu ku katakan walaupun dia penagih dadah, tapi dia tetap manusia. masih ada lagi rasa bersalah dan memohon maaf dalam dirinya... moga2 kau insaf dan bertaubat wahai IBRAHIM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment