Monday, June 21, 2010

HARI BAPA PUN ADA...

Semalam 20 Jun dimaklumkan sebagai Hari Bapa. bulan lepas ada Hari Ibu, bulan ni Hari Bapa pulak. apa kata kalau bulan depan buat hari Ibubapa pulak? gabungkan sekali.
pa
aku dah jadi bapa hampir setahun. 3 hari lagi cukuplah usia anak sulungku setahun. kiranya aku ni masih baru lagi dalam bidang 'kebapaan'. banyak lagi perkara yang aku kena belajar untuk jadi bapa yang baik dan bertanggungjawab.

aku juga masih lagi ada bapa. bapa yang kupanggil "we'" itu sudah agak berumur. umurnya dah 60 tahun lebih tapi masih gagah buat kerja. sehingga hari ini belum pernah ku dengar bapaku ini mengeluh bersusah mencari rezeki membesarkan 8 orang anak. walau susah, walau sakit bapaku teruskan juga kerja untuk menampung keluarga yang agak besar ini.



seingat aku semasa kecil aku agak rapat dengan we'. seawal usia 3-4 tahun aku suka sangat makan tomato yang we' bawa balik selepas seharian pergi menjual makanan dan sayur dengan motosikal ke Kota Bharu. we' juga pandai ambik hati anak2 supaya anak2 gembira. kadang2 we' buat surprise dengan belikan coklat, gula2, keropok dan makanan lain untuk kami adik beradik. semasa tu rasa sungguh seronok dapat sorang satu makanan.

aku juga sering ikut we' solat di balaisah. we'lah yang banyak ajar aku solat, puasa dan ibadah2 lain semasa aku masih kecil. aku masih ingat pada malam hariraya we' pakaikan aku dengan serban. aku agak malu masa tu kerana masih kecil. orang lain semua tengok sampai ada yang kata aku ni ustaz kecik.

we' juga agak tegas dalam soal mendidik anak2. kalau buat salah we' akan marah dan kalau terlalu marah we' akan jentik telinga. aku banyak kali juga kena jentik telinga terutama sekali kalau tak pergi solat berjamaah di balaisah. tapi marah2 we' pun sampai jentik telinga je, tak pernah we' menampar atau menumbuk atau menendang kami adik-beradik. we' juga tak banyak cakap (ngepek), tanya 2-3 patah, dah kantoi terus we' pulas telinga.

berkat didikan dialah aku dapat jadi macam ni hari ni. jasanya sungguh besar sampai aku dapat jadi insan pada hari ini. kesian aku tengok kepada kawan2 yang lain yang rosak, ada yang jadi penagih dadah, kaki lepak, pencuri dan berbagai pekerjaan buruk lagi akibat salah asuhan dan didikan. terima kasih we' di atas segal;a jasamu kepada anakmu ini!

Friday, June 18, 2010

GILA BOLA

Demam piala dunia 2010 dah bermula. ramai orang sekarang ni khasnya peminat2 bola sepak menjadi tidak keruan. jadual hidup sudah berubah, sampai boleh bangun pukul 2.30 pagi semata2 nak tengok perlawanan bolasepak. kalaulah bangun pagi nak solat tahajjud dan beribadah alangkah indah dan berkatnya.

aku pun jadi terikut2 dengan demam bola ni. dulu semasa kecil aku tak minat tengok sukan bolasepak ni. ada sekali tu aku tengok dengan abang aku perlawanan bola memang tak best langsung bagi aku. "main apa ni sekejap bola kat atas sekejap kat bawah, kenapa tak bawa bola tu menyerang ke atas memanjang" getus hatiku.



tapi bila dah meningkat remaja barulah timbul putik2 kegilaan terhadap sukan ini. aku pun dah mula bermain bola waktu petang sampai kat maghrib baru balik rumah. main pulak kat padang yang unik, unik dengan pokok kelapa penuh. tersilap sepak kena pokok kelapa bola tu melantun balik sampai boleh masuk gol sendiri. aku main bola tak pernah jadi penyerang. cukup sekadar jadi pemain 'bek' saja, dan kadang2 disuruh juga jadi penjaga gol. kawan2 aku cakap aku ni cekap jadi penjaga gol. entah ya entah tidak!

seingat aku tahun ni kali ketiga aku tengok 'world cup'. sebelum ni tahun 2006 di Jerman, 2002 di Jepun/Korea. tahun 1998 aku tak tengok. sebab masa tu duk di UIA tengah study, tak sempat tengok bola. tv pun takde dalam bilik. tahu2 Perancis dah jadi Juara dan Zinadine Zidane mula digilai peminat.

susah juga nak tengok perlawanan world cup tahun ni. nak harapkan RTM memang malang lah... dahlah tak siarkan semua perlawanan secara langsung, duk ulang pulang perlawanan yang tak best. semalam aku tunggu juga sampai pukul 2, tengok2 disiarkan perlawanan chile dgn honduras. BENGONG betul la RTM bodoh ni! kempunan aku nak tengok Perancis lawan Mexico.

yang ada Astro pencekik darah. aku dah tak ambil sport astro kat rumah sebab jarang layan sport. aku mula terfikir nak ambil balik ke idak saluran sport ni??? yang ada kena gi makan atau minum kat restoran yang ada pasang astro siar perlawanan live. lagi baik kalau diorang pasang skrin besar kat luar. mesti ramai orang tengok. setakat ni dah 2 kali aku masuk restoran sambil makan sambil tengok bola. bini aku dengan anak aku yang baru nak masuk setahun tu pun aku bawa sama.

walauapapun aku harap tahun ni Argentina menang. bukan sebab nak tengok Maradona lari bogel, tapi aku suka tengok kelincahan Lionell Messi bawa bola.

Wednesday, June 16, 2010

PJJ- Pro dan Kontranya...


Apa itu PJJ? ia singkatan bagi Perkahwinan Jarak Jauh. Aku pasti ramai pasangan di Malaysia ni yang termasuk dalam kumpulan ni. salah seorangnya ialah AKU! hahahahaha!

Aku duk KB, Kelantan tapi isteri aku kerja kat Cyberjaya dan tinggal di selangor. ada pasangan lain suami kat Perak, isteri kat Sabah, ada juga suami kat Kuala Lumpur, isteri kat Negeri Sembilan, dan bermacam2 lagi pasangan yang duduk berjauhan, berjumpa hanya sekali sekala.

selama hampir 4 tahun duduk dalam keadaan macam ni, aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang pro dan kontra yang ada pada PJJ ni. Di bawah ni aku nak terangkan satu persatu.

PRO

1)rasa seperti pengantin baru sokmo.

bila berjauhan dengan pasangan dan berjumpa hanya sekali sekala sahaja kita akan rasa seperti sentiasa menjadi pengantin baru. kalau hari2 duk mengadap muka pasangan kadang2 rasa cemuih pun ada. tapi bila jumpa kadang2 saja, rasa macam baru je kahwin.

2) keberangkalian bergaduh besar atau kecil adalah minima.

biasa la dalam kehidupan hidup berumahtangga kena ada manis dan masamnya. adakala berbaik, ada juga masa bergaduh. tapi kalau berjauhan keberangkalian bergaduh tu adalah kecil tak kira la bergaduh besar ke atau kecil. maklum la duduk jauh, masa telefon tu takkan la nak bergaduh. mesti masing2 melepaskan rindu yang bersarang dihati.

3) bagus untuk pasangan yang merancang anak.

yang ni khusus untuk mereka yang merancang keluarga @ tak mahu ramai anak. bila jumpa pun jarang2, hubungan seksual pun kadang2 juga. jadi keberangkalian untuk si isteri tu sentiasa mengandung adalah kecil. tapi walau apapun, kalau Allah nak bagi anak, mengandung juga. cuma ikhtiar kita sebagai manusia bila jarang2 menabur benih, maka adat kata buah payah la nak tumbuh.

4) hubungan sentiasa akrab.

ada orang kata bila berjauhan, hubungan suami isteri menjadi tidak berapa akrab. ya, betul, tapi untuk sesetengah pasangan. ada juga pasangan yang hubungan mereka menjadi bertambah akrab bila berjauhan. bila duk dekat asyik nak bergaduh aje. tapi bila dah duduk jauh baru tahu penangan rindu dendam. sebab tulah hubungan pun jadi makin akrab dan rapat.

KONTRA

1)rindu serindu2nya.

yang ni memang sah berlaku bila berjauhan. suami rindukan isteri dan anak2, isteri ridukan suami dan anak2 (kalau suami yang jaga), anak2 pulak rindukan ibubapa. mengikut pengalaman aku, kalau 2 minggu tak jumpa anak isteri, dah rasa macam tak betul. "sumat" pun boleh panggil. biasa 1 minggu tak jumpa normal. tapi kalau sampai 2 minggu memang amat rindu. kalau 3 minggu, sebulan tak jumpa, tak tahulah apa akan jadi padaku ini!

2) wang banyak habis.

yang ni memang sedih dan pilu. bila berjauhan, wang memang banyak habis. nak bercakap, guna wang, nak naik bas jumpa anak bini pun guna wang, nak belanja anak bini pun guna wang, lepas nak belanja kat rumah ibubapa pun guna wang. akhir sekali gaji masuk awal bulan, habis akhir bulan, tak sempat nak menyimpan. ADOOOIIII...

3) bimbang keselamatan pasangan dan anak.

isteri dan anak tak ada disisi, fikiran selalu duk runsing macamana la agaknya anak bini aku sekarang? sihat ke diorang tu? dah makan ke belum? macam2 terlintas di kepala. kadang2 ia mengganggu kehidupan kita. asyik duk fikir keselamatan anak bini yang takdak depan mata.

4) mengganggu kerja.

bila anak atau isteri betul2 sakit dan dalam kesusahan, mula lah mengganggu kerja. nak kerja macam biasa dah tak boleh, duk runsing macamana anak bini aku sekarang? sakit lagi ke? akhir sekali isi borang cuti pergi jumpa diorang. kerja kita tergendala, orang lain pulak kena tolong settlekan. terpaksalah...

5) banyak menyusahkan orang lain.

bila kita dah tinggalkan kerja kat orang lain, orang lain la pulak yang terpaksa menanggung beban kerja kita. kena menyusahkan orang pulak. lepas tu, sementara tunggu kita sampai kat anak bini, kena mintak tolong orang lain juga tengokkan anak bini kita. rasa bersalah pulak kepada orang lain kerana menyusahkan mereka.

6) hanya jarang2 dapat bersama pasangan... KESIAN!

ini lebih kepada kepuasan seksual dan peribadi. orang lain biasa 3 kali seminggu. tapi kita nak dapat sekali seminggu pun susah. maklum la bila dah makin sibuk dengan anak dan urusan lain. walaubagaimanapun, yang penting dapat juga. tak seperti yang masih belum kahwin, duk bayangkan saja tak guna. kena kahwin dulu baru dapat rasa yang halalan toyyiba.

7) hubungan menjadi kurang rapat.

ada pasangan yang hubungan mereka menjadi kurang rapat kerana berjauhan. bila dah terbiasa berpisah, kadang2 suami tak ingat kat isteri, isteri pun tak ingatkan suami. ada yang sampai tahu2 suami dah ada kat muka pintu baru teringat kat suami. PAROK! PAROK!a

8) syak pasangan main kayu tiga.

yang ni paling bahaya bila berjauhan. perasaan kita kadang2 berbisik pasangan aku ni ada simpan pompuan lain ke? atau lelaki lain ke? (bagi suami). lepas tu bila suami datang sekali seminggu terus check handset suami takut2 ada mesej cinta dari pompuan lain. suami pun sama, check juga handset isteri takut2 ada sms berunsur kecurangan. boleh nak check, tapi jangan sampai terlalu cemburu sampai jadi cemburu buta. agak2 la...

itulah sedikit sebanyak info yang dapat aku kongsikan berkenaan tajuk PJJ ni. kalau ada pengalaman lain boleh tambah. aku pun dah penat menaip ni. KESIMPULANnya, KONTRA lebih banyak dari PRO bagi PJJ ni. Jadi usahakanlah semoga cepat2 dapat hidup bersama. aku pun kena usaha juga biar dapat bersama sokmo dengan isteriku itu!

Tuesday, June 15, 2010

lawak menantu...

santai... boringnye...

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan.

Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).."

Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Wednesday, June 2, 2010

IJTAHID TANJAH

Kalau kamu berusaha, nescaya kamu akan berjaya. ungkapan sebegini seringkali diucapkan untuk memberi nasihat serta motivasi kepada orang lain supaya sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu. sesungguhnya kejayaan itu tidak datang bergolek. ia perlu diusahakan dengan segala penat lelah untuk mendapatkan kejayaan yang berbaloi.

seorang murid atau pelajar di sekolah perlu berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. murid itu perlu belajar dengan rajin, sentiasa bertanya guru apa yang dia tidak faham, sentiasa mengulangkaji pelajaran dan juga sentiasa menyiapkan kerja rumah serta latihan yang diberikan oleh guru, barulah kejayaan itu datang kepadanya.

seorang pekerja perlu bekerja dengan rajin dan jujur untuk mendapatkan kepuasan hati majikan dan juga pelanggan. kerja yang dilakukan dengan rajin dan sempurna juga akan memudahkan menerima kenaikan pangkat dan juga gaji. bekerja sendiri pun kena rajin dan jujur juga. barulah pekerjaan kita akan bertambah maju dan secara automatiknya pendapatan bulanan juga bertambah.

seorang bekas mahasiswa yang baru habis belajar juga perlu berusaha. jangan hanya berharap dengan memohon pekerjaan dengan kerajaan atau syarikat swasta, lepas tu junjung tangan tunggu tawaran kerja datang. Perlu berusaha sendiri mengubah nasib hidup sementara dapat kerja tetap yang diidamkan. apa saja pekerjaan walaupun berpendapatan tak berapa mahal kena buat, asal saja pekerjaan itu halal. soal malu pilu letak ke tepi. yang penting hidup tidak duduk saja dan menyusahkan mak bapak kena tanggung lagi hidup. ia juga penting untuk mendapatkan seberapa banyak pengalaman dalam pekerjaan. barulah hidup ini menjadi lebih bererti dan tidak jadi macam mem'berat'kan bumi saja.

begitu juga dengan mereka yang tidak berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. perlu juga bagi mereka yang baru habis sekolah untuk mencari pekerjaan. kalau nak sambung pelajaran kat tempat lain silakan. tapi kalau dah malas belajar atau memang soal kewangan tidak mengizinkan untuk sambung belajar, kerjalah. samada nak kerja sendiri atau kerja dengan orang lain. hidup kita lebih bermakna bila ada kerja yang nak dibuat. jangan hanya hidup untuk jadi kutu lepak, atau merempit saja kerjanya. bantulah diri anda dan juga bantulah orang lain. biar hidup kita memberi manfaat sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. jangan jadi biawak hidup yang dibebankan kepada ibubapa memikulnya. jadilah manusia yang bermaruah dan beradab.

kemuncak kepada usaha ini adalah usaha dalam melakukan ibadah. kerja ibadah adalah kerja wajib bagi setiap Muslim. Ibadah ada dua, Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah. amalan ibadah fardhu 'ain wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. manakala Fardhu Kifayah pula tidak diwajibkan ke atas setiap orang, memadai dengan seorang atau beberapa orang dalam kumpulan Muslimin.

yang penting kita mesti rajin beribadah. ibadah wajib jangan ditinggalkan, yang sunat buatlah juga. orang yang kuat beribadah dengan hati yang ikhlas, disamping menjauhi segala larangan Allah, insya Allah diberikan kejayaan. kejayaan di dua kehidupan; kehidupan di dunia ini dan juga kehidupan di Akhirat. di dunia ini berjaya dengan ketenangan hati dan jiwa, di akhirat berjaya dengan dimasukkan ke dalam Syurga. itulah kejayaan sejati yang didambakan setiap Muslim. moga2 kita semua tergolong dikalangan mereka. INSYA ALLAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...